Wednesday, October 2, 2013

Edisi Shawl Situ Sana Sini

Sekarang ramai betul orang jual shawl.
Kalau dah semua orang jual shawl, siapa lagi nak beli?
Haha.
Takpe, kalao semua orang jual shawl, aku lah tukang beli.
Haha.
Mudah benar nak carik orang jual shawl skrg. Kat instagram. Kat FB. Kat Website, blog apa tah lagi lah.
Oleh kerana skrg ni ramai malas nak berpeluh tiak kat jalan TAR tu, baik lah kita beli online sajork.

Aku ada la 2,3 pasang beli online shawl nih. 

shawl warna warni, dua tone

Shawl dari Ezlynn Collections

Shawl ni kalau online, lebih untung kalau beli share.
Sbb shawl ni ringan. Beli 3 pun masih dengan kos pos yg sama.
So, nak beli je carik kawan.
Shawl Ezlynn ni aku beli yg NC8.
Share ngan 2 orang lagi budak ofis. Jadi, kos makin murah lah.

shawl riben ringan tak perlu iron
shawl dari Happylifeshoppe

Ni pun share jugak. Bertiga jugak. So, jimat kos di situ.
Oh. Shawl ni bes. Dia wide shawl. Aku beli sebijik corak dalam gmbr tu. Riben riben. Instead of peminat stoberi, aku jugak giler riben. Mostly sandal aku ada riben. Haha. Bebudak sgt khennn....
Shawl ni walau wide shawl, don't worry lah. Takde la besar mana kalau dah adjust2 tu. Just nice je pun ngan aku yg 'petite' ni sbb boleh tutup dada. Ada gmbr kat instagram aku pakai shawl ni g ofis. Suka shawl ni. Tak perlu iron. Ringan. Dan mudah bentuk. Rasa macam nak beli lagi. Tapi... agak2 la kan. Melambak pulak shawl kang.


wide shawl online
shawl by Khaylaa Couture 


Ini plak aku bukan beli online.
Tapi derang bukak booth masa Promosi Hari Raya kat ofis aku tu hari.
Oke gak shawl nih. Aku pakai masa hari raya. Ikut cara yg dia ajar pakai. Then, skang aku ingat2 lupa dah cara nak pakai cam kat atas nih. Payah sgt, lilit biasa sajork.

Satu lagi aku beli loop shawl kat AlHumaira

shawl, loop shawl

Tak pernah pakai lagi sbb kena tgk tutorial dulu. But, sebenarnya oke gak loop shawl ni. Mudah.

Edit. Satu lagi shawl aku pernah beli online. Halfmoon shawl dari Poplook.
Ala2 gini. Tp plain
shawl, halfmoon poplook

Lagi aku beli kat mana ah shawl?
Tak byk sgt koleksi shawl ni. Sbb aku tak suka pakai inner. Magic ke tak, aku tak suka. Mostly shawl kena pakai inner. Dan mmg sejak lepas abis sekolah aku tak pernah ada anak tudung (atau inner yg org skrg panggil. Ala, masa skola dulu panggil sekop je. Hahaha) Aku carik shawl yg boleh pakai tanpa inner. Atau pun kalau susah aku akan pakai dengan tudung awning Ariani (yg pendek tu). 

***ada gmbr mungkin tak boleh nampak sbb amik direct dari Facebook. Kalau FB di block, maka gmbr tu pun nan hado la yea...

7 comments:

Rosmawani♥ said...

Ros pun tringin gak bershawl tp mcm xsesuai muka... Hehhehe.. Tp mna tau nk pkai jugakkan nnt..hahhaha

nad said...

Saya tak reti pakai shawl yg dwikaler tu.. Tah cemane nak pakainya. Ada 1 tak pakai langsung haha

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. sheila pun terlebih rajin beli tudung online pastu tak pakai. hihi

joeayu said...

Cantik dan simple shawl ni. Akak sharelah jugak camne pakai shawl yang akak tau..

Masya said...

sy suka shawl halfmoon x kisah plain atau corak.. ntah lg selesa... (perasan cantik) hahahaha ... x reti pakai yg dewi/ 2 warna.. sekali hubby kata mcm kene klorok tobat nak pakai .. sentapp kejap tau...

puanstoberi said...

ROS :
Boleh.. gunakan inner. Tak kisah la yg magic atau tak. Kihkihkih


NAD :
Sama je le ngan shawl biasa Nad. Lilit je.. tak kesah skg ni.. Hikhikhik

puanstoberi said...

SHEILA :
Eh. Pakai lah. Rugi dah beli tak pakai.


JOEAYU :
Aaaa... akak pakai yg skali lilit tu je. Yg palinggg simpleee... Hihi


MASYA :
Halfmoon cam pendek sket la Masya.. ke ada yg panjang.. tak berapa nak tutup dada. akak ada satu. tatau la kot ada yg halfmoon bidang besar sket kan.