Tuesday, June 18, 2013

Tingkatkan Imuniti #3 : Spinach + Green Apple

Go Organic, Come To D'Lonek.
Catchy tagline huh..??!

Oke lah. Itu bayam organic. Ada hari tu, member komen, jangan segan2 keluarkan belanja lebih kalo nak beli barang organic ni sbb dia mahal sket.
Saya tahu lah kan, saya ni kerja tak seberapa kan, gaji tak banyak kan, sbb tu lah sampai ada yg ingatkan saya supaya jangan takut nak kuarkan duit kalo nak beli sayur/makanan organik. Kesiann..... Tapi, kata orang tu, rezeki tu ada kan. Itu lah pun sebab kita bekerja kan. Insyallah, utk kesihatan ni rasanya tak salah kot kita kuarkan duit lebih sket. Ate nyer.... bukan kita nak beli berkilo2 cam nak buat kenduri kan. 
Contoh, bayam ini lah. RM2.50 sepeket. Which, saya boleh buat 3x utk juice. RM2.50 divide by 3 = 0.8333 sen sekali juice. Amboi kome.. mc value meal, kalo makan 2 orang tu pun dkt 20inggit tau walau katanya murah..murah. Ini kurang dari singgit siap buleh minum share 2 orang. 
Dan sebenarnya mmg saya tahu pun barang organic ni mahal sket dari sayur biasa. Biasa dah tgk kat Jusco/Tesco segala tu. Cuma jarang nak beli je. Tp takde la berpuluh ganda mahal dari sayur biasa. Dalam singgit dua camtu je lebihnya. Kami makan pun 2 orang je kan. Bukan nak buat kenduri. Takde pun yg beratus ringgit bahan organic ni utk satu pack. Insyallah, ada rezekinya dan Insyaallah saya tak segan nak keluo belanja lebih utk makanan yang berkhasiat walau gaji saya ni tak banyak mana. Usah riso yer.

Oke. Ni sy nak tunjuk step buat juice epal hijau dan bayam.
As per kata sorang shbt blogger kita yg salu buat vege juice ni, katanya utk sayur kita boleh campur dgn buah2. So, mari kita buat dengan epal hijau.

Step 1 - Sediakan bahan. Dua biji epal hijau bersama bayam.
Step 2 - Potong epal kecik-kecik. Utk bayam, ikut suka kita. Suka sayur, taruk la banyak. Tak suka sayur, buat la cam saya. 5 batang je. Hihi. Bayam tu kerat la cam kita nak buat rebus tu. Batang pun amik. Boleh blend skali nanti.
Step 3 - Cuci bersih. Walau pun organic kena gak cuci bersih-bersih. Kalau guna sayur biasa (bukan organic) rendam lama sket. Mamentua salu rendam sayur dgn garam. So, buleh juga kalo rendam dgn garam. Bagi ilang semua pesticide. As kita tak masak sayur ni, mmg kena cuci bersih2.
Step 4 - sumbat la dalam extractor. Kalo ada juicer, campak terus dalam juicer. Pandai2 la dia menguruskan diri sendiri. Haha. Taruk air sket.
Step 5 - Blend. Smpai kuar kaler hijau. Jangan ngelat. Bagi dia kuar kaler ijau pekat tu. Kalo kaler tak pekat makna hanya epal je tu. Huhu.
Step 6 - Dah siap. Sedia utk di minum. Mmg ada bau 'sayur'. Tapi bila minum, takde lah rasa sayur. Manis masam rasa epal je. Kita ni minda kita yang menentukan. Kalau minda kata pahit - pahit lah ia. Masa nak minum tu, set minda - sedap ni, pastu Bismillah, pastu minum. Oke je lah.

Ini masa first time buat. Guna bayam biasa. Oke je. MyDH pun minum jugak. Hihi.

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

jom cuba

Sue-Rya Qistina said...

bagus kekda ni tau. kalau sue, mmg x reti la nak minum jus sayur2an ni. tapi nak x nak kena gagahkan jugak kan

D_08 said...

errr....member yang mane komen camtu?? ishhh...ishhh...ishhhh... tak patot....heheheh...... tapi betoi le...bile kite beli sayor organik ni....memang belanje nye lebih.... tapi demi utk kesihatan...tak salah kite berbelanja lebih kan????

Mixed-family in da house.... said...

wow kak.....aii malu aiiii di seru di sini....hehehhehe...

oklah tu, dah boleh minum bayam....syabas beta! eh tetiba kan.....pasni bolehla guna sawi + pisang atau sawi + pelam masak...sedapppppp......

Masya said...

hijau asli betul ni kan...

Maria Firdz said...

erkkk... hmm.. mcm nk cuba tapi takut x lepas nk telan... tapi hijau tu saya suka.. :)

anitadiana said...

reen tak payah tapis ya...tak pernah buat ne...