Friday, September 3, 2010

~Pasal Air Tebu~

Pokok tebu - gmbr dari sini
Aku percaya ramai penah baca artikel pasal air tebu dan kencing tikus tu kan.
Yg kata ada budak cina ke hapa yg meninggal sbb disyaki slalu minum air tebu yg dicemari kencing tikus.
Kalo tak penah baca google je la 'air tebu kencing tikus'.  Sure jumpa.
Aku pun penah gak dpt emel ni,  aku da search 'air tebu' - kuar plak pasal perkara berbangkit dlm meting JKP pasal air tebu yg jual kat cafe aku. Sbb ada aduan kata amik kat cina ke apa tah. Yappada..bukan itu yg aku nak.
Search 'kencing tikus' - pun takde.
Umm..da delete la tu. Aku kan nyampah emel berantai2 ni. Dpt je-baca-delete. Kadang tak baca pun, trus delete. Tmbh lagi gosip2 retis tu kan.

So, skang kan musim org sibuk nak beli air tebu, minum air tebu waktu berbuka puasa. Mencanak2 populariti air tebu musim puasa ni, sama naik ngan murtabak jugak. Padahal tak puasa pun buleh minum air tebu kan.

Ekceli, aku masa sekolah tak berapa suka minum air tebu. Entah. Tatau la. Tu bila tah aku start minum. Rasa ok la kan. Sejuk je kat tekak kalo diminum panas2 terik tu kan. Uishh...mmg setap, nikmat la kan. Nak pulak ais berketul2 dlm tu, meleleh2 je wap ais kat plastik air tebu dibungkus tu. Memang sedap (heh! tingat kat tpt aku ada org niaga air tebu  dkt kedai Medan Mara dpn KFC tu. Salu beli dulu. Skang ada lagi ke tah. Tak pasan).

Tp sejak lps kawen aku agak kurangkan minum air tebu sbb org kata 'tajam'. Tk elok kalo nak conceive. So, sethn jugak aku tak minum. Pastu tgk nan hado pun, aku da minum balik. Tp tak kerap la. Kadang2.

Smpai la dpt citer dan emel kencing tikus tu. Aku rasa menda ni spread lps arwah Din Beramboi meninggal retu. Masa tu baru org sibuk2 pasal kencing tikus kan.
Dlm artikel tu dia kata tebu pun mudah dicemari dgn kencing tikus. Sbb tebu ni kadang org letak atas tanah, dan kadang dia siap berakar2 so, tebu tu dah diresapi (ke diserapi?) kuman kencing tikus. Kita pun tatau la dimana kebenarannya.

Tapi...... sejak dari bc artikel tu aku mmg salu la buat pemerhatian ttg tebu dan cara penyimpanannya. Ceh..! Mcm buat paperwork la plak ayat.Ngeh ngeh ngeh.

Dan mmg aku akan cuba elakkan la utk meminum air tebu sejak tu. Aku tak la kata aku ni cerewet ke teliti ke terlampau bersih ke hapa. Tp korang tgk je la sekitar korang. Aku hehari lalu kat tapak bazar ramadhan. Bazar ramadhan kat tpt2 aku ni kawasan kedai makan. So, yg meniaga kat situ pun biasanya mmg org kedai tu. So, kalo stall jual air tebu tu dia port baek je tebu tu atas meja. Tinggal camtu je. Nak lagi bes ada yg da buang sesiap kulit tebu tu (mungkin kang ptg sng. Trus je mesin. Tak buang masa). Then biarkan je atas meja. Takde alas, takde tutup. Tak perlu la aku nak tgkp gmbr ke hapa. Merata2 tpt ada camni. Tgk je lah. Kalo tak letak atas meja, letak tepi dinding kaki lima ke. Kalo bukan pun tikus yg kencing, binatang2 lain pun akan turut mencemarkan tebu tu. Tak pikir kucing ke pijak, kalo tpt ada anjing?? Waa..cannot imagine wes.

Dan derang basuh ke balik tebu tu? Haha. Iye la sgt nak basuh. Ptg kang pukul 3 set up kedai, bukak mesin, trrrrrr....sudah mesin itu tebu. Dpt air baekkkk punya..trrrr...mesin lagi. Dan kita pun berduyun2 beli. kalo pun dia basuh mungkin dgn air lalu je la (ye lah takkan nak basuh dgn Axion plak kan).

Abis cena nak minum air tebu skang? entah. aku pun tatau. Kalo nak minum air kotak tu pun kira sama gak. Tentah kat kilang pembikinan air tebu tu pun camtu gak cara penyimpanan dia. Tapi bapak mertua aku ada tanam tebu dipinggir bibir rumah dia. Tpt yg aku tgkp gmbr masa wedding dolu. Giler ah, outdoor kat kebun tebu. Ko ado?? Kui kui kui. Ini sbb plan asal da berubah lah.

Saja buh halus je sbb gmbr pengantin basi. Haha.
Seb bek tak napak sgt ketebuan dia. Haha. Ada yg kata aku tgkp dlm semak. Haha. Itu kebun tebu pak mentua aku serta jiran2nya juga.
Dan masa tunang kak ipar aku ari tu kami minum air tebu fresh yg diproses dan dimesin sendiri. Jadi buleh minum lah. Hehe. Tp eh..kalo tikus kencing kat tanah dia meresap jugak kan.

Hahaha..kalo pikir camtu semua, alamat kita buat konsep green house la kat dpn umah memasing.

Eh. Tp tingat masa kecik2 dulu. Walo aku tak minum air tebu, aku sker gak makan tebu mcm tu je. Err.. bukan makan la, tp gigit2 then hisap air tebu tu smpai dia jadi hampas. Sedap. Manis je. Mak aku kata takpe gigit tebu tu, nati kuatkan gigi. Haha. Tp takde la aku gigit tebu tu sebatang2. Mak aku siap potong2 ikut ruas dia, then potong2 la kecik2. Korang penah buat tak?

4 comments:

cikCha said...

air tebuuuuu...mmg sedap!
tp aku lupe la bila kali terakhir aku minum air tebuh ek...huhuhu

armouris said...

info tentang kencing tikus di SIHAT SELALU - Kencing Tikus (Leptospirosis)

azeul said...

..sangat suka meragut tebu gagak yang sangatlah best...lagi keras dari tebu biasa..tu dulu2 la..sekarang tebu susah nak dapat (mudah capai)...dulu berbatang2 tumbuh kat seblah rumah...arwah ibu rajin tanam..

PUANSTOBERI said...

Shah :
sedap mmg sedap tp bila mikirkan bab yg itu buat tak lalu rasa.

Armouris :
thanks 4 the link about kencing tikus.

Azuel :
Tebu gagak tu cena? yg itam tu ker?