Monday, June 24, 2013

Tingkatkan Imuniti #3 : Jus ABC

Ha. Sedap nama kan. Jus ABC.
Tapi jgn kau bayang ABC ini plak.
[Gambar hasil Google dan kredit URL adalah sini]

Tengok gmbar dah meleleh ailiyo oih. Tp skang ni kena pantang katanya... jadi ber pantang lah kita yer. Ais pun aku tak minum dah skang. Takde pun doktor advise, tp saja lah. Dah alang-alang pantang tu, pantang je lah skali. Takat ni masih bertahan. Rasa lagi lega minum air suam :)

Jus ABC untuk tingkatkan imuniti aku buat ni adalah Jus A-Apple, B- Beetroot, C-Carrot.
Yang aku dapat resepinya dari sini - http://www.noobcook.com/abc-juice-apple-beetroot-carrot/

Tau beetroot? Ubi Bit? Aku pernah dgr, tp tak pernah la nak beli/makan.
Tapi comey ubi nih.
Kat Jusco dia jual siap ada lagi jambul2 dia tu. Kat Tesco takde. 
Napak cam sedapppp je kan. Merahhh je. Bila potong, tangan pun merah.

Jadi, ikut resepi dalam web tu.
Campur ubi bit, carrot n epal merah.

Dan hasil yg aku buat

Rasa dia?
Tak sedap! Tak suka! Aku minum memula cam pening2 ja. Setgh gelas je aku minum. Dah la food extractor tu macam tak buleh spin dah. Keras kut ubi ni. Campur dgn carrot n epal merah pun tak sedap. Eiiiww... tak mo lah buat dah. Ada lagi sebijik tu. Nak buat apa? MyDH kata kita goreng je lah. Hihi. Buleh ke. Jap nak carik resepi lain yg buleh di buat dgn ubi bit nih.


Ubi Bit ni mmg doctor advise. Lagipun ni pun salah satu makanan yg tinggi antioxidant. Mmg elok pun consume utk tingkatkan imuniti. Tapiii... tu lah... Rasa dia tak buleh blah plak.

p/s : Sebelum nak consume apa2, esp yg kita tak pernah makan, better google dulu side effect dia. Mana lah tau, kut lain plak jadinya. So, ini adalah salah satu artikel yg ada tulis benefit n side effects of beetroot - Here

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Mama Vogue said...

bergantung pd badan kan.. takut ade yg healing crisis plak.hehehe
Tapi sebab kak ida kata tak sedap terus pangkah..hahaha