Showing posts with label juice. Show all posts
Showing posts with label juice. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Juicing Challenge Week 2

Hai uols.
Skrg tgh bz sebenarnya. Bz dgn temuduga. Bukan la ahkak yg di temuduga, dan bukan juga penemuduga. Ah. Nati lain entry lah cerita pasal temuduga nih ya. Memacam gelagat boleh ditgk masa sesi temuduga sedang dijalankan. Ahkak ada la sekali dalam bilik temuduga. Tukang bukak pintu.. haha.

Orait. Ni gambar2 juicing challenge week ke 2.
Dari 18 Januari till 24 January.
Kat FB ada gambar ni. Kat instagram ada. Harap janganlah muntah kedarah yer.
Bila hehari aku up gambar ni dan orang tgk, ramai juga tertanya2, kenapa aku asik juicing. Diet ke? Utk apa? Sapa yg mmg follow d track tahu la kan. Tp sbb aku bukan nya Nelydia Senrose (oh Mastura...) jadi, mmg tak ramai la track kenapa aku ber juicing kan. Tkpe. Itu pun nati aku buat entry ya.

Middle of the week 2 ni, aku dapat slow juicer yg di order dari Lazada tu. Yey! Dah ada slow juicer. Tak perlu guna food processor. Oh. Sila ambil maklum, aku tak pernah guna blender mahupun juicer extractor utk buat raw juicing nih. Aku tak rajin nak tapis2 seme tu. Kat rumah tu, blender hanya utk blender cili ja. Lelain semua guna food processor. Now dah ada 3 alat blender dah kat umah tu kiranya. Utk blend cili, utk juicing dan food processor utk proses apa2 lah. Seme pun buleh dengan food processor tu. Aku mmg suka mendalah tu sbb mempercepatkan kerja aku. Eh. Ada satu lagi. Yg tupperware punya. Chop apa ntah namanya tu. Tak pernah guna pun (T___T)

Raw juicing is juicing without any sugar. Tapi, kalau guna food processor kena tambah air. Kalau tak, mampuih dia tak gerak. Tapi kalau guna slow juicer - without water. Sbb dia mmg extract all the juice from fruits itself. Oke. Done :)

Oke kali ni, aku taruk tahap kesedapan. Tapi ini tahap aku lah. Utk korang kena cuba2 lah sendiri. Ada yg muntah meluek kalau buat jus sayur, ada yg oke ja. So, terpulang pada penerimaan tekak memasing. Aku pun bukan orang yg makan sayur. Tp juicing, yes - aku takde masalah utk menerima sayur2. So, memasing ya.

Day 8 - 18/1/2014

Water melon. Mmg hanya water melon ja. Takde tambah apa-apa. Air pun tak. Masa ni slow juicer belum smpai. Manis sgt tembikai nih.
Tahap kesedapan : lima per lima (5/5)

Day 9 - 19/1/2014

Orange + Carrot. Pun slow juicer tak smpai lagi.
Kesedapan : 4/5.
Carrot mmg geng baik dengan oren. Itu tak dinafikan.

Day 10 - 20/1/2014
Celery + Green Apple + Lemon.
Aku tak berapa berkenan rasa celery, tp sbb ini antara jus yg di suggest oleh Doc Hamid Arshat, so, aku telan gak lah. Celery tinggi anti-oksida. Rugi kalau tak consume. So, letak lemon supaya tak kuat sgt rasa celery tu. Celery ni oke ja sebenarnya. Ada rasa cam masin2.
Kesedapan : 3/5

Day 11 - 21/1/2014
Fresh orange. Masa ni dah mula down sbb juicer tak sesampai. Dah menyampah dah.
Jadi, buat je lah apa yg ada.
Kesedapan : 4/5

Day 12 - 22/1/2014
Juicer da sampai. Yey!
Terus rasmi. Cucumber + Carrot + Oren.
Kesedapan : 4/5. Guna slow juicer - mmg takde rasa cucumber pun. Sedap.

Day 13 - 23/1/2014
Oranges + Apple.
Tahap kesedapan : 5/5.
Manis oren dan manis epal itu sendiri. Memang sedap. Tapi, buah tak stock lagi masa tu. Share satu jar ngan myDH. Dia pun cam tak cukup.

