Kadang kita sakit, kadang kita sihat gembira.
Kadang penyakit tu datang tanpa di duga.
Source : here |
Aku kini sedang berduka di atas musibah melanda family belah Kakcik, akak ipar aku.
Aku rapat dgn akak ipar yg ni sbb dia yg jaga mak kat kg.
Byk jasa nyer pada family aku, so harus la bila dia merasa duka, kami turut merasainya.
Musibah yg menimpa adiknya pada hari raya pertama mmg tak diduga.
Dia tak balik beraya jadi elok bersembang melalui telefon dgn ibu nya dgn gembira pada jam 3 ptg.
Tapi jam 7.30ptg mereka sekeluarga dihubungi dgn berita memeranjatkan.
"Norli jatuh lalu tak sedarkan diri..kena segera buat pembedahan sbb ada detect darah beku di kepala"
Harus la akak ipar aku dan familinya segera ke hospital yang menempatkan adik kesayangannya.
Jarak antara KL ke Perlis tidak lagi menjadi penghalang.
Pada hari raya kedua semua ke sana.
Aku hanya tahu setelah menghubungi emak pada hari tersebut.
Ptg raya kedua tu aku segera menghubungi kakcik. Jelas kakcik mmg sedih. Dia bercerita keadaan adiknya. Adiknya yg tetiba tak sedar terus dibawa ke hospital. Kemudian apabila sedar dia tak kenal org sekelilingnya termasuk anak2nya. Lepas pembedahan baru dia agak ok. Tp tekanan darah rendah pula. Yang paling menyayat hati kakcik kata adik dia ada call dia pada 31hb Ogos utk meminta maaf dan halalkan makan minum. Oh..tetiba sebak rasa hati. Kakcik tinggal di sana utk seminggu.
Smlm baru aku berpeluang jumpa kakcik. Bertanya kan khabar adiknya. Memang takde perkembangan positif. Dia tak boleh bercakap dan tak boleh menelan walo sebutir nasi. Tangan pula mengerekot spti org stroke. Dan dia kembali tak mengenali keluarganya. Tuhan..aku juga terkejut. Kerana mmg adik Kakcik sihat sebelum ini. Ingat lagi waktu kami ke Perlis mmg dia yg seronok menyambut kami. Memasak itu ini. Kuat la wahai Kak Norli. Kedua2 anak pompuan akak yg berumur 7 dan 5 thn tu amat memerlukan akak. Kuat la kak..
Sehingga kini doktor kat sana tak dpt nak menganalis penyakitnya. Yg amat diperlukan doktor adalah macamana keadaan dia jatuh. Tp yg ada masa dia jatuh adalah anak-anaknya. Suaminya ke rumah maknya yg tak jauh dari rumah mereka. Si anak ni pula ingatkan mak dia tido, lalu diletakkan bantal di kepala ibu. Anak yg sulung tidak mahu bercakap bagaimana ibunya jatuh. Dan dia sendiri asik menangis dan tak boleh melihat keadaan ibunya. Mungkin dia fobia kerana tetiba ibunya senyap sunyi begitu. Si adik pula apa bila ditanya di jawab 