Monday, January 25, 2010

~PnStoberi dan fwd emel~

Annoying!
Buleh tak tolong jgn pass ke fwd emel gaya gini.
Annoying!
Dgn tajuk emel gaya gini :
Fw: .....Fw: Hati yg sudah hitam tak kan FWD email ini

Dan cam biasa, emel yg fwd ni kena scroll, scroll, scroll smpai ke bawah baru la dpt isi sebenar emel tu kan [sblm tu kita akan jumpa berpuluh, malah beratus emel address org2 lain dulu]

Dan di akhir emel terdapat pula ayat gini :

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.


Tah pehapa tah. Lantak la. Bukan emel ni je aku tak fwd, emel2 lain pun. So what?? Kedekut?? Apa ke hey plak tk fwd emel ni bermakna kita kedekut. Tah! Malas nak layan.

Tolong yer...tolong lah wahai rakan2 yg disayangi, jgn la memenuhkan inbox aku dgn emel2 yg suh aku fwd balik ni, kalo tk fwd, hitam hati la itu la ini la..
kalo nak antar, antar emel mcm org yg kena gigit kaki dgn halimah jongang binatang misteri tu ke, emel gosip2 artis ke apa ke, itu ok la sbb aku baca2 pehtu aku delete. Tkyah la nak terasa hati hitam ke apa ke kan. Iskkk... Rajin sungguh kome' mem forward2 emel ni kan..


[secara kebetulan rakan se blog aku menyiarkan entry ttg emel ni jugak..hehe. kebetulan la pulok]

PnStoberi : Hnya fwd emel bila ada permintaan

4 comments:

Che Sue said...

hai sampai kehitam hati kalo tak fwd? hahaha parah! takde lagi aku dpt hok gini..yg aku dpt kata akan malang selama sekian2 hari if tak fwd kepada seramai sekian2 org..hoh! tak kose aku..

ni namanyer email berantai..dia dok menjela2 panjang..aku sama je mcm ko..gua delete selepas baca! hohohoh! gumbiraa~
aku kedekut? so wat! baru tau kah? ngeh ngeh ngeh!

PUANSTOBERI said...

CHE SUE,
tu la pasal. apa kes plak smpai hati hitam nih. kalo suh ambik iktibar ke apa ke kan, buleh gak trima.
Hah! ko tk dpt lagi emel tu ek. Meh aku fwd, pehtu ko kena fwd pd org lain lak. Kang kalo tk fwd ati ko itamm.. ha ha..tak tau..ha ha.. [wakakakak]

oto said...

kahkah.. lawak la ko ni reen.. halimah jongang tu yg buat aku gelak.. ko follow ke cite tu? aku follow gak sbb anak aku suka sgt tgk cite tu..
pasal email berantai tu, aku pon ada dpt gak email tu. tpi aku tk fwd pon.. hati itam ke tak.. ada aku kesah?? bkn emel tu yg tentukan.. betul tk?

PUANSTOBERI said...

OTO,
aku kdg follow, kdg tak sbb tgk cuci the series kat tv2 yg tk kurang lawaknya.
Tu la..tah pehapa la kan. Tp kalo aku, tk rajin de aku nak fwd2 emel kayak gitu tu. Aku nak membacanya pun malas, apa tah lagi nak mem fwd nyer