Thursday, August 29, 2013

Edisi KL-Ipoh, Ipoh-KL, KL-Ipoh, Ipoh-KL

Adoi. Kejap je pun dah nak abis bulan Augustus ni eh.
Oh ya. Alhamdulillah, aku dah settle puasa 'wajib' utk tahun ni.
Hihi. Orang lain pun ramai dah settle tak heboh pun kan. Kuikuikuik.

Begini lah jadinya bila org jarang2 nak buat. Aku rasa ni kali kedua kot aku settle puasa wajib ni dalam bulan Syawal. 
Kali ni tekad kan juga. Lelebih lagi lps raya aku tgk berat kemain naik mencanak. Amboi.. susah2 aku turun kan, tup2 naik plak ye.
Puasa. Tak kira la walau ada jamuan raya mahu pun balik kampung.

A ah. Aku balik kg tu ari.
Empat hari keluar masuk highway.
Balik kg hari Sabtu, Ahad balik KL, Senin balik kg balik, Selasa balik KL.

Phew.

Takpe. Takpe.
Pengorbanan utk ibu :)
Dan aku bersyukur sgt sbb dpt suami yg sgt memahami. Aku rasa, kalo dulu dgn 'konon2 bakal suami' tak mungkin mereka dpt buat camni atau pun kalo dpt buat pun mungkin takde masa yg flexible gini. Juga, aku bersyukur jugak sbb dalam 5 beradik aku, aku yg tak jadi cikgu. Sbb kalo aku pun cikgu mungkin bermasalah jugak aku nak cuti flexible camni.
See, apa Allah dah aturkan utk kita mmg dah terbaik utk kita. Jadi, bersabar.

Memetik kata seorang kakak masa dia we chat kat aku last week.
Dia kata ada berkatnya kita jaga ibu kita ni baik2. Adik dia (yg juga sama date kawen ngan aku) baru je dpt 1st baby beberapa bulan lepas. Mungkin sbb dia byk berkorban utk jaga mak nya. Jadi, Allah turunkan rezeki dapat baby walau bermacam usaha dah buat termasuk gi umrah.
Ha. Kakak ni pembaca setia blog ni. Hai kak XXXX (cea.. saja rehsiakan nama beliau sbb aku tahu mesti dia tak mo namanya di reveal kan. Cea... dan dan konon bajet ada pembaca setia. Kahhh....!)
Apa pun, thanks kak.. sy hargai apa akak cerita pada sy tu.. 

Aku balik tu amik mak aku. Mak buat CT Scan kat spital Serdang Isnin tu.
Nanti bln 9, jumpa doktor, so, abang aku plak yg akan antar. Gilir2 lah kan. Lagipun derang cikgu. Lagi2 nak musim exam dah ni kan. Lagi derang susah nak cuti. Lagi plak sorang abang aku tu ngaja kat STAR (Ipoh). Lagi la susah dia nak amik cuti.

Jadi, begitu lah.
Apa pun, kalau takde apa yg menjadi keuzuran, aku nak teruskan istiqamah utk puasa sunat plak.
Moga kesihatan juga bertambah baik.
Skrang ni cuba mencari kegigihan utk joging plak.
Ayuh. Joging!

6 comments:

Masya said...

pttlah blog akak cuti tanpa entry, sy pun nak setelkan jugak lg sehari jer.. senang hihihihi ...

amin .. insyaallah berkat doa ibu jugak kan.

Anum said...

wow panjang perjalanan nie

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. betul3. family come first! buat yang wajib diikuti sunat. insyallah semoga segalanya dipermudahkan buat kekda sekeluarga :)

Mixed-family in da house.... said...

Alhamdulillah......semoga dipermudah kan urusan emak akak yer....

akak minat joging ek? Saya bab lari-lari nih, hah memang mangalah awal-awal laaa...hihihihihi......saya lagi rela beraerobik melompat menari setempat daripada berlari......ntah dari zaman kecik tak suka lari.....

***sekarang ni saya berjinak-jinak ngn Zumba, haritu beli kat groupon, ada offer....hehehhehe,

puanstoberi said...

MASYA :
Ha..skang tak smpt nak buka laptop dah kat umah. bkn tk smpt.. malas sbnrnya. haha

HANUM :
:)

puanstoberi said...

SHIELA :
Yerp. Family come first tp kerja pun t.jawab dan ibadat juga, tak boleh jadikan yg kedua. Sama seiring sbb kerja lah dapat kita menampung kehidupan kita. Pepandai kita seimbangkan :)

DINI :
Akak sker lari. Jgn tatau dulu wakil lari jarak jauh. Hihi. tp skang.. aaa...semputttt.. kuikuikui.

Akak kena joging gak la..sbb tak kuar peluh dah badan ni. tak cukup detox.