Thursday, January 28, 2010

~TaG : 30 soalan~

Bosan. Taktau nak citer apa dah kat blog.
[ada je ekceli nak citer..tp blum ada mood, lgpun rmai lak kengkawan blog yg lain cam sunyi je]
Jadi saja la google perkataan ini "TAG" dan google di blog [maklum lah, tk ramai kawan blogger, tkde la org nak tag ke apa ke kan. Tp skang ni pun bukan musim tag ek]
Makanya kuar la beberapa tag. Ada satu ni cam bes.

Jum buat nak.

1) Orang yang baik adalah
-Adalah org yang sempurna dari segi perangai, akhlak dan budi bahasa [yeah..i know takde org yg sempurna dlm dunia ni..tp takpe lah]

2) Sahabat selalunya
Yang sentiasa bersama dalam susah dan senang

3) Mencintai adalah
Bila kita ikhlas menyayangi seseorang

4)Putus cinta bila
kita rasa kita frust nonggeng [aku penah rasa weh]

5) Duit buat saya tiba-tiba jadi
nak beli semua menda yg saya idam-idamkan selama ini.

6) Saya rindu
Arwah ayahnda saya. Tskkk... Mak pun rindu jugak, Sabtu nati nak balik kg

7) Cara saya menunjukkan kasih sayang
Lain individu lain cara utk saya menunjukkan kasih sayang

8) Bila saya dikhianati
Saya mmg rasa 'sakittt' sangat.

9) Saya pilih bunga apabila
Saya ke Cameron Highland.

10) 3 org yg ingin saya katakan i love u setiap hari adalah
Of koz lah my husband, my mother [2 jer]

11) Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan
Menangis setiap petang lepas sekolah sbb kena duk hostel. Then mak ngan ayah laju2 datang sbb derang pun rindu saya.

12) Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan.
Err..tahun bila yer saya 21 tahun. Owh..tahun 2000, yg tk dpt dilupakan adalah waktu2 bersama shbt terbaekkk saya-Juwita

13) Saya menangis bila
Saya benar2 sedih [saya seorg yg sukar menangis]

14) cantik pada kacamata saya
Rujuk jawapan no. 1

15)Tak ada yang paling menggembirakan saya kecuali
Berada di samping insan2 tersayang

16) Jika saya boleh ubah sesuatu, ia adalah
Pekerjaan saya!

17)Jika saya sentiasa tersenyum, itu tandanya
Saya dapat apa yang saya hajati

18) 3 org penting dalam hidup saya
Rujuk jawapan no. 6 dan no. 10

19) Jika saya ada RM1 juta, saya berikan kepada (selain dari yang 3 di atas)
sedekah pada insan2 yang memerlukan, dan selebihnya pada mall2 di sekitar KL nih. Hua...

20)Jika saya ingin berjaya
Saya mesti berusaha!

21)Warna yang memberikan inspirasi
Kuning! [tetiba..padahal aku sker purple]

22) Duit bukan segala-galanya tetapi
Segala-galanya perlukan duit

23)Saat paling menyedihkan pernah saya lalui adalah
Ketika menerima berita kehilangan ayahanda. [Al-Fatihah..]

24) Saya gembira kerana
Rujuk no. 17

25) Dan saya bersedih kerana
Saya tak dapat apa yg saya hajati [vice versa to jawapan no. 17]

26) Jika saya tk dapat cinta si dia, maka saya
Redha jer..nak wat cemna

27) Perkara yang paling indah telah saya lakukan semalam adalah
Semalam?? Ada ke?? Owh! ada. ada. saya buat bubur jagung dan my dear tunjukkan tanda "good" pada suapan pertama lagik.

28) Jika saya boleh menulis sebuah buku, tajuknya adalah
"Kenapa kita gemuk lepas kahwin"

29) Sebelum saya pergi buat selama-lamanya, saya ingin
katakan pada suami "duit pencen tu jgn buat duit kawen lain plak" mueheheheheh :p

30)Selepas melakukan 30 soalan ini saya rasa
Gigih giler aku buat mendalah ni. Tak memasal je kan. So, aku nak kawan2 lain gigih jugak buat soalan2 ni. Kawan2 tersebut adalah :
A) Cik Cha [buat tau..lama da ko tak apdet blog]
B) Zatul [boleh buat di facebook]
C) Kak Lyn -Salina Sally Ted [juga boleh buat di facebook]
D) PuanPurple [kalo rajin lerr..kita tgk lama da awak tk apdet blog]
E) Che Sue [ buat wes...ko buat la sehari satu, sebulan dpt suma jawapan. ho ho]

4 comments:

Anonymous said...

aku nampak je tajuk blog ko...aku dah terasa sure aku kena ni..hahaha! yeah sebulan satu soklan aku buat! go go chaiyok!

cikCha said...

huhuhu...pdhal byk mende nak di story dlm itu blog...tp bz+mls la pulekk...tambahan pula skrg aku sebuk meniaga dlm cafe world...ahahah

puanstoberi said...

CHE SUE,
ko kena akur sbb aku ni bukannya ada ramai kawan blogger. hik hik hik

CIKCHA,
he he.meniaga smpai dpt sejuta cafe coins tau.. hehe

Unknown said...

reen, ko ni mendera minda aku ni reen..30 soalan tu.. 3 soalan je cukup la weh.. apapun,nnti aku jwb kat fb heh.. tenkiu... :))