Sunday, June 23, 2013

Edisi Pemakanan : Melayu Mudah Lupa?

Memula up artikel ini. 
Foods to include.
Ini adalah utk endo diet. Ini bkn nama diet yg macam Atkin diet ke apa tu yer. Ini adalah diet bagi orang yg ada history endometrosis (cyst). Dan ini lah makanan yg patut di makan.
Lepas tu up pula artikel ini.
Food to avoid bgi yg pernah ada history endo.
Kalau orang yg takde sakit apa2 tu, makan je lah. Takde hal lah.. haha.

Tetiba kan, orang yang beria up artikel2 kesihatan tu tetiba up gambar ni pada waktu petang.


Sihat sgt la kan.
Dengan bebola daging nyer.
Dengan cheese nyer.
Pantang la sangat kan.
Diet la sangat kan.
Haha.

Itu adalah Burger Bakar Abang Burn.
Lama dah nak gi makan. Tp kuasa ah nak ke Ampang bagai tu kan.
Skali dia buka kat Danau Kota.
Terus la terjah pada hari pertama pembukaannya. Haha.
Balik dari Temerloh terus singgah (nati citer kesah g Temerloh)
Oh, detail info Burger Bakar Abang Burn kat Danau Kota ni buleh tgk kat FB dia.
Alah...siapa biasa area Festival City, area Platinum Walk, area Downtown, tahu lah kat mana. Dia dalam area kedai Red Chair. 
Ni aku tapau ja. Penat dah dari Temerloh tu.


Sedap mmg la sedap. Tapi aku kena pantang daging merah kan. So, tak leh la makan selalu. Sobsss...


p/s : Tamat sudah m.c. Mari kita kerja. Seronok ke cuti lama? Jawapannya - kalo diberi pilihan cuti dengan buat pembedahan perut ni, mmg aku tak pilih cuti. Sanggup ke weh??.. sanggup?? semata mata nak berehat lama, malas nak kerja, kita kena tebuk2 perut. Memang tak la.. biar lah aku kerja. Kalo nak sgt berehat lama, antar notis sebulan - benti terus. Abis citer. Haha.
Org mmg la nampak seronok, kata eiii..syoknya cuti lama. Tapi kalo yang dah mengalami sakit ni, tahu lah perasaannya. Org cuti berpantang 2,3 bulan ada anak di sisi. Ini, nak jalan pun susah, nak batuk pun seksa, nak mandi payah, sembelit lagi. Dah sihat, byk pulak menda tak boleh makan dah. Takut datang semula. Berhati hati je dgn apa yg dimakan. Ya Allah... Tuhan je yang tahu. 2minggu pertama tu mmg la crucial time. Meleleh air mata dibuatnya. Mmg aku mohon lah tak mahu ia berulang lagi. Sembuh kan la terus. Jangan lah ia datang balik. Sbb tu kena berpantang byk makanan. 
Tp tu lah. Melayu, memang mudah lupa. Haha.

8 comments:

BaTiK_PiNk said...

Pn Stoberi, bab makan dan gmbr burger abg burn tu mmg yani tergelak..huhu. biasa la...slow2lah berubah cara pemakanan sihat.yani pun bukan drastik sgt ubah pola pemakanan selama ni, makan masa juga. Yani doakan Pn Stoberi selalu diberikan ketabahan menghadapi apa juga dugaanNya, Allah uji dengan kesakitan dan airmata...inshaAllah, ada ganjaranNya sedikit masa lagi....

Anum said...

sedapnya

Masya said...

seorg lagi update gambar burger abg burn uwarrrr ... bilalah dapat terjah ni, kat bukit tinggi dah ada..

selamat bekerja kembali, mood mesti happy ...

cikCha said...

aku lah salah sorg melayu yg mudah lupa itu...hahaha..

serik skejap jer..aduiii =(

shahrilhakime said...

Melayu bukan mudah lupe.... kekadang saje2 buat lupe.... bab makan lagi le.... mane yang sedap... itu le yang melayu makan!......

Sweetamieda. Blo said...

bab makan ni mmg susah nak tolak...yang sedap2 tu lah yg lagi bahaya...n ygtu juga la kita dok nak mkn.slow2 berubah utk jaga kesihatan kita. take care ya!selamat kembali bekerja

puanstoberi said...

BATIK PINK :
Haha..tu ah Yani... tu pun tak serik2 lagi. Apa nak jadi nih?? hihi. takpe la dah rasa, lps raya nati plak baru makan lagi. Huhu


HANUM :
Sedapppppp!



MASYA :
Tu yg akak terjah laju2. Hihi. dkt ngan umah oke la. Dulu jauh melantun.

puanstoberi said...

CIKCHA :
HAha. paling penting istiqamah.... :D


D_08 :
Tak sedap pun makan. Haha :P


T.JUHAIDA :
Kadang fobia nak makan, tp kadang tak serik. Haha.

Yer, slmt..slmt.. tgh ada promosi nih. ofis pun sunyi. Hihi. Jemput la dtg kompleks kraf. :D