Saturday, December 12, 2009

~Malang Tidak Berbau~

Copy from here : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20091212062835/Article/index_html

Tragedi pengantin baru

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.
"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

************************************************

Taktau la macamana aku nak hadapi kalo terjadi kat diri aku.
Itu lah ayat yg dlm hati aku sebaik shj aku tgk berita pasal ni kat berita mlm tadi.
Sedih. Pilu. Semua adalah.

Bayangkan lah, belum sempat sehari bernikah dah dikejutkan dgn berita suami dah meninggal. Secara tiba-tiba. Kalau aku pitam agaknya.

Tp..ini dugaan dari Allah. Allah Maha Mengetahui. Dan dugaan tu diberi olehNya pada hamba yg dia tahu tabah menghadapi dugaan ni. Masa aku tgk kat berita n gmbr kat paper, Teh Afifah tu napak tabah dan redha. Mmg kalo kita tgk pun pasti kita rasa mcm tak buleh nak hadapi, tp bila kita ditimpa ujian tu, dgn keimanan yg kita ada ni [walaupun tak byk], Insyaallah boleh hadapi. Sbb aku da rasa ms ayah aku meninggal secara mengejut tu. Kalo ikut logik akal mmg susah sgt aku nak terima ayah aku pergi secara mengejut. Baru je mlm tu aku call berckp dgn dia. Tp subuh2 tu da dpt panggilan kata ayah dah takde. Tuhan Maha Adil. Walau mmg sukar utk aku terima, tp aku tak lah smpai hilang pedoman ke apa. Dan aku tgk pada gaya Teh Afifah ni pun aku rasa dia boleh terima dan redha.

Malang tak berbau kan. Sedih tgk tpt2 hantaran pun bersepah. Ya Allah *tskkk... aku emosi*. Dah la Teh tu belajar kat Australia sanun. Mesti la lama dia tak jumpa suami dia tu. Ingat hari ni la hari paling gembira utk dia, tp sebaliknya pula.

Kenduri kahwin jd kenduri arwah. Sedih gila *tskk..aku emosi lagik* Ah. Bunga telur, khemah, pelamin semua dah siap. Tak boleh nak kata apa lagi dah. Aku harap Teh tu kuat utk hadapi semua dugaan ni.

Puanstoberi : Pilu.

8 comments:

Irtiyah said...

Salam

Saya pun terasa kepiluan itu. Simpati sangat pada Teh. Tp tengok .. insyaAllah dia boleh menerima. Kita doakan dia tabah dan mendapat kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Dah setakat tu jodoh dia.

puanstoberi said...

Salam Irtiyah,

Yelah. Kita doakan dia tabah. Dan pasti ada hikmah yg telah ditentukan olehNya.

Pepel BoNda AmaNi said...

memang kita tengok jerk berita tue kat tv..ya allah besarnya dugaanmu...tapi tue la kan..ALLAH tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita..insya-allah semoga TEH Afifah tue..tabah dan sabar..*sedey sangat2...*

puanstoberi said...

PuanPurple,
Mmg sedih. Lebih2 tgk gmbr derang nikah tu. Apapun harap Teh tu kuat menghadapi ujian nih.

cikCha said...

huhuhu...aku pon sedey gak...
T_T

puanstoberi said...

Shah,
mmg semua org akan sedih dan pilu kalo tau berita nih

Riena said...

sedih betul bila terkenangkan carita niee.. doakan agar semuanya selamat...

puanstoberi said...

Riena,
Tu arr..akak tak leh baca..nati akak pikir memacam. tskkk..