Thursday, January 14, 2010

~Permata Yang Dinanti : Jamu Mak Dara~

Telah diketahui salah satu khasiat Jamu Mak Dara [JMD] ini adalah untuk menyuburkan rahim. Atau dalam bahasa mudahnya nak bagi senang mengandung lah kan.

Aku bukan nak promote ke apa ke JMD nih. Tp aku penah la makan gak JMD ni. Jangan tanya la hasil nya sbb aku ni adalah seorang budak [budak ker???] yg tak berdisplin dlm memakan ubat. Rasa dekat nak setahun aku beli, tp ada lagi tu ha. Tah pehapa kan. Ngabihkan duit jer tau.

Tp. aku rasa utk tahun ni aku nak amalkan secara konsisten selama utk 6 bulan. Kalo tak berkesan. Kita stop. Nak dptkan stok senang je sbb ada akak kat opis tu akak dia ada meniaga menda2 alah ubat2 camni nih. Siap dpt diskaun plak tu. Hehe.

Ok, ini ada soklan2 berkaitan JMD nih. Amik kat sini

SOALAN

Boleh kan saya mengamalkan Jamu Mak Dara jika berhasrat untuk mengandung.

JAWAPAN

Amat di galakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim.
Ramai testimoni telah berjaya mengandung setelah mengamalkan Jamu Mak Dara.
Jika anda sedang merancang...sila amalkan satu kotak di peringkat awal.Jika belum berhasil sebaik nya amalkan sehingga 3 kotak. Sekiranya anda merasakan ada kelainan spt lambat datang haid ...harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing utk memastikan samada anda mengandung atau tidak!!

------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN

Selalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan mengganggu proses utk mendapatkan zuriat. Benarkan begitu??

JAWAPAN


Mengamalkan jamu mak dara tidak mengganggu proses utk mendapatkan zuriat!!
Malah dia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkan kesempurnaan hubungan suami isteri.Meningkatkan tahap keghairahan.


Dan utk pelbagai produk JMD yg lain masuk je web dia ni - JMD

Owh, aku mau masukkan komen kawan aku yg jauh nun di algeria sanun. Che Sue.

talk about jamu mak dara..aku pun beli weh..tpi tu aa jenis tak berdisplin..tengah jalan stop! kalo ingat, makan aa.. tapi based from testimoni kawan aku sendri, dia berjaya peknen weh..yg bestnyer, AKU YG SYORKAN JAMU MAK DARA tu..hhehehe..

Tkpe la Sue, da rezeki dia kan. JMD tu hanya membantu je. Tp udah kita ni jenis tak displin nak wat cemna kan. Okeh..azam baru..meh la kita mendisplinkan diri dgn memakan JMD. Hoho.


Comeynya dia makan stoberi eh. Meh sini meh. Jadi model blog auntie meh. Hehe.

PnStoberi : tk salah kita berusaha kan.

11 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

comeynyer bb tue...geram nyer tengok...rasa nak cubit2 jerk pp dia..sweet sangat kan..

xsalah kita mencuba..klu ada kebaikan bersama..cayok2..pn stoberi.. :)

Anonymous said...

ngeh ngeh ngeh..aku pun tgh start balik makan JMD..tapi ada sebotol je! so makan ala jimat cermat...lepas ni nganga laa balik bila dah abih..

nyesal tak beli byk2..!

cikCha said...

tu baru 1...dlm senarai aku ada mcm2...hohoho

cikCha said...

che sue, mintak la ida pos kan ke sana...heheheh

kOpiEhiTam said...

satu jer aku nak cakap - mak dara pandai masak. sedappp.... hehehe...

Anonymous said...

haa pnstoberi..tu ada pencadang cikCha tu..so bila nk jadi agen aku ni? hahhhaha! bley gak aku bukak stall kat algeria ni niaga jamu mak dara! fuhh~

puanstoberi said...

PUANPURPLE,
ya..usaha tangga kejayaan. Caiyok.caiyok. tp kan rasa macam usaha bulan ini adalah menggagal jugakk..waaaa.

SUE,
leh la,nati aku kawtim ngan budak opis aku tu kata kat dia suh lantik ko jd agen JMD kat algeria sanun. konon mcm pemasaran ke luar negara dh la. Hehe.

SHAH,
ko nyer list lagi byk eh. Apa lagi senaraikan lah.

KOPIE,
owh..ko penah intebiu dia pasal masakan ek. Tp badan dia bergetah lagik kan.

Okid said...

akak..akak mkn yg serbuk atau pil..?za smpt mkn sekali je..pastu serik...uwaa...xleh nk telan la...rs dia...ufff...za xleh nk terima...last2 dh xpired pn JMD tu..hikhik

puanstoberi said...

OKID,
akak makan yg pil. mmg ada terasa gak lain mcm, tp ok lah. tkde la pahit maung tu. serbuk tk penah terai plak. lepas ni nak sambung makan secara berdisplin.

p/s: akak sedari kecik takde masalah makan ubat, tp nyer tak berdisplin nak makan, itu yg jadi masalah. dulu panadol tu akak tak reti nak telan, kena hancurkan dulu ngan air baru leh telan. selamba leh makan

cikCha said...

ida...malu wehh aku nak menyenaraikan nyer...huhuhu...

puanstoberi said...

SHAH,
ala..apa salahnya..sharing is caring