Thursday, August 22, 2013

Berbuka Puasa dengan Lauk Sambal Hitam Belimbing Ikan Bilis

Haaaa.....
sebagaimana aku pernah buat entry dulu kat sini.
Masa bln puasa tu ari anak buah aku dah buatkan.
Kali ni aku dapat buat sendiri. Tp belimbing tu bukan aku masak la. 
Lps raya tu ari, kt rumah mak mertua napak ada sebalang. Tp ada org punya.
Jadi, mak mertua bagi sebekas kecik (takut menantu mengidam mungkin, hikhik).

*haih..baru menulis ni pun dah rasa kecur... grrrr*

Nak tau cara sebenar cemna belimbing ni boleh jadi hitam, boleh tgk blog ini.
Dia mmg gitau step by step cemna nak rebus/sangaikan belimbing tu.
Rebus ni mmg kena rebus dlm tin, atau periuk buruk2 je.
Jangan nak buat hal buh dalam periuk vision plak. Oke, tak kelaka.

Kami orang Perak mmg tak tahu menahu la pasal sambal itam ni.
Bila dah ber famili dengan orang Pahang baru kita kenal.
Mak aku pun suka gak. Ye lah. Masam2, pastu bila nak makan plak kita buat pedas2.

Artikel berkaitan : Sinar Harian

Jadi utk berbuka smlm, buat la sambal hitam bilis nih.
Cara-cara nya senang sajork.
Tumbuk bawang besar dan cili padi (aku kan malas, aku blend (tp aku nyer food processor, tak guna byk air))
Lps tu tumbuk lak ikan bilis ngan belimbing tu kasar2 (skali lagi aku malas, aku blend je ikan bilis, tp belimbing tu tak blend).
Tumis bawang besar, cili n ikan bilis. Kalo suka garing2 biar jap ikan bilis tu.
Lps tu masuk la sambal belimbing tu.
Gaul gaul.
Kalo suka buh kicap pekat. Kalo tak suka, tak payah pun takpe. Aku buh sket (saus manis ABC tentunya).
Dah siapppp.
Tak perlu garam lagi. Sbb dia da masin. Buat pedas2 lagi sedap. Kena byk gak la taruk cili sbb belimbing tu masam. Dia lawan pedas cili tu.
Menu berbuka semalam.
Tema lauk kampung.
Tempoyak ikan patin Perak style. Haha. Sbb tempoyak Perak ada bawang n serai tp takde bunga kantan/daun kesom. Dan letak jugak timun.
Kailan ikan masin.
Sambal hitam ikan bilis.

Menu hari ni ingat nak buat spageti tapi goreng style mi. Hihi.
Hari ni puasa ke 4. Puasa wajib yer ini. Tahun ni nak cuba habis ganti awal. Kalo tidak.... nunn.. bulan Rejab plak baru aku hegeh2 nak ganti.

8 comments:

Amanda Suria said...

Thanks for sharing..nak cuba jugak la...

Nurzakiah Hanum said...

sedap

joijoi80 said...

eiii..mcm tau2 je ..saya nak cr resipi nih.. tq.tq x yah nak google dah

pnsusu said...

sedappnya....

BaTiK_PiNk said...

yani berpuasa ganti hari ke-6 hari ni, tinggal baki 2 hari lagi. lepas tu nak sambung puasa sunat kalau ada rezeki...sedap nampak sambal tu...

Mar said...

kakak. sambal hitam belimbing itu kegemaranku juaaaaa. sedaaappp

Mar said...

kakak.sambal hitam belimbing itu kegemaranku juaaaa... sedaaappp

Masya said...

siap bertema hihihihi.. tempoyak, mengiurkan