Monday, October 21, 2013

Edisi Menghargai Follower & Pengkomen #5

Oh. Giler lama dah sgt aku tak buat EDISI ni.
Rupanya last tahun 2011. Ku pikirkan tahun lepas.
Takpe la, sesekali, kena ada jugak edisi camni. Utk hargai pembaca2 yg rajin datang berkunjung. Yang rajin drop komen bila dah habis baca. Bukan yg datang masuk, tak baca apa2, tetiba drop komen 'wow'. Nampak beno nipu nyer kata Usop Wilcha. Haha. (dah tak komen dah lps aiols buat entry tu uolss..  tp aiols rasa ada lagi 2,3 orang cam gini gak nih.. cemna nak tgkp lagi nih ).

Oke. Kita sambung lah edisi menghargai follower dan pengkomen nih.
Last yg ini : Edisi Menghargai Follower

Again, apa yg aku buat ni, aku takkan review perihal blog, apa yg ada kat blog ke, design ke, tulisan ke, apa ke. Sbb aku bukan pakar dalam menentukan reka letak blog orang. Tak cantik di mata kita, tak semestinya tak cantik di mata orang lain. Jadi, tak kesah. Apa yg aku buat adalah selalunya hal persahabatan.

Mari kita berkenalan dengan cik adik kita yang sememangnya rajin turunkan komen kat blog kengkawan. Selalu gak aku tgk dia komen kat memana blog. 
Dan blog aku pun selalu dia komen. Dan aku tahu, pada entry dia komen tu, dia baca. Jadi, mari lah kita hargai nya.


Memula aku panggil dia Masya. Hihi. Dia kata 'kak..tu  bkn nama kita, tu nama gabungan, nama kita Yana'
Hikhik.. tp cam dah terbiasa pula panggil dia Masya.

Rasa, dalam setahun dua ni baru 'rapat' dengan Yana a.k.a Masya ni.
Aku tahu, dia ni mmg sahabat yang baik.

Paling terharu, maasa aku lepas operation bulan Mei tu ari. Terus dia msg. Sbb serasa aku, aku tak pernah bagi no phone kat dia. Atau, mungkin pernah bagi, tapi kami tak pernah ber utus msg. Lagipun kami tak 'friend' kat FB. Terharu sangat rasa bila sahabat yg tak pernah bertemu muka, yang dikenali hanya di blog sudi mendoakan kesihatan kita. 

Then, satu lagi yg terharu bila dia buat entry ni

Walau bukan secara direct dia buat entry tu utk aku, tp pada last paragraph tu, dah cukup buat aku terharu sekali lagi. Yanaaa.... terima kasih bebanyak kerana persahabatan yang tulus ni.

Oh, lupa pula. Sebagaimana gambar kat blog dia, itu lah cinta hati, buah hati dia - Amir. Masih jadi anak tunggal kesayangan. Yana ni kerja kerajaan jugak. Dia buat akaun. Tu lagi buat kami ngam. Sesama govt kot. Tapi, dia jauh la sket. Agak payah dia nak turun KL. Dan aku pun, agak payah jugak nak turun area dia. Jadi, entah bila kami dapat jumpa. Takpe, 1 sweet day nanti pasti akak jumpa adik akak yg sweet ni kan. Skrg ni lagi mudah sbb kami berhubung kat w.app je :)

Dan yg kelakar, Yana ni pun pernah jadi antara salah sorang yg ter silap hantar emel. Dari cikstoberi jadi cikstroberi. Hihi. Lepas tu, orang tu fwd balik emel2 tu, ada lah emel Yana ni. Hihi. Takpe lah. Sekarang aku dah tukar pun emel tu. Sian, menyusahkan orang plak kan. 

Apa pun, ini lah salah satu faedah yang dapat dari ber blog - menambah kenalan dan kawan. Mana lah tahu, apa2 hal boleh mintak tolong kan.

To Yana, nantikan Mystery Gift dari akak ya. Tapi..mungkin takes time sket tau nak antar. Nak ke post office bercinta nau skrg ni. Huhu.

*****
Idea asal dan detail tentang menghargai follower dan pengkomen ada kat entry tahun 2011 aku nih. Giler lama dah. Ter stuck dekat nak 2 tahun. Hoho.

7 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

tahniah kepada yg bertuah.bestnya. =)

Masya said...

Alamakkk malunya pengomen tegar kat sini, baru baca suku dah sebak... Nak sambung.. Tq kekda x sangka dh lama akak x buat edisi menghargai follower tup2 sy jd yg ke-5, insyaallah ada rezeki satu hari kt jumpa kan... Sobb.. Sobbb... Sobbbb....

nad said...

Waaa best best :)
Terharu yana hihi
Ehh saya plak sebuk ;p

.:fyzz:. said...

fyzz pun terharu..aik tetiba..pepun fyzz pun ada gak blogger yg peberet di mata kita n ikhlas kan akak...pepun tahniah pada yana..:)..

Puan Kutu said...

kite tumpang baca sekali terharu jugak dengan entri penghargaan ni sbb sy selalu komen blog yana tu..

berblog ni tu yg best,dpt jalinkan persahabtan walau tak pernah bersua tp dekat dihati..:)

Tie HT said...

tahniah untuk masya, akak pun panggil dia masya sebab dah ramai kawan blog nama yana takut tertuko :)

Nora Karim said...

hihihi saya pun panggil "masya" kekok lak nak panggil yana... sbb kenal mula2 dah panggil masya hehehe