Day 14 - 24/1/2014

Apple + celery + lemon.
Guna slow juicer. Kesedapan jadi 3.5 per 5.
Kurang dah rasa celery bila buat ngan slow juicer.



Jadi, settle minggu kedua tu.

Antara perubahan yg aku notice - kulit seakan dry. Aku google, rupanya itu mmg akan terjadi pada orang yg aktif ber-juicing. Cam dia nak salin kulit lah kiranya kot. Haha. Tp lelama hilang.. kembali biasa. 
Selain tu - mmg lawas lah. Aku pun takde masalah lawas ke sembelit ke apa sebelum ni. Normal.

Tp bila juicing ni lagi bes la. Rasa laju je.. ihiks. Gross.. aiya...


Tuesday, January 21, 2014

Juicing Challenge Week One


Hahahahaha.
Kan dah kata, takde citer lain dah sini.
Juicing, juicing, juicing dan juicing.
Hadap je lah yea.


Oraits. Selain dari taruk kat FB, Instagram. Meh aku taruk sini gak. Mintak maaf la pada yg ada follow kat instagram mahupun FB sbb asik la nengok gegambar ni di sana, di sini, di situ. Hihiks.
Challenge ni bermula 11 Januari lepas.
Penganjur akan emel resepi for every week, but aku tak ikut, aku buat resepi aku sendiri ja. Pun bolehhhh... Yang penting raw tau.. raw... without any sugar. Kang lain plak jadinya kalau ber sugar bagai.

So, ini lah juicing untuk minggu pertama (11 - 17 Januari 2014)

Day 1 - 11/1/2014

Masa ni tak stock up buah lagi.
Jadi, mana yg ada dlm fridge.
Epal hijau + kiwi + celery
Kaler pun agak tak menyelerakan, kan?
D taste - oke ja. Boleh minum

Day 2 - 12/1/2014

Kan dah beli mason jar.
Pastu dah stock up buah jugak.
Maka, jadi lah carrot + oranges + a lil bit ginger.
D taste - very nice!

Day 3 - 13/1/2014

Go green.
Cucumber + Granny Smith Apple (green apple) + lemon
D taste - oke ja. Walau ada rasa 'ketimunan', tp bila taruk lemon dia akan hilangkan rasa itu.

Day 4 - 14/1/2014

Ahah! Dah beli straw yg belok belok.
Hihi.
Tapi kali ni warna tak begitu memuaskan.
Red apple + chinese pear (lai). 
Rasa : Oke je sbb takde menda yg rasa sayur. Tapi tak suka sbb cepat nau dia terhidrat dan tukar kaler. Tak cantik. Jadi, tak suka.

Day 5 - 15/1/2014


Back to basic. Haha. Green again.
Granny smith + celery + a lil bit ginger.
Celery ni takde rasa "menakutkan" bagi orang yg tak makan sayur. Dia rasa cam masin2 kalau dibuat juice. Dan letakkan sedikit halia bagi rasa tu tak 'berat' sangat. Sket je tau. Jangan kau taruk 5 inci halia plak.

Day 6 - 16/1/2014 (terkantoi sebenarnya, ni buat pada 17/1/2014)

Pepagi dah buat sbb terkantoi semalamnya.
Morning crush.
Oranges semata. Buat selepas ber zumba (ya.. acik dah mula ber zumba lak. Kat rumah je la tapi.. hihi)

Day 7 - 17/1/2014

Granny smith again.
Tapi nyampah tau. Asik terhidrasi dan kaler tak cun.
Ini mmg epal hijau semata.

Jadi, ini lah dia juicing challenge utk minggu pertama (INI UTK CHALLENGE.. semua dah tahu aku da start juicing sejak dr buat laparoskopi bulan Mei 2013 dulu kan...)
Hasil?
Tunggu lah. Baru 1 week without stop :)

Berangan dah nak juicing ngan slow juicer.. nan hadoooo... hagaknya smpai 21 hari pun tak sesampai lagi. Haih! Lazada.. Lazada.. takpe.. kita tengok je permainan dia kan.. Bes jugak! Haha.
******************
Edit. Ada yg tanya :
Juicing pakai blenderke?sy skang tengah try smoothies.tp memg ada plan nak beli slow juicer.juicing before breakfastke?try avocado ngan mango.pergh sedap..pernah try green apple dan celery.tapi xblh pi.muntah...

