GEORGE TOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.
Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi.
Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur.
"Kesemua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Mohd Fadzli berkata pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu.
Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.
Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini.
Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.
Mohd Fadzli berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
Katanya, jika terdapat kes melibatkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya.
Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai. BERNAMA

credit : mStar Online
*****************
Hari Raya kedua lari dr umah. Lps tu mak masuk tv sambil nangis tunjuk gmbr anak. Anak kata nak keluar ke pekan, nak beli baju ke apa ke tah.
si kembar |
Mintak anak dia balik la. Walo kami marah pun, tu tandanya kami sayang kata mak mereka.
Seterusnya paper ari ni tadi ada gmbr lelaki yg dipercayai teman lelaki derang.
Lps tu kat tv mlm ni kata da jumpa.
Umm..tatau nak komen apa. Cakap lelebih kang ada yg kata "belum kena kat ko buleh la ckp"
Umur 14, sanggup tinggalkan mak ayah keluarga sbb nak ikut jantan. Bagus. Sgt bagus perangainya.
Mungkin derang sker nasik lemak buah bidara, sayang selasih ku turutkan. Buang emak buang sedara, kerna kasih ku turutkan. Bongok!
Apa la. Org sibuk2 nak beraya dgn famili dia berebut nak beraya dgn jantansss. Aku yg da beso gedegang ni pun sedih sebak suma la sbb tak beraya ngan mak.
Apa la. Org sibuk2 nak beraya dgn famili dia berebut nak beraya dgn jantansss. Aku yg da beso gedegang ni pun sedih sebak suma la sbb tak beraya ngan mak.
Org sibuk2 risau kan dia, dia boleh buat muka selamba sardin je masa kena "sekolah" dgn polis ke apa ke tah kat dlm tv tadi. Agaknya mmg niat taknak balik umah utk selamanya tu.
Org sibuk2 nak kejar ilmu dia leh nak ikut kekasih hati konon nak sehidup semati. Haibat sgt la gamaknya dpt ber boipren yg dah keja pengawal keselamatan tu. Org jual kang baru la tau hegeh2 nak carik mak.
Aku igt da ke Lombok dah tadi.
Satu perkataan je aku nak tulis utk derang ni, pepandai la carik apa maknanya - "G.A.R.E.T".
8 comments:
uish tau takpe.
haihh dunia dunia
kan miranisa..geram rasa..buleh tak sepak je muka derang tu kasik sedo sket..igt seronok agaknya dpt lepas bebas camtu
bebudak skang cik stroberi,memang ikut kata hati,otak mereka takde fungsi pon.
budak sekarang memang gitu... nantilah umurnya dah masuk 24 baru dia menyesal dan nak ulang balik hidup dia..
diorang ni la masuk berita aritu tggal surat ke hapa supaya xyah cari diorang semua..
mak aih boleh plak mcm tu...
teruk bebenor perangai!
ni bile dh tua ni tengok balik mesti malu sendiri.....
xpun anak dia buat kt dia balik...
Najib : tu la pasal..langsung tak pikir mak bapak. vunguk toll.
Diarihati :
Tu pun kalo buleh menyesal..kalo dah tak sempat..ha..padan la muka kan
bebudak tak pikir panjang....bukan nyer bodoh sbb deme bersekolah....bukan tak tau baik buruk....tapi saja ngada2..konon best, bleh buat apa jer...saja nak seronok2....kita pun pernah jadi bebudak, ada rasa nk berseronok....kalo aku masa form 2 dah tau pikir dah....idak ler bengap...
Ainilazwa:
rasanye derang SMS ke mak derang, kata takyah carik2 derang dah. GIler... dia tatau kalo takde mak pak nati, menangis kuar air mata darah pun tak guna kan. Geram giler lah.
Kekucingkatz :
Aku pun tatau apa penyebabnya. Tp mungkin zaman kita walo baru gak tp pendedahan kpd benda2 tak elok tu agak terbatas. Internet, Astro suma mana ada. Skang ni..apa nak suma ada..sng nak jadikan reference. Kalo ikut rasa mmg binasa akhirnya.
Post a Comment