Tuesday, December 10, 2013

Aktiviti Weekend Bulan Disember : Kenduri

Weekend.
Bulan Disember.
Bulan cuti sekolah.
Apa lagi lah kan aktiviti nya. Menghadiri jemputan kenduri lah. Kenduri kahwin tu mmg tak boleh nak kata lah. Memang saban minggu je ada. Jemputan kenduri akikah pun ada jugak. So. Mari pergi makan free.

Minggu lepas. 30 November n 1 Disember.
30hb tu attend wedding anak staff ofis kat Wangsa Maju.
Tiada gambar. Sbb kami pun datang dah lewat. Dkt kul 3.
Amboi. Kalah orang ada anak kecik yer.
Well, walau pun tiada anak, byk juga komitmen lain. Nak ke pasar tani, basuh kain, dsb nya. Apa, ingat takde anak, goyang kaki je kerja nya di rumah. Eh. Kau kenapa pompuan? Meroyan tetiba. Takde lah. Kan selalu orang cakap 'ada anak ni, tak boleh nak itu nak ini. Sebuk itu, sebuk ini'.
Baeklah. Lupakan.
PMS mungkin. Kohkohkoh (T___T).

Seterusnya 1 Disember.


Majlis akikah anak mybff - Juwita.  Walau jumpa setahun sekali kot, but still my bff tersayang. Kohkohkoh. Ini anak ketiga beliau. Harus hadir. Walau lewat jugak. Ha. Kali ni lewat sbb pergi tgk wayang cerita Hunger Games tu dulu. Majlis ni kat rumah family dia. Kat Kg Nakhoda sanun. Aku ni rasa nya 3,4 kali dah ke rumah dia. But... stillll sesatt melarat nak carik rumah. Haih. Lain kali ingat - masuk kira, terussss je smpai lorong 13. 

Cantik tau buai dia

Ni adik ipar dia punya business. Comey comey dia buat. Boleh tgk blog aidear nih. Aku tgk pun geram. Oh. Cepat lah ada baby. (-_-")

Siap dapat balik tapau lauk lagi. Thank u la Ta.. sok dtg bawak anak2 dtg mandi kolam umah aku lak tau. Hurm. Dah 3 dah dia, while me?? Eh.. kenapa la emosi sgt ni? Eh. Tak yah la buat entry kalau nak emosi jerrr...dah..dah..

Oke lah..oke lah..normal.


Mggu ni - 7hb. Kat ofis. Wedding anak our big boss (KP). Oh. Yang ni ai jadi penanggah. Theme purple. Family pengantin oren. Kiterang yg penanggah ofis nih,  kena pakai purple. Tapi aku pakai pink. Kira oke la. Ada gak sesket cam purple kan.


Meja makan beradap

Tiada pelamin. Tp mereka ada tpt amik gmbr ni.
Cantik bagai pelamin jugak kan.

Tumpang dua kaki. 
Hiasan n deco done by our designer. Cantik kan? Nak buat, sile la hire designer kami nih. Hihi.
Oh. Masa aku up kat insta ada yg tanya kat dewan mana ni? Hihi. Ni bukan dewan. Ni tpt jualan kraf kalau kami ada event. And mmg ofis aku ni sewa gak kalau ada orang nak sewa. Cuma.. tpt ni selalu buat event. Mungkin susah nak available kalau ada event tu. Mesti lah utamakan event kiterang. Kalau yg pernah dtg, tpt ni kat tpt jualan batik masa Hari Kraf Kebangsaan. Haa.. tetiba bertukar gini kan :)

Gitu lah. Next week, pun ada lagi jemputan. Next week jugak... my anniversary... hikhikhikk... #motipnakbagitahuanniversary?

6 comments:

Anum said...

cantik tema

Anonymous said...

Salam daripada Zalora Malaysia,
Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

Rizziela said...

cantik

Chekgu Azrine said...

Sakan mkn free..hehe..tp kan suka pegi kenduri sbb mknn selalunya sedap2..ada tuh kami g last month siap ada ayam golek..kelasss!!!

Masya said...

samelah jadual penuh huhuhuhu

Lynn Huraiza said...

syok kenduri hujung minggu...hehehehe...x yah masak...