Jawapan :
Tak.. sy guna blender utk blend cili je. Utk lelain, guna food processor,  termasuk utk juicing (boleh tgk entry lepas2). Senang sbb ada filter, sy pemalas nk tapis2. Ekceli tapis tu utk buat air soya. But..sokay lah utk juicing. I juice anytime ja., tk kesah bebila, pagi petang siang malam. Haha. Smoothie I tk brpa suka esp yg ada pisang n sus.. sbb I mmg tak suka susu. Pun bole muntoh belahak.. Haha. But one thing je lah, nak sihat ni kita cuba gak lah biarpun rasa tak sedap - so, kalau nk buat juga I gantikan dgn yogurt drink.
**********

Wednesday, January 15, 2014

Juicing : Jar For Juicing (Mason Jar)

15 Januari 2014/13 Rabiulawal 1435

Tgk orang putih juicing mesti ada jar cecantik.
Cam ni
kredit image : Here


Tak boleh jadi nih. Sebelum ni aku guna glass McD tu ja. Nati ada yg kata apa barang pakai gelas McD nak juicing...tak kualiti la pakai glass McD. {ye lah..dia sorang je lah guna barang kualiti..kita ni tak.... ye lah....)

Maka misi mencari telah dilakukan.
Memula ingat kat kedai DIY atau kedai Daiso ada.
Oh. Tiada.

Takpe. Ada tpt yg ada segala menda. Bak kata akak ipar aku - kat situ, mak pak je takde.
Jadi, ayuh.

Hah! Mmg ada. Pelbagai rupa. Pelbagai bentuk.

Nak yg cam kat atas tu pun ada.
Yang vase gini pun ada.

Bertutup ada, tak bertutup ada.
Yang bentuk kasut pun ada.
Hoi. Teruja aku tgk nya.
Tapi aku amik yg camni ja.
Mason jar yer namanya ini anak anak.
Haha.
Aku pun Dini yg bagitahu. Kut tak, ku panggil glass jar je. Hihi.
Sebijik RM11.90. Beli di One Houseware, Lorong Haji Hussein 1.
Haha. Tahu di mana itu?
Di Chowkit la.. mana lagi.

Nanti aku up gmbr jus apa dah ku buat dalam jar tu
(tp sapa yg follow instagram harus muak tgk dah. Haha).

Monday, January 13, 2014

Edisi Mencari Slow Juicer

13 Jan 2013 / 11 Rabiulawal 1435

Last month (year), aku ada upload kat insta yg aku nak carik slow juicer.
Boleh baca web ni pasal slow juicer yg bagus kat Malaysia nih.

Aku tgk kat M'sia ni masih tak ramai amalkan ber-juicing nih (tp skrg Hanis Zalikha dah byk upload gmbr dia juicing n buat smoothie - maka ramai jugak la nak buat dah. Good one!). Artikel kesihatan kat Malaysia ni pun tak banyak citer pasal raw juice. Dan oleh itu, agak sukar nak carik slow juicer. Kalau juice extractor tu mmg byk. Ada beza slow juice n juice extractor. Sila lah google.

Kalo negara barat mmg banyak la. And for me, byk resepi yg aku try aku refer kat web2 omputih.
Derang dgn juice fasting la apa la.

Mmg byk khasiat dia.
Dan bagi orang cam aku yg tak suka makan sayur, juicing can be an option utk tingkatkan imuniti. Utk ini, aku nak bagi kredit yg banyak utk gynea aku - Dr Hamid Arshad yg 'paksa' aku amik pemakanan camni. Kalo tidak, entah la.. dah lebih setgh tahun... walau dah tak serancak memula, tp aku pastikan peti ais aku sentiasa ada stok utk di juicing. Dan aku sendiri tak sangka aku buleh juicing dan consume sayur hijau! Bayam, timun, celery. Sedap rupanya. Hihi. Tapi pepandai la mix kan. Kalau buh celery semata contohnya, mmg la kau akan rasa nak ter muntah. Buh la epal hijau, sedikit halia (kan halia tu penghilang rasa). Oke je buleh minum.

