Thursday, October 24, 2013

Siapa Kata Kerajaan Je Banyak Kerenah Birokrasi

Asal sebut je birokrasi sure jari menuding - government. Pejabat govt la kononnya paling byk kerenah birokrasi. Ada step sana sini. Lembap. Lambat. Tak efficient.

Oke. Takpe. Aku kerja kerajaan. Aku akui memang ada kerenah birokrasi. Tapi ye lah. Kerajaan kot. Katakan lah in term of expenses. Bukan sesenang camtu nak keluarkan duit kan. Mesti la ada pengesahan sana sini. Oke. Org akan kata, itu takpe lah duit. Bab lain pun lembap. Terpulang. Kadang tu yg mengata tu tak pernah pun berurusan sendiri, asyik dengar 'orang kata la'. Memang lah ada yang lembap, lambat cam kura kura. Tp bukan semua, segelintir. Tp hok yang segelintir tu lah orang akan kata macam kan keseluruhan kerajaan ni lembap ayam. 

Baik. Takpe.

Hari ni aku berkesempatan pergi kedua dua tempat. Government n swasta.

Mulakan dgn swasta. Aku g bank. Tiga hari lepas (Isnin), aku settlekan bayaran kereta aku. Lps tu, orang kaunter tu kata
'cik boleh dtg lagi 3 hari utk amik statement e-batal. Nanti bawa e-batal tu beserta geran kereta ke JPJ utk pembatalan hakmilik' 
Maknanya hakmilik bank dalam geran kita akan di batalkan. Oke lah. Aku tanya hari Rabu ke? Dia kata better hari Khamis. 
Jadi, pagi tadi masuk lah lewat ke ofis. Sbb alang2 nak pergi amik tu, aku boleh buat lesen memandu yang baru. Dan juga ke Pejabat Hal Ehwal Veteran ATM (uruskan kad pesara arwah ayah aku).
Bank ni kul 9.15 buka. Kami park kereta di Maju Junction sbb JPJ n Pejabat Veteran pun kat situ. Senang lah kan. Tak jauh pun dari bank tu. Memula ingat nak buat IC skali kat situ. Rupanya dah tutup JPN situ. Bila dia tutup eh? Haha. 

Oke, takpe lah. Terus ke Pejabat Veteran. Masih awal orang pun takde. Kat sini aku nak tanya pasaipa kad pesara tak smpai kat rumah (kampung) lagi. Padahal dah mintak masa bulan puasa tu ari. Tup2 dia kata dah hantar. Tak smpai lah kot (oke. Napak cam kerenah birokrasi kan). Tapi, dia print balik kad tu. Dan dapat lah. Dalam 15 minit settle. Lega di situ.

So, kami ke bank tu plak. Nak amik e-batal sebagaimana yg dikatakan. Jalan kaki saja. Naik jejambat tu. Jauh tak jauh, tp cam nak peluh tiak gak lah. Pepagi. Kira exercise la kan.
Sampai je terus g kaunter 7 sbb orang tu kata takyah amik nombor, terus gi kaunter 7. Cakap nak e-batal. Orang tu pun check2... bagi kat officer dia (kot). Skali orang tu kata 
'siapa suruh cik datang eh? Tak siap lagi ni e-batal nih'
Damn! (cea.. dah pandai cakap damn uolzzz). 
'Selalunya saya akan call kalau orang nak amik e-batal nih'

Aduhai. Bersabar je lah wahai hati. Tu hari masa buat full payment tkde plak budak kaunter tu bagitahu cam itu. Dok kata 3 hari, 3 hari. 
Jadi, aku tanya 'biasa berapa hari. Sebulan lah yea' (senang.. ckp je sebulan, takde la kita cam orang gile nak pegi balik pegi balik)
'Tak.. 3 hari ke seminggu. Kita akan call'
Aku pun bagi no talipon. Tiga nombor skali aku bagi. 

Sapa kata kerajaan je selalu buat orang camtu. Takde la nak minta maaf ke apa pun. Kalau kerajaan oke lah sbb berkhidmat utk rakyat kan. Ini, kita bayar perkhidmatan dia. Interest dia makan dari duit kita berapa banyak dah. Selalu cakap penjawat awam ni gaji dari duit rakyat yang bayar cukai. Kononnya lah kan. Padahal kalau bank tu pun bukan gaji dari duit pelanggan? Dah makan duit kita, nak minta maaf pun susah ke? Jadi, balik lah kami dengan kehampaan. Berjalan lah balik sampai peluh tiak. Oke la kami mmg area2 situ. Kalau datang dari jauh? Bongok betul. 

Lepas ni lantak kau lah. Kau call, nun tahun depan baru aku amik. Apa menda e-batal tu aku pun tak tahu. Tpi dia kata ada kena mengena dgn JPJ. Aku suspect, dia tak key-in lagi permohonan aku tu. Lagi satu yg aku rasa bengap sgt tu, dia boleh tanya, cik bayar kat mana tu ari? Hai.. kata canggih sangat swasta ni kan. Takkan la bila dia tgk detail aku tu kat system dia, dia tak boleh tahu aku bayar kat mana.

Oh. Selama ni kerajaan je lah yg lembap. Kerajaan je la yg asik suruh orang balik bila dokumen tak siap. Aku risau satu je ni kang. Buat la dia tak update, tak pepasal aku kena bayar lagi plak bulan ni. Nak lagi bes, tetiba ada interest plak ni. Sbb statement tak keluar.

Aku pernah buat full payment utk PTPTN. Dia keluarkan statement sementara yang mengatakan kita dah habis bayar. Nanti baru keluar surat katanya. Yang official punya. 

Cam bank ni, takde pun. Mmg aku risau btul lah. Siap nak tunggu seminggu. Tu pun kalau yer. Kalau tak yer. Tahun depan kot. 

Dah tak dpt e-batal tu, kami pun balik lah. Buat IC. Singgah jap UTC (semua ini dah dgn kebenaran boss yea). Dalam 10minit settle semua. IC boleh diambik dalam masa sejam. Tp kami tak boleh nak tggu. Jadi, ptg nati lah amik. Sbb JPN buka smpai jam 9malam.

Jadi. Kerajaan je lah yang banyak kerenah birokrasi yea?

3 comments:

Mrs ARK said...

E-batal tak ambil pun takpe. Sebab akan online Bank dengan JPJ. Once dah bank settlekan, JPJ terus batalkan hakmilik dalam geran. Pergi JPJ untuk cop je.

Tapi memang I pun kena dengan bank ni untuk E-batal. Better call officer yang in-charge sebelum datang bank.

Statement orang kaunter memang macam tu. But bila I marah E-batal officer, dia kata orang kaunter tak tahu.

su said...

Lately ni sue rase kaunter perkhidmatan kerajaan dh bertambah baik..mcm jpj / jpn /hospital.. ok saje..

sue pnah kena swasta dgn bank RHB , layan mcm kita ni tenuk je..siap marah2 lagi tu..
bengong btul RHB..
btw, mungkin bukan sebb sector..tapi kpada sikap manusia tu sndri..

Masya said...

ermm rasanya kalau pekerja tahu tugas x jadi mcm ni.. x kiralah kerja kerajaan ke swasta .. kerja kerajaan pun skrg telus kat kaunter dah xde dah isu lambat² ni...