Wednesday, August 14, 2013

Edisi Pinggan Mangkuk : Cam Makcik2 Sangat Nih

Entah sejak bila plak minat aku datang pada pinggan mangkuk nih.
Biasa lah. Seiring dengan peningkatan usia kot. Haha.
Sebenarnya mmg ada plan nak ke Langkawi dengan nawaitu sahaja aku ke Langkawi sbb nak beli pinggan mangkuk. Tapi tu lah, ada je halangan nyer. Memula nak family trip awal tahun tu ari, tak jadi sbb mak baru kuar spital. Pastu nak booking tiket flight, dapat murah dah tu ari. Dgn firefly. Tapi tah cemna godek sana sini tak buleh nak buat bayaran sbb lambat sgt dapat TAC code. Pfftttt....

Jadi, apa nak buat nih.
Mari carik alternatif lain. Selain dari tunggu sale kat Sogo, mari lah kita riki2 yg lebih kurang dengan Corelle. Tp yg Vision mmg 'vision' aku nak beli kat Langkawi gak. Tak kiraaa... Tefal pun sama. Beli kat Langkawi (nanti. Entah bila. Haha)

Aku suka set yg petak. Taktau naper, tapi mmg aku suka pinggan petak instead of bulat. Cam suka lah. Yg ini sweet kan.
 Ni pun sama. Sweet je. Bunga dia pun sweet je.

Kalau bulat pun oke sebenarnya. Camni ha. Bunga kecik2 purple lawa. Pastu yg bulat ni ada pinggan buh nasik tambah. Bes gak. Bunga merah tu pun cantik.

Yg begini pun cam bes jugak. Putih terus kan. Ala ala umah ongkaya gitew. Haha.

Being me, yg jenis tak sesabo kan, nak nak jugak, aku rasa mmg aku kena beli kat Menang lah jugak nih. Dari spent tiket flight n hotel dkt nak 5rat kan. Lagipun bukan jauh nau kedai Menang ni. Sepelaung cuma dari rumah n ofis. Sesilap terus jadi ahli kang. Haha. Lps tu uols beli ngan acik plak yea. Kuikuikui.
Casserole n vision ke apa seme tu, takpe..beli kat Langkawi nati. Yg pinggan makan (diner set) ni lama dah ngidam. Asik tak seragam je. Mmg yg guna skang ni pun yg set org bagi adiah kawen dulu. Kalo beli ni pun, bkn guna hanya utk org datang je. Nak guna utk pakai seharian jugak (basahan). Lagipun bukan aku rajin sgt masak kan. Kira bukan la guna selalu pun. Huhu.
Tapi taknak la skali ngan set jug tu sbb aku dah ada la tu ari beli. Tp oke je pun kalo ada kan. Senang, standard je seme.

Makcik makcik sangat kan suka pinggan mangkuk nih. Haha.
Ada sesapa nak dtg beraya umah acik stoberi..?? boleh acik hidangkan dengan pinggan mangkuk baru nih. Hahahah.

all pic kredit to Menang Glassware

8 comments:

Mixed-family in da house.... said...

akak,

saya pun suka pinggan 4 segi....heheheheh.....

Amanda Suria said...

SA beli kat menang je pun..mmg ahli...huhu

Nurzakiah Hanum said...

cantik

cikCha said...

nak join the club jugak lah! hihihi..

Chekgu Azrine said...

Wahh..syiok cuci mata nih.bahaha

Maria Firdz said...

Wah.. Mak sy minat betul kumpul.pinggn mngkuk... Mujur x mnurun sgt kt sy.. Hehe

BaTiK_PiNk said...

mentara duduk menumpang rumah mak lagi ni, belum ada hobi mengumpul pinggan mangkuk lagi...inshaAllah one sweet day~

Salmi Khairil said...

Selamat hari raya..Sal bab beli pinggan mangkuk memang tak pandai, tak pernah beli set pinggan mangkuk pun..