Memula mmg rasa leceh, tp bila dah buat, mmg akan rasa excited.
Yang jadi susah dan leceh bila takde alat yang sepatutnya.
Kalau blender biasa tu aku pun surrender. Aku tak rajin nak tapis bagai.
Aku mmg ada food processor. So, menda tu memudahkan aku. Tp kena tambah air sket.

Tapi skrg aku dah jadi obses dengan juicing - aku rasa aku perlukan slow juicer! Slow juicer ni tak payah tambah air, lps tu segala pulp (hampas) buah2 tu pun akan di extract keluar. Sbb dia slow, mmg dia akan totally perah semua jus yg ada pada buah2/sayur2 tu. Is it easy and healthy?

So, aku mula meriki slow juicer.
Kat Lazada.
Siap sign up jadi ahli (ah, bahaya nih. Haha).
Pikir2 punya pikir.
Ah, amik saja lah di Lazada.

Hihi.
Slow juicer ni mmg mostly tahap ribu riban punya. Tapi kat Lazada biasanya ada offer. Tp tu pun rega nak 'terkincit' gak la. Cuma... aku nak 'nampakkan' duit bonus - maka beli lah. Hihi.

Dah order pun. Skrg tunggu dia sampai. Aku try c.o.d. Tak pernah lagi aku c.o.d kalau beli barang. Harap2 sampai dengan baiknya. Hihi.

Oh. Ai is tak sabar nak juicing dengan slow juicer ni.
Baru la bes ber juicing challenge. Yey!!
Plus ai dah beli glass jar (by d way - nama betul dia mason jar - thanks to Dini. Ihiks). Nati ai up gmbr juicing dalam jar tu okeh.

p/s : Tu hari aku ada beli majalah I-Sihat, ada la doktor ke nutritionist cakap pasal sayur/buah organik nih. Katanya yg claim organic ni pun sebenarnya tak tentu bebetul organik ke dak. So, dari spent duit lebih tu, baik kita basuh je buah/sayur tu bebetul. Dengan produk2 pencuci buah yg jual tu pun boleh (tupperware ada). Betul jugak kan. And then, tu ari ada kat FB (fan page healthy food dari oversea lah) - yg gitau cara nak bersihkan buah2 ni dengan cuka+air. Boleh tgk sini gak dia nyer cara n sukatan tu - wash fruit with vinegar.


Wednesday, October 23, 2013

Jus Timun, Bayam, Epal Hijau dan Lemon

Sound so green huh!

Memang la. Kalau dulu, aku baca tu pun dah cam eiiyuu... tak boleh telan nih.
Epal hijau tu oke la lagi. Tengok timun, bayam.. boleh ke nak telan wey..

Boleh sebenarnya.
Takde apa masalah pun.

Jangan la pikir bila tgk timun tu, kena letak sebijik timun. Tengok bayam, terpikir seikat bayam tu. Tak lah. Buh amaun skit2 ja. Tak suka timun, buh suku je, tak suka bayam buh la segenggam je. Gitu. Bukan nak sekali blend selambak. Terus jadi 'hulk' kang sbb hijau sangat. Haha.

Kalau ikut aku ni lagi la teruk. Mana suka makan sayur.
Sayur dalam bihun pun aku letak tepi (even smpai skrg pun aku tak makan jugak. Habit kot).
Kalau sayur hijau memang big no no no la kat aku.

Tapi, kalau dah terpaksa gini. Dah bertebuk tebuk perut ni. Dah takut. 
Gigih gak la telan.
Satu lagi pun, minda ni. Minda ni kena set bahawa, apa kita nak minum ni rasa tak la teruk sgt. If belum minum dah fikir teruk, jadi, bila dah buat teruk la rasa nya.

