Monday, September 24, 2012

Edisi House Warming di KSU

Sebelum saya bebel bebel, sebelum saya citer citer, saya minta maaf kalo ada sahabat terdekat, yg seofis, yg sedara mara, yg kawan lama dan sebagainya, yang saya tak terjemput. Satu kerna, majlis ni mmg berskala kecil, satu lagi kerna, saya terlupaaaa.... huwaaa... ada jugak yg lepas majlis baru saya teringat. Ya Allah, apa punya teruk nih.

Oke, takpe lah kan. Ada rezeki saya jemput lagi nati. 
Eh, motip nak ber 'saya saya'?

As planned, majlis housewarming berlangsung juga pada 22hb. Suppose nak buat bln 10, tp sbb rasa cam dah lama sgt plak, pulak tu macam bizi dgn study seme kan, so, itu lah sebab diawalkan. Lagipun, instead of housewarming, kami ada buat bacaan Yasin sket. So, kalo lama sgt dah duduk, baru nak baca Yasin cam tak sedap plak.

Proses nak buat housewarming ni mmg la agak mencabar utk kami. Ye lah, time tu la keta rosak la, hose mesin basuh rosak la apa la. Lps tu time tu la langsir segala baru nak pasang. Rumah tu apa pun takde deco deco lagi. Basic je ada. Haha. Tkpe, nati lenkali datang, Insyaallah, ada perubahan. Blkg tv tu sebenarnya kami dah order 3D board. Tp hari Jumaat baru dpt, so, tak dpt nak cat n lekat. Lps tu jam seme pun tak pasang lagi. Frame gmbr pun tak gantung.

Mmg memacam, tp kami cekalkan juga hati (eceh, ni poyo sgt nih). Akhirnya oke la. Dimulakan dgn menjemput orang hari Rabu. Lps tu gi beli barang segala. Tempah makanan and so on, so on. Amik kebenaran management jugak sbb kami nak guest diberi masuk dalam kawasan rumah utk parking. If not derang kena parking kat luar.

Menu tak la banyak. Yg kami sediakan/buat sendiri - laksa, nasi impit + ayam rendang, salad popcorn, rojak buah. Dan aku order - nasi dagang n puding karamel. Lelain mak mertua bawak - kuih koci n dadih. Then ada pemanis mulut -choc fountain. Tapi waktu petang kami ada tambah mee goreng n mee bandung. Huhu.
Masa ni elok lagi tersusun atur kemas. Seme set tupperware.
Tp bila dah ptg. Dah kelam kabut, besen kedai 2inggit pun
aku taruk. Haha.

Jemputan, Alhamdulillah. Mostly mmg hadir. Aku tak sangka. Suprise sgt sbb aku tak suspect orang nak dtg pun rumah aku nih. Huhu. Sbb bila ajak by emel n kat FB pun ramai cam tak respond, so, aku tak buleh nak budget byk mana makanan aku nak buat/order. Lagi pun kan berskala kecik. Sekali tu... huhu.. aduh, terharu weh.. 

Majlis aku start dari kul 12pm. (Suppose aku nak buat kul 10 kononnya, tp ku edit, jadi kul 12pm, tak sempat wehhh,..tu pun kul 12pm aku tgh duk bersilat lagik kat dapo. Giler tul). Mujo la family in law aku dah smpai. Jadi, derang tolong la potong2 buah segala.
Kul 12 tu dah siap la, salad popcorn, laksa n nasi impit. Nasi dagang kena gi amik kat Taman Dagang (Eh, kebetulan pula, dagang dan dagang. Haha). MyDH gi amik dlm kul 11 lebih tu, skali jammed katanya. Maka, dkt kul 1pm baru nasi dagang tiba. Lps azan Zohor, kita stop jap makan, ada baca Yasin. Alhamdulillah, dpt juga bertahlil. Maka, lepas lah hajat dah kan.
Tp macam tau tau, lps siap seme bacaan Yasin tu, orang mula datang. Smpai family in law aku pun balik. Sorang kak ipar aku tak join dtg skali masa family in law aku dtg. Dia dtg time tgh baca Yasin, tp bila in law seme nak balik dia pun balik. Alor, tak smpai setgh jam pun tau. Small my heart (tiru Eida). Makan pun sket je. Mungkin sbb aku tak layan sgt kot. Tp serius, time tu orang dah start datang. Mmg tak sempat nak layan sgt pun. Pulak aku sebuk duk potong buah utk buat choc fountain. Tp orang dah nak balik, takkan nak paksa paksa. 
Masih terkawal.
Lps tu seme lah kengkawan dtg. Paling pack kul 2 lebih tu, and satu lagi pack masa time kul 4. Pergh. Aku tau orang dtg, lps tu aku tatau dah derang duduk mana. Dah tau umah kecik lagi mau ajak orang ramai kan. Tp idak la begitu. Aku tak ajak ramai mana pun, tp sbb secara kebetulan meke datang serentak. Sudah la aku lupa nak mention, kalo naik lif tekan tingkat 4. Ramai tersesat ke tingkat 3.
Masa ni mmg tak sempat dah nak entertain seme. Ramai...
Choc fountain ready dlm kul 2 lebih. Masa tu laksa dah settle habis dah. Huhu. Aku sendiri tak merasa. Mujo nasik dagang ada lagi. Lps tu mak aku mmg da prepare kuah mee bandung. Jadi kita celur je lah mee. Dan ada sorang member dtg bawa kek coklat yg sedappp... penyelamat keadaan. Hahaha.


