Thursday, September 9, 2010

~Pasal Syurgamu Ramadhan~

Dah selesai pun citer ni smlm.
All out lah smlm. Suma citer sempena Ramadhan da abis. Smlm dia marathon 1 hour.
Kan retu aku da citer aku mem 'follow up' citer ni.

Ok la aku rasa citer ni. Walo ada babak nanges2 tp dia tak nanges sbb menunjukkan 'aku wanita yg lemah' mcm citer yg aku tak suka tu la..yg nak kuar pilem da tu. hihi.

Aku tgk dari mula juga. Masa memula mcm tak paham jugak sbb citer teringat kepada teringat kepada teringat. Lps mak 4 beradik tu meninggal baru smooth sket citer ni.
Bes. Pelakon pun bes. Jalan citer pun bes. Cuma ending ada sedikit potong la.

Dia baca sajak pulak...tp ok gak per.. "isteri ku..di hari raya ini izinkan ku melutut memohon kemaafan dari mu atas kesalahan ku mengabaikanmu" lebih kuang camtu la..takde la sebijik2 Yassin tu kata camtu.

Zarina pun ok gak lakonan dia ni. Haha. Produk AF ni byk yg berkecimpung dan bersinar dlm lakonan je la. Nyanyian entah ke mana. Abis mana dia produk Anak Wayang suma tu. Ada takde aku slalu tgk yg berlakon citer selipar suraya apa tah tu. Yg ada belakon yg citer lalali tam plom sepah tu.

Ok. Lupakan pasal AF segala tu.

Then aku paling sker lakonan makcik mikropon (mak mentua Yassin tu). Mabeles lah makcik ini. 'Oii senduk" klaka masa yg dipanggil anak dia tu senduk. Suka....sbb lari dr cliche citer melayu yg mak akan backing anak sendiri kalo anak balik dr umah suami/mertua. Ini lagi di marah2nya. Siap ngan bapak2 dia sekali sepak. Uii..bes..bes...mmg patut mcm tu kan.

Tp si Along (Alfira Loy) tu tatappp la belakon jadi angel. Aku tgk udah sama je lakonan dia mcm citer Qalesya tu. Bersabar. Bersabar. Bersabar. Dia ni aku rasa smpai ke beso la belakon kena tunjal2 kepala. Haha. Adik Alfira..sila jd pelakon versatile sket eh. Nati dikenali pelakon air mata je pulak.

Eira Syazira  pun mmg ok dah lakonan dia sejak drama Balqis. Cuma terlalu muda la utk beranak dgn anak sulung da besar umur berapa ah. Namblas eh. Tp ok la. Dia kawen muda. Same goes tu Ellie Suriati. Mmg terlalu muda  utk jadi nenek. Tp ok lah. Lakonan ok.

Secara keseluruhan citer ni mengisahkan seorang nenek (Datuk Halimatun) yg mempunyai ego utk tidak menerima cucu2 zuriat dari anak perempuannya (Marlia) yg telah lari dari rumah. Marlia lari masa mlm nak nikah sbb mak dia tak bagi dia kawen dgn driver dia. So, lari jumpa laki tu kat kg terus kawen. Mak dia penah dtg umah dia dan tak  ngaku anak. Dan tak izinkan jejak kaki ke rumah mahupun ke kubur dia. Tp lepas beberapa tahun, lps Marlia citer suma kat empat org anak2 dia, dia ke KL nak jumpa mak dia. Tp accident. Mati laki bini. So, adik lelaki dia (Yassin) amik anak2 dia bawa tinggal dgn dia n nenek budak2 tu. Jadi nenek ni taknak terima la cucu2 dia sbb bukan dia benci kat budak tu cuma dia mcm rasa bersalah sbb tak terima mak derang tu dulu. Kesulitan makin muncul bila Mak Su bebudak ni pun benci kat derang. Mak Su derang ni kawen dgn Yassin bukan atas dasar cinta. Sbb dipaksa oleh Datuk Halimatun. Jadi sepanjang 2 thn kawen tak pernah pun dia sentuh bini dia. Masa nak kawen tu dia da ada kekasih hati - Adura. So, bila nak ending tu mak dia dah buleh terima cucu dia. Dan mula menyesal. Mak Su dia pun menyesal dan masa awal cerita mastermind citer ni adalah Datuk Halimatun tp bila da ending kita akan rasa Yassin ni plak mastermind dia. Mcm Yassin la sebenarnya terperangkap oleh didikan mak dia smpai dia rasa dia tak boleh beza dendam dgn cinta. Part sedih bila Adura tu bagitau dia nak kawen dan ucap 'selamat tinggal sayang'. Mengalir gak air mata lelaki dia.

Lagu pun bes- Akan Ku Jumpa..to lirik lagu ai copy ni yer..kalo nak lirik klik je kat link tu.

4 comments:

Safinaz Hanum Ahmad Anuar said...

Dah lama tak memfollow mana2 drama..

Tragis betul cerita ni ek..

puanstoberi said...

Agak tragis gak la. Bes jugak sbb tkde tunjuk cliche drama melayu sgt. Huhu

wannurfazrini said...

cerita ni best . terbaikkk !

puanstoberi said...

Wannur - ya..mmg ter baekk.. by d way, thanks eh sudi singgah teratak pnstoberi nih.. hihikk