Thursday, October 3, 2013

Jus Pegaga, Apa Rasanya?

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

******
Tak mengapa lah kalo di Malaysia nak takde Kale (sebenarnya daun Kale sgt byk khasiat. Antaranya boleh baca sini - benefits of kale. Org yg tgh TTC pun mmg elok makan/buat jus kale. Tapi tu lah, jenuh aku carik kale ni. Rupanya mmg takde. Even Kevin Zahri pun pernah cakap kat instagram dia, kale takde. Tapi taktau la kot2 kat supermarket yg ala2 omputih cam Cold Storage / Jaya Grocer tu. Tak pernah tgk lagi. Kale ni  bentuk dia ala2 cam salad.
khasiat kale
kredit : Here

Jadi, kale takde, pegaga pun bolehhhh. Banyak juga khasiat. Dalam omputih pegaga dipanggil pennywort.
Aku pernah buat jus pegaga. Tp sbb campur jambu batu, rasa dia cam tak berapa nak kick plak. Nanti lah, buat jus dia je. Ada yg kata sedap je. Oke, jom cuba.
khasiat jus pegaga
Rasa pegaga campur jambu batu ni? (raw juice - without sugar)
Nampak mmg 'hijau' sgt kan. Tp oke je. Takde la 'suck' sgt. Boleh la minum :)

5 comments:

BaTiK_PiNk said...

KekDa, bila akak buat entry pasal jus pegaga ni, Yani teringat jus pegaga yang mak Yani selalu buat letak dalam fridge, selalunya mak buat beberapa hari sebelum checkup diabetis dengan doktor KK...huhuhu. Ni semua tektik org2 tua kita nak elak bacaan gula naik masa cek kat KK. Tapi biasanya doktor lagi pandai, dia ambil bacaan 3 bulan tu (HbA1C)...bacaan tu tak leh tipu2 macam bacaan biasa...huhuhuh....time tu siap la, doktor bebel2....anyway, jus pegaga sangat elok untuk org yg alert bab kesihatan...

♥ ROS ♥ said...

Ros pnah minum.. Tp ari tu gedix tau campo stramberi..mmg nyummy sgt.. :) kikiki

JunAina said...

Tak mampu rasanya nak menelan raw juice cam gini. Jus buah pun tak berapa nak suka inikan pulak jus sayur mayur.

Masya said...

pegaga buat ulam jer.. x pernah lg buat jus

PUANSTOBERI said...

YANI :
Oh..elok ek utk org kencing manis... oke..oke..mari teruskan buat jus. hihi..


ROS :
Sedap kan.. oke la..tp sbb akak campo jambu batu dah jadi lain..hihi



JUNAINA :
Saya pun kak jun..if takde di tebuk2 perut ni, takkan saya nak.. bila dah kena tebuk perot, dah ada tumbuhan2 dalam perot, baru la saya hegeh2 nak minom.. huhuhu


MASYA :
Ulam pun boleh, tp akak tak boleh nak telan sebanyak yg buat air tu. Huhu.