Monday, October 14, 2013

Semua Cuti Ke Uolzz?

Aiols kerja.
Maklum la. Beraya di sini sahaja.
Rumah mertua. Jadi, kerja lah dengan cemerlang gemilang terbilang nya. Hohoho.

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua :)


Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
.
SEBELUM 10 ZULHIJAH
Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
 .
.
PAGI 10 ZULHIJAH
Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

9 comments:

Rizziela said...

saya pun masih bekerja...raya kat Kajang ajerlah jawabnya

Chekgu Azrine said...

Salam aidiladha to u too..
Kita pun raya kl sajok!!

.:fyzz:. said...

salam aidiladha kak ..fyzz pun sama la keja ngan jayanya lagi nih..huhu..tp satgi break nk pi la Pekan Rabu ka..nk tgk kepek2 ka..tak prepare apa pun kali nih raya..sobs

Mya said...

Saya tak cuti. Raya kat KL jugak.
Selamat hari raya aidiladha awak :)

aziazib said...

slmt hari raya aidiladha. sy pn keje. dh balik kg.. xdak cuti

Hida Kadiso said...

asben kite pon koje ari ni kak ida.. abam harith je yang cuti sampai rabu...

BaTiK_PiNk said...

Selamat Hari Raya Haji KekDa...Yani pun x cuti hari ni..tapi ambil time sleep kejap buat ujian hormon D21 kat GH Melaka ni...berzaman nak tggu turn..hohohoh...Yani pun x balik mana2, hubby kerja esok, lgpun smlm dh jengah famili mertua kt Seremban kejap... :)

nad said...

Selamat hari raya kekda!
Laksa ada x ? Hahaha

Masya said...

Sy cuti hihihihihi..... Selamat hari raya haji