Wednesday, January 13, 2010

~PnStoberi ke Paparich~

Ini kejadian ari Isnin lepas.
Tah cemna buleh plak ter pegi ke PapaRich ni.
Ramai kat blog org kata sedap makan di Paparich nih.
Jadi kita let's try lah.

[hoho. aku slalu tgk kat blog org je kat mana nak makan sedap nih. Retu sataystation pun aku guna testimoni org kat blog je. Bila tgk tpt mcm nice n makanan pun rasa buleh masuk kat tekak nih, buleh je nak cuba. Owhh..ini juga salah satu nikmat bila tinggal di Ibu Negara nih. Byk tpt makan yg besh.besh.].

Aku p ngan my dear n adik faizullah aku tu. Kami gi Paparich kat Bkt Bintang. Kedudukan kedai ni bertentangan dgn hotel federal kalo tk silap aku. K'org paking kat BB Plaza, then jalan kaki la sket. Kalo tak mmg seksa la nak carik paking. Silap2 leh trus smpai ke Puduraya kang [kalo dpn sket da smpai simpang nak ke puduraya..susah nak u-turn balik tu]

Mereka kata cendol di Papa Kaya ni besh. Jadi kita let's try.


Mmg la besh. Papa cendol namanya. Rm5.50 kalo tak silap aku.
Something differ from cendol mamak tu.
Ini style nyonya cendol nih. Lemak manis dia mmg rasa lain. Tidak terlalu manis. Mmg just nice je. Tsskk..
Memula tgk mcm kosong je kan. Tu..bia dia turun skit gunung ice tu. Ha..akan jumpa ini.

Kat dalam tu ada jagung [my fav. of coz], ada lengkung n kacang merah. Aku tak sker kacang merah tp dlm cendol tu kacang merah tu telah ditumbuk dihancurkan. Jadi bila makan tu..manis lemak je rasa diadun pula dgn ice dan santan lemak2 manis tu. Sedapppnya wess..bila nak makan lagik nih..

Ini plak choc-ice my dear n cincau eh..longan milk faizullah. Longan milk tu faizullah kata bes sbb mild je rasa dia. Tp aku adalah tidak berkenan plak dgn rasa dia. Mungkin sbb aku tak menggemari susu. Tp choc ice tu mmg la terbaekkk dari ladang. Setapppp.. aku kejap2 asik "pau" je dari my dear. hoho.

So, kita let's try makanan dia plak.


Ini adalah mee udang. Ok lah rasa dia. Sama je mcm mee udang kat kopitiam yg lelain. Tp Kari Laksa dia mmg terbaekkkk dari ladang. Itu my dear yg makan. Cam biasa la aku cilok2 la dari dia. Nama je kari laksa tapi dia pakai mee gak. Aku tak suka mee kari, tp bila rasa kari laksa ini, mmg aku nak order lah kalo lain kali aku pi. Aku rasa kari laksa ni mmg specialization lah kat Papa Kaya nih. Sbb dlm menu tu gmbr kari laksa ni besau. Lelain kecik je. Tp aku tk amik gmbr kari laksa my dear tu. Maleh aku nak angkat2 mangkuk yg beso tuh.

Faizullah lak makan ini. Hoho. Hazab dia dgr aku membebel sbb dia makan menda2 yg biasa dpt kat kedai lain gak. Pulak tu antara makanan k'org, makanan dia paling mahal. Aku kata kalo ko beli kat kedai2 western area kg baru tu, then amik nasik goreng cina..tk smpai 15hinggit pun. Hoho.

Keseluruhannya adalah berpuas ati lah. Tp cam biasa la aku. Tk abis pun mee udang tuh. Lenkali aku kena mintak kiddy meal gamaknya. Hehehehehe..

Pnstoberi : amat gemarkan cendol plak lately nih. Ngeee

4 comments:

aNgeL pUTiH said...

perghhH!!~ cendol maaaaaaaaaaa.... terliur la plak.. gugugugu

puanstoberi said...

tu lar..nom nom nom

Pepel BoNda AmaNi said...

wah cam sedap jerk cendol tue..huhuhuhuh

puanstoberi said...

PUANPURPLE,
bukan mcm sedap..tp mmg la setappp.. silalah cuba di restoran papakaya yg berhampiran dgn anda. hehe