Takde la 'suck' sgt pun rasanya. Oke je. Sapa yg nak cuba tu, cuba je. Takkan muntah belahak lah. Percaya lah. Haha.
Dan kalau taknak rasa 'green' sgt, buh lemon atau halia (dah buat entry tips tu kat sini).
Selalu aku tak buh lemon, tp semalam buh lemon. Dan, mmg ilang rasa 'ketimunan' dan 'kebayaman' itu. Hihi. Jadi pasni buleh naik level la kot. Try sawi cam Dini buat (oke.. aku pun ada rasa cam.. sawi..?? herghh.. even myDH yg makan sayur pun bila sebut buat jus sawi dia pun hah!)

Tapi dia pakai epal merah. Aku pakai epal hijau
Apple Cucumber Spinach Juice Recipe
Here’s what you’ll need:
1 handful of spinach
1/2 cucumber
1 apple
1/2 lemon
1/2 inch piece of ginger root

Ingredients for Apple Cucumber Spinach Juice
Start by thoroughly washing your spinach to remove any dirt or grit that could be still on the leaves. Then carefully wash your cucumber, apple and lemon.
Cut your cucumber and apple into smaller chunks so as to make your juicer happy. Then cut your lemon in half and remove the rind but leave on as much of the white as you can. Then cut a 1/2 inch piece of ginger root and remove the outer skin of that.
I started by putting my ginger and lemon in the juicer followed by the cucumber chunks. By putting the ginger in first, you are getting as much of that ginger juice pushed through as possible. Then I added in the handful of spinach and followed that with the remaining apple. I followed the spinach with the apple in order to help the juicer process it because spinach can be hard on your juicer.

One cup of this apple cucumber spinach juice will give you 132 calories and 34 grams of your total carbohyrates. It will also give you 890 milligrams of potassium and 4 grams of protein.
In terms of vitamins, you’ll be receiving 9% of your daily vitamin E, 17% of your daily vitamin B-6, 131% of your daily vitamin C, and 148% of your daily vitamin A.
This apple cucumber spinach juice will also give you good amounts of 13 different minerals. Some of those include: 13% of your daily calcium, 17% of your daily copper, 17% of your daily iron, and 42% of your daily folate.


* cam biasa - gambar refer kat instagram sajork.

Thursday, October 3, 2013

Jus Pegaga, Apa Rasanya?

Sifat dan Manfaat

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

******
Tak mengapa lah kalo di Malaysia nak takde Kale (sebenarnya daun Kale sgt byk khasiat. Antaranya boleh baca sini - benefits of kale. Org yg tgh TTC pun mmg elok makan/buat jus kale. Tapi tu lah, jenuh aku carik kale ni. Rupanya mmg takde. Even Kevin Zahri pun pernah cakap kat instagram dia, kale takde. Tapi taktau la kot2 kat supermarket yg ala2 omputih cam Cold Storage / Jaya Grocer tu. Tak pernah tgk lagi. Kale ni  bentuk dia ala2 cam salad.
khasiat kale
kredit : Here

Jadi, kale takde, pegaga pun bolehhhh. Banyak juga khasiat. Dalam omputih pegaga dipanggil pennywort.
Aku pernah buat jus pegaga. Tp sbb campur jambu batu, rasa dia cam tak berapa nak kick plak. Nanti lah, buat jus dia je. Ada yg kata sedap je. Oke, jom cuba.
khasiat jus pegaga
Rasa pegaga campur jambu batu ni? (raw juice - without sugar)
Nampak mmg 'hijau' sgt kan. Tp oke je. Takde la 'suck' sgt. Boleh la minum :)

Tuesday, October 1, 2013

Edisi Juicing : Nak Guna Blender or Extractor

Bila tunjuk gmbr kat insta (dulu la. Skang malas dah), salu orang kata rajinnya juicing. Haha. Alah, takkan la juicing yg kurang 2 minit ni malas kot. Tapi, kalo dah rasa cemna tebuk perut, cemna rasa ada seketui darah yg takde fungsi dalam perut, cemna hazab lepas operation tu, tau la nak jadi rajin ke malas. Haha. Kalau tak, saya pun cam anda jugak... tegur kat orang, eh, rajinnya.. gigihnya..bla..bla..bla.. oke la..oke lah.. takmo bebel2 bagai2.

