Thursday, October 17, 2013

Pengalaman Bertugas Di Parlimen

PTD's biasa lah ni kan, jadi pegawai bertugas kat Parlimen. Cam aku ni, yg bukan PTD (aku ni pi tido boleh lah. Haha) bukan selalu lah jadi pegawai bertugas ni. Jadi, terpaksa lah poyo poyo catat pengalaman sini. Maafkan je lah ke-poyo-an hamba ya. (eleh, bertugas Parlimen pun mahu cerita.. kata dek orang lain.)

8.10.2013- mewakili agensi utk turut sama dengan wakil MOTAC. Kira bertugas ni pun dia pick2 je. Aku ni pun 1st time. Org lain ber time time dah kot pergi jadi pegawai bertugas. Atau pun mungkin jadi pegawai perantara peringkat jabatan/agensi.

Tapi bukan mudah sesuka kita nak masuk Parlimen ni kan. Aku pernah sekali, masa tu baru beli kereta, dan konon nak jalan2 waktu malam lah. Sekali termasuk lorong ke Parlimen ni ha. Kan lorong Parlimen ni hanya utk ke Parlimen. Manade jalan ke tpt lain. Ha, engkau..siap guard tu dah angkat senapang dah. Haha. Sudah la malam. Pastu, dia nampak budak perempuan dan kawan2..jadi dia bagi je lah U-turn. Bikin malu saja. Mengong.

Dah kena bertugas ni, mari lah kita pergi dengan kereta ofis je. Booking je lah drive anto jap. Bukan jauh pun. Aku nak drive skrg? Haha. Kalau selagi namanya bukan emergency, aku dah tak kuasa nak pegang stereng. Aku rasa ability aku drive pada masa ini dah drop down. Tggl 35% je kot. Lagi pun bawa kereta kena fikir parking entah mana. Kereta jabatan ni, mudah je dia bagi masuk. Bagi pass jabatan kat post guard, dan dia akan tukarkan dengan pass 'pegawai bertugas'. Masuk parlimen pun cam kat airport jugak. Kena scan beg. Lps tu register dan pergi lah ke bilik sekreteriat. Mmg cam rusa masuk kampung gak lah kejap. Haha. Aku smpai dalam kul 9pg. Awal. Officer yg duty pun tak berapa ramai lagi. Mmg tercangak cangak jugak. Tp muka mesti kompiden. Smpai ada orang dari kementerian lain plak yg tanya aku, skrg dia patut pergi mana. Aku pun memandai je kata pergi cari bilik sekreteriat ikut kementerian. Kihkihkih. Tu ah..muka kena kompiden..

Biasanya bilik sekteriat ni dah ada la urusetia dari kementerian memasing. Share la dengan 2,3 kementerian lain. Lps tu urusetia akan bagi kupon makan utk hari tu. Dpt la RM20. Utk makan di cafe nanti.

Aku bertugas masa Dewan Negara.
Kata orang, yg bes masa Dewan Rakyat. Agak kecoh2 sket kan.
Dewan Negara ni smoothly running ja.
Sesi soal jawab.
Pastu ada pembentangan rang undang-undang.
Pastu kami yg bertugas ni buat la laporan.

Begitu lah.
Walau pun sesi aku kena tu abis jam 8.00 mlm, tp oke lah. Pengalaman baru kot. Dan dapat kawan baru lagi. Hai Farah.. Cea.. macam kan dia baca blog aku.. kihkihkih :>

p/s : gambar takde. Segan kot nak amik2 gmbr sgt. Kang cam jakun sgt plak. Kihkihkih

4 comments:

Chekgu Azrine said...

Wah..tahniah!!
Dapat jgk merasakan??

♥ ROS ♥ said...

Seronoknyer.. Semoga segala urusan dipermudahkan :)

sweet tooth said...

Thanks for sharing... dapat gak membaca pengalaman org yg bertugas di parlimen. :-)

PUANSTOBERI said...

AZRINE :
Hihi. Semua orang merasa kot. Dia gilir2..


ROS :
Dah pergi pun. Alhamdulillah.. di permudahkan. Huhuhu :P


SWEETTOOTH :
Hihi.. buat kenangan kan..gi parlimen. Ngeee :D