Tuesday, October 22, 2013

Saya Nak Bagi Tahu. Saya Bukan Robot.

Adui. Saya akui, kadang kala saya jarang drop komen kat blog orang.
Tapi, kadang kala, kalau free, saya akan drop komen.
Tapi...
Terbantut hajat nak drop komen kalau napak design yang canggih cam gini
Dah kenapa keluar gmbr saluran elektrik pulak????
Adui.
Kau mampu baca gambar tu. Jenuh aku pikir apa perkataan nih. Rupa rupanya kena abaikan gambar tu. Cuma taip je perkataan. Tapi.. ahhh... susah lah ada menda nih. 

Please prove you're not a robot.
Yer. Saya bukan robot.

Dah pernah buat entry ni dulu.
Tapi, masih ada juga yg suruh prove samada kita robot atau bukan.

Huhuhu (T____T)
Nangis ni. Saya bukan robot. Bukannn.

Mungkin. Anda mmg nak show word verification sebelum orang komen.
Yg ni mmg tak boleh buat apa lah kan. Terpaksa redho kekdahnya.
Tapi. Mungkin. 
Mungkin anda tak sedar bahawasanya blog anda perlu verifikasi dari robot.

Dari itu, sekiranya anda tahu memang takde robot yang baca blog anda, dan tak komen di blog anda, sila la periksa. Caranya :
Settings---> Post & Comment -----> show word verification ----> klik lah pada NO.

Sekiranya masih buntu. Ini lah gaya muka bentuk keadaannya. 


Jgn risau. Sekiranya anda takut mak enon (anonymous) yang komen, dan anda perlu meng approved komen dulu, itu tak mengapa.

Anda boleh pilih mana satu pilihan di ruangan 'who can comment'. Pilih lah selain dari anyone itu

Jadi, please.
Robot tak baca blog anda. Mungkin.
Tapi saya, seorang manusia yang baca. Dan tak perlu prove kot.

Serabut perut tetiba nak komen ada gambo saluran elektrik tu.
Seriyes.

9 comments:

Mixed-family in da house.... said...

hahhahahaha...betuil betul....terus terbantut hajat tau....

Irtiyah said...

Salam
sebenarnya saya mmg tak guna verification, tapi bila baca entri ni, pegi cek sekali lagi..

confirm! memang tak guna verification hehehe

Qeela Aini said...

haha betul tu, Qeela pon akn rase terbantut nk komen if ade bendalah nh. :)

Bunga Lily said...

hahahah...

da kenape ye...hehe

JaSSNaNi said...

hihihihihi.. dulu mulanya sebelum cerdik.sket ni saya pun jenuh nak komen tapi rupanya kena.masukkan angka dan huruf dlm petak disediakan.. tapi time tu kurang cerdik.. jenuh naip.huruf tak lepas2, rupanya kena masukkan angka skali lak.. aku juga bukan robot.

.:fyzz:. said...

hahahha..rasanya saya nk gelak dulu..sya pun cam akak gak..selalu gak jmpa gini..yez kita bukan robotic...kdng2 nak komen gak..tp berkali2 salah sbb rambang mata tgk tulisan sebelah nk prove kta bukan robot..sabau je la

sweet tooth said...

sama la i...memang terbantut nk komen bila kena prove bukan robot ni...huhuhuhu...

Bitt (double IS) said...

i rasa blog i tak de bendalah tu..hehehhe tapi tu la kena ada benda tu gak sebab ada masuk komen yg spam tau..bahaya gak tuh skali kawan2 lain tertekan habis

Masya said...

Sy pun bkn robot, dulu sy pun x perasan Kat blog sy mcm tu bila ada kwn komen tegur barulah perasan hihihihihi