Choc fountain ni pun penyelamat keadaan jugak la. Mujo cukup2 smpai petang. At least ada orang makan menda tu. Sedap oh choc dia. Aku sewa dari Bdr Tun Razak. Fara nama owner dia. Nice betul orangnya. Boleh tgk pakej dia kat blog ni : chocolate kidz.  Aku amik pakej yg sewa mesin + 2kg coklat. Aku amek kat Fara ni sbb aku tgk prosedur dia mudah jer. Deposit pun dia bagi bila dia dah check mesin tu. Takde nak bank-in balik ke apa. Coklat tu kita cairkan sendiri lah. Mudah je cairkan. Buh je atas dapo induction, campo sket Canola Oil. Kalo takde dapo induction, buh je dlm rice cooker. Sekejap je da cair. Jgn masakkan pulak dia. Aku buat buah cucuk2 dia - temikai merah, sun lady, pisang, anggur, epal hijau n mashmellow. Lps tu ada gak biskut apollo ngan biskut jejari aku beli time promosi raya kat ofis aku retu. Eh, sedap rupanya biskut tu. Sesuai buh dgn coklat. Hihik.
Kredit dari gmbar che eida Baharom.
Dlm kul 6 lebih, kawan MyDH datang. Haaa...masa ni makanan dah mula nak habis uolsss... nasi dagang mmg dah licin lincau dah. Aku dah takut nak keluar dari dapo. Haha. Dgn my kazen duk pikir cemana2. Akhirnya suh MyDH runner beli mee. Sayur,  udang seme ada. So, siap blend segala, goreng lagi mee. Huhu. Tak penah dibuat camni. Tp bila dah goreng2 napak mee tu sket la plak. Adui... Sambil tu aku goreng keropok leko.

Dlm kul 7pm, ada lagi member dtg. Masa ni lagi giler tatau nak buat cemna dah. Suh myDH kuar jap, beli tomyam. Jadi, itu lah menu terakhir. Beli kut2 ada lagi sesapa nak dtg. 

Ha, itu lah cerita dia. Mlm tu gak settle basuh bekas segala. Bes lah. Rasa nak buat je lagi. Huhu

Entry seterusnya baru aku letak gmbr tetamu2 yg hadir. Yg sempat aku capture the moment bersama. Seronok sgt sbb ada setghnya 1st time jumpa. Sudi gak hadir kan. Terharu ahkak tau... Dan pada mereka juga ku ucapkan maaf lah kalo majlis ni ada kekurangan. Kurang sudu ke, kurang air ke (myDH tender bancuh air), kurang gelas, kurang makan, kurang bilik air, dan segala gala lah. Serius saya terharu neh.. Dan jangan serik nak dtg lagi. Nati bebila saya buat lagi. Tp kat tepi pool pulak :)

16 comments:

Zana Adieyza said...

seronoknya baca entry ni!!! dan sangat2 rasa sedih sebab x dapat dtg meriahkan majlis kekda.. sorry yer kekda sayang...

choc tu buat zana gerammmm.. mesti sedapppp kan... laksa pun mesti sedapppp...

kalau buat tepi pool nnti harapnya zana dptlah dtg yer.... hehehe

Chekgu Azrine said...

wow..well done!!

::EIDA:: said...

Datang zana.... ! Makan makan terjun pool, naik balik makan lagi.. pastu terjun pool lagi.. hahahahhaha!!!

::EIDA:: said...

Eh? nak g terjah blog choc tu lah.. ida ni nak berjinak jinak dgn biss chocolate ni.. huhuhuu

nad said...

rugi, rugi...
rugi tak dtg, huwwaaaa...!!!

ch@ said...

hebat....

Puan Awin said...

sowi sgt kak, x dapat dtg :(

azurazimi said...

semua makanan best2.. rugi pada yg tak dtg. dah lama mengidam nak makan ns dagang kak Jatt, dapat jgk merasa kat umah Pn Stoberi.

laksa tu pun super sedapp. nak tambah lagi tapi dah xde ruang nak isi..

laen kali kalo wat kat tepi pool nak campak Taufiq dalam pool tue. (Hehehee itupun kalo Pn Stoberi sudi ajak ler)

Mya said...

bestnya....
tq for the invitation reen.
sorry tak dpt dtg, blk kampung.
lain kali kalau dijemput dan tiada halangan, insyaAllah saya dtg.
teringin nak tgk KSU! :)

azurazimi said...

Kak, mangkuk kuah kacang tue comel.. kat mana beli? brp rm? nak beli jugak.. hihihiii

chinta... said...

seronok baca n3 ni kekda...rugi x dapat g..

Nory Zoulkefle said...

meriahnya umah kekda...sorry kak, nory kat kmpong hubby mase hari kejadian...x smpat nk pegi umah akak..sedihnyer...next time jgn serik jemput nory lg taw..nory msti dtg punyer..hehe

SyaNa said...

ala...xsempat tggu nk mkn coklat tu :(
aku la salah timing dtg time org tgh baca yasin
mengacau jek kan..hehee

Rosmawani♥ said...

Sedapnyer makan2... :)

Masya said...

terujanya baca entry ni .... terasa kemeriahannya .. walaupun sy x dapat dtg huhuhuhu..... teruja tgk coklat gaya gitu.. selalu makan kat hotel jer tau....

Khalilah said...

Wau gmbar choc fountain menawan selera~! ;) i'm new here..