4hb tu ari ada follow up dgn Doc Hamid.
Genap 14 hari selepas buat laps.
Itu la pun kali pertama aku keluar dari rumah.
14 hari tak pijak tanah. Juga tak naik kereta.
Hihi.
Jadi, doc bagi la satu list pemakanan untuk tingkatkan imuniti.
Kat Instagram ngan FB ada la aku buh gmbr.
Kat sini tak payah dah la kot kan. Asik gmbr yg sama je.
Sebagaimana pernah diceritakan sebelum ni mmg aku kena perbetulkan semula diet aku.
Sebelum ini mmg diet tunggang langgang.
Hampir 34 tahun hidup kat dunia ni makan ikut dan je kan.
Rasa nak makan apa, makan.
Lain orang lain ketahanan badannya. Aku dalam golongan yg mungkin sistem immune tak tinggi. Apa yg di makan menjadi worst plak. Ye lah kan. U're what u eat.
Doc bagi 3 bulan utk aku consume makanan yg tingkatkan imuniti ni.
Tingkatkan imuniti ni juga lebih kepada penjagaan agar 'mendasing' tu dulu tak menjengah semula.
Takut juga kan. Bila baca, ada juga orang yg dah buang pun buleh ada lagi 'mendasing' tu.
Takut woh. Seriau.
Oleh kerana seriau. Aku telan juga sayur sawi yg selama ni aku tak pandang pun.
Itu yg pertama tama doc suruh makan. Sayuran hijau.
Then buah. Buah tempatan paling elok. Pisang, jambu batu, nenas (yg ni orang2 tua marah sgt kalo kita makan kan). Epal pun oke.
Seterusnya, buat jus. Jus buah. Jus carrot. Jus epal hijau. Jus celery. Jus bayam. Aha! Jus Bayam uolss... buleh jadi popeye la pas nih. Hihi. Nati bila aku dah buat, aku gitau cemna rasa jus bayam hoke.
Dan aturan makan. Makan buah dulu. Banyakkan makan sup sayur. Sup cendawan ke, sup sayur apa2 lah. Untuk makan nasik, masak lauk yang lebihkan kunyit, halia n bawang putih. Begitu lah yang di advise doktor.
Aku akui, selama ni aku mmg tak berdisplin bab makan ni. Tapi kali ni, aku harap aku dapat displinkan diet ni. Nanti da masuk keja pun aku nak bawak buah2 g ofis. Kalo rasa nak kunyah2 tu, makan buah je. Utk 3 bulan ni, no more fast food. Insyaallah. Segala page fast food aku like kat FB tu aku nak unlike balik. Huhu.
Moga istiqamah kali ni. Insyallah. Dengan izin Allah.
6 comments:
insyaAllah kekda. sue yakin kekda boleh! chaiyok chaiyok!!
buah2an dan sayuran mmg elok utk kesihatan kita.
kita je kdg pandang sebelah mata, sue pun sama gak kekda. kdg2 x mkn pun.
tapi kalau jus mmg fav :)
Masyaallah kkdg kita ni lalai kan bab pemakanan.. Ros ni bru nak start jagakesihatan..tkut :(
Memang susah sebenarnya nak jaga makan ni!
Bab sayur sawi, memang tu selalu tinggal! Buang ke tepi kalau makan. huhu
Sebab ada perasaan, nampak apa je sedap makan. Tapi ni bukan elok untuk akak je, saya pun nak jugak la makan benda sihat macm ni. Tapi tang fast food tu, selalu sangat dapat free kat opis ni? huwaa. agak susah gak tu tapi nak kena buang pelan2..
hm..
Cepat sembuh ye wak..mkn mknn.yg berkhasiat je k..dgr ckp dr..klu x babab nti..ngee
Waaaa! akak! nak join diet akak jugak pliss! nanti linda nak add IG akak. hewew. Share menu akak kat situ taw
jus bayam??? gegegege ... sy pegaga ok lg pernah minum .. bayam seyes x pernah buat...
Post a Comment