So, apa yg saya guna utk juicing?
Spti yg saya pernah tulis sblm ni, saya guna extractor.
Yg sebijik cam ini.
buat jus buah
(google)

Kalo tak silap Pensonic (ke Panasonic) pun ada jual yg gini. Murah ja. Dalam satus camtu kot. Bes. Sbb dia boleh wat air soya juga. Tapi ni bukan utk buat juice saja. Segala boleh buat. Ada 3 'mata'/blade. Jadi, satu mata tu saya dah buat utk blend bawang segala. Sbb tu la senang nak buat sambal tumis ke nasi goreng ke apa segala. Trett saja sudah. 

So, kalo buat juicing, saya guna penapis yg buat soya tu (gmbr atas yg kaler grey dalam blender tu). Makanya segala pulp carrot, akan duk dalam filter tu je. Mmg sy tak guna menda yg cam org kedai guna tu. Yg masuk buah, then trettt tekan ngan menda hitam tu kan. Mmg segala saya humban dalam filter tu. Name it epal ke, daun bayam ke. Pastu tambah air. Pastu pusingkan. Kejap je. Tak smpai seminit pun nak blend.

Abis, kalo guna blender biasa tak boleh ke?
Boleh.. takde masalah. Even kat kedai makan pun kadang org guna blender biasa. Tapi, jgn kau guna blender yg dah blend cili ke bawang ke. Haha. Tapi kalau takde langsung belasah je lah labu. Tpi kalo guna blender, kena rajin la nak tapis pulp (hampas) dia tu. Aku mmg tak rajin. Sungguh. Sbb tu guna filter tu je.

Kalo nak lagi bes guna la juice extractor. Yg gaya gini
Ada memacam jenis. Aku tu ari bagi adiah kat anak buah ofis aku ni menda ni. Dan ada memacam harga juga. Tapi yg ni aku tatau cemna operation dia. Kt kg aku ada. Tu ari masa raya abang aku buat la juice oren. Cam payah je aku tgk nya. Baik la aku pakai food extractor aku tu. Mudah giler kot.

Jadi, apa yg terbaik utk buat juice ni sebenarnya.
Meh kita tgk subscribe emel yg dihantar

The two types of juices are extracted juice and blender juice.  Both good, but different.  It's quite a hot topic, actually.  Let me explain...

Juicing is extracting all the fresh raw juice from produce.  No pulp, seeds or fibers.  Just liquid juice.  To make these types of juices you need a juicer machine. This is what most people are referring to when they talk about "juicing."

Blender juicing is when you combine the pulp, fiber and juice (the whole shebang) into a liquid juice.  For this type of juice you need a blender.  These are a spin off of smoothies and are basically watery smoothies.

Technically speaking, real traditional juicing is done through an extractor and has the pulp removed.  It's also the most nutritious and best way to juice, in my opinion.   You can pack more nutrition into a glass of juiced juice then you can in a blended juice, simply because it's concentrated.  

But for people who don't have a juicer or just plain prefer blending, blended juices are great for your diet too.  The blender still breaks down the fibers so your body can easily digest the nutrients. 

And some fruits and vegetables that don't juice well in an extractor work better in a blender.  For example, watermelons and papayas.  

Because these two types of "juices" are vastly different, the recipes are different.  If you are converting a juice recipe into a blender juice, you need to add water or more juicy produce to the mix.

I personally juice and make blender juices.  But most of my advice and recipes are about traditional juicing. I recommend both, but juicing with a juice extractor is really the ultimate way to go. 

Akhir kata, kesihatan kita, kita yang tentukan.
Bukan jiran sebelah rumah, mahupun jiran sekatil kita.
Fikir fikirkan lah... hihihihi.
Bye!

Tuesday, September 17, 2013

Edisi Juicing : Heal, Healthy, Lose Weight

Oke. Lps ni sy akan satukan entry2 berkaitan juicing dengan tajuk entry 'edisi Juicing'. Dan akan di label sebagai #tingkatkan imuniti (kat instagram pun ini juga) dan #juicing. Utk diri sendiri juga supaya senang nak refer di kemudian hari. Cerita juicing ni merangkumi resepi, benefits dan email subscription. Oh. Juga berkongsi apakah rasa nya juicing yang dibuat. Sbb salu orang tanya 'sedap ke kak?' "cemna rasa dia". Eh. Sure la takde rasa sesedap cendol mahupun ABC sbb raw juice is without any sugar ye kakak kakak, adik adik. Hihi.

So, utk hari ni mari start dengan email subscription yg dihantar. Sy subscribe dari sini Benefits of Juicing . Memang bes sbb dia akan bagi tips dalam ber juicing.. sila lah subsribe.. free saja :)

Hey Ida,
Today I was at a restaurant and I overheard a couple talking next to me.  They said "I'm tired of counting my calories.  I hate this diet."  Oohhh....diet.  Yucky word. Then I heard the woman say "Not another salad." 

It kind of broke my heart.  I like salads.  No, that's not why :)  
It reminded me of how I was years ago.  
You see, it was quite a few years ago that I was overweight.  I counted my calories and was on a restrictive diet.  It sucked. I'm not going to lie, I lost weight.  

But until I found juicing, I didn't feel good.  My skin didn't glow.  I didn't have energy.   And my metabolism was not in gear.
Juicing transformed my outlook on life. I drank my salad in a tall frosty glass. I didn't have to eat them so often that I got tired of them.  And once I focused on being healthy, I stopped obsessing about my weight, slimmed down easy and cleared up other health problems.

Did you know that health problems are caused by one of two major reasons?  
A toxicity in the body and nutrient deficiencies.  
Once you get those in check, your body can heal, get healthy and lose weight.  Think of your body as a miraculous healing machine.  

The diet many of us eat is low in vitamins and minerals. 
Processed foods. 
Junk foods. 
Very little raw and green produce. 

A lack of nutrients over time can cause sheer havoc on our bodies.  It makes our metabolism slow down.  It makes our body do weird things and eventually we get sick. 
Juicing- getting your vitamins through a straw- is a great solution for two reasons:

#1: It's yummy.

#2: It's a quick and easy way for your body to get a concentrated amount of good clean nutrition (think of it this way- would you rather have a salad and a bowl of fruit in one sitting OR one glass of juice?).

Fresh juices are plant based drinks packed with the goodness of raw vegetables and fruits.  Once you get over the color- whether it be green, purple or red- you'll never go back to store bought.
It's the single easiest way squeeze more nutrition into our diet.

Once you give your body good nutrition and clear it out of toxins, you'll get a bounce in your step, glowing, clear skin, a sharp mind and be on your way to a slim body.

Each and everyday I hear stories about weight loss...
People getting off of their medications...
And improved sleep, digestion and glowing skin...

Because when your body has the nutrients it needs...It's happy.

This, quite simply, is why getting into a juicing habit is a fabulous idea.  Life is better when our bodies are healthy, because then we're happy.

Our juicing on 14.9.2013.
Tomato (half) + carrot (half) + green apple (sebijik) + oren (sebijik)
Rasa : Oke je sbb rasa oren yg masam akan tenggelam kan rasa lelain.
Utk permulaan, kalo kita takut dgn 'rasa' yg kita tak suka, 
kita jgn terlalu excited nak buh banyak2. Buh dlm kuantiti sikit dulu,
if oke..esuk boleh tambah amaun.

Antara benefit tomato juice :
Another surprising benefit of drinking tomato juice is its ability to aid in weight loss. Unknown to many, tomato juice is helpful in losing weight. Studies have found out that drinking tomato juice helps in weight loss. It flushes out the body’s toxin and helps shed that unwanted pounds quick. Tomato juice diet gives the body nutrients and calories which are essential for metabolic process. Tomatoes are low in sodium and high in dietary fiber that is an important factor for the body to properly function. Its fiber helps regulate bowel movement and prevents constipation. It keeps the liver healthy and functioning well. Since tomatoes are naturally rich in water, it helps the body hydrated even after strenuous exercise.

Tomato juice also helps in caring for the skin. It reduces acne and gets rid of pimple infection fast. Tomato juice helps in the prevention of skin breakout and helps prevents pimple and tightens skin pore. Since tomatoes are a good source of vitamin A, it is good for hair growth and helps keep hair strong and shiny.

Tuesday, June 18, 2013

Tingkatkan Imuniti #3 : Spinach + Green Apple

Go Organic, Come To D'Lonek.
Catchy tagline huh..??!

Oke lah. Itu bayam organic. Ada hari tu, member komen, jangan segan2 keluarkan belanja lebih kalo nak beli barang organic ni sbb dia mahal sket.
Saya tahu lah kan, saya ni kerja tak seberapa kan, gaji tak banyak kan, sbb tu lah sampai ada yg ingatkan saya supaya jangan takut nak kuarkan duit kalo nak beli sayur/makanan organik. Kesiann..... Tapi, kata orang tu, rezeki tu ada kan. Itu lah pun sebab kita bekerja kan. Insyallah, utk kesihatan ni rasanya tak salah kot kita kuarkan duit lebih sket. Ate nyer.... bukan kita nak beli berkilo2 cam nak buat kenduri kan. 
Contoh, bayam ini lah. RM2.50 sepeket. Which, saya boleh buat 3x utk juice. RM2.50 divide by 3 = 0.8333 sen sekali juice. Amboi kome.. mc value meal, kalo makan 2 orang tu pun dkt 20inggit tau walau katanya murah..murah. Ini kurang dari singgit siap buleh minum share 2 orang. 
Dan sebenarnya mmg saya tahu pun barang organic ni mahal sket dari sayur biasa. Biasa dah tgk kat Jusco/Tesco segala tu. Cuma jarang nak beli je. Tp takde la berpuluh ganda mahal dari sayur biasa. Dalam singgit dua camtu je lebihnya. Kami makan pun 2 orang je kan. Bukan nak buat kenduri. Takde pun yg beratus ringgit bahan organic ni utk satu pack. Insyallah, ada rezekinya dan Insyaallah saya tak segan nak keluo belanja lebih utk makanan yang berkhasiat walau gaji saya ni tak banyak mana. Usah riso yer.

Oke. Ni sy nak tunjuk step buat juice epal hijau dan bayam.
As per kata sorang shbt blogger kita yg salu buat vege juice ni, katanya utk sayur kita boleh campur dgn buah2. So, mari kita buat dengan epal hijau.

Step 1 - Sediakan bahan. Dua biji epal hijau bersama bayam.
Step 2 - Potong epal kecik-kecik. Utk bayam, ikut suka kita. Suka sayur, taruk la banyak. Tak suka sayur, buat la cam saya. 5 batang je. Hihi. Bayam tu kerat la cam kita nak buat rebus tu. Batang pun amik. Boleh blend skali nanti.
Step 3 - Cuci bersih. Walau pun organic kena gak cuci bersih-bersih. Kalau guna sayur biasa (bukan organic) rendam lama sket. Mamentua salu rendam sayur dgn garam. So, buleh juga kalo rendam dgn garam. Bagi ilang semua pesticide. As kita tak masak sayur ni, mmg kena cuci bersih2.
Step 4 - sumbat la dalam extractor. Kalo ada juicer, campak terus dalam juicer. Pandai2 la dia menguruskan diri sendiri. Haha. Taruk air sket.
Step 5 - Blend. Smpai kuar kaler hijau. Jangan ngelat. Bagi dia kuar kaler ijau pekat tu. Kalo kaler tak pekat makna hanya epal je tu. Huhu.
Step 6 - Dah siap. Sedia utk di minum. Mmg ada bau 'sayur'. Tapi bila minum, takde lah rasa sayur. Manis masam rasa epal je. Kita ni minda kita yang menentukan. Kalau minda kata pahit - pahit lah ia. Masa nak minum tu, set minda - sedap ni, pastu Bismillah, pastu minum. Oke je lah.

Ini masa first time buat. Guna bayam biasa. Oke je. MyDH pun minum jugak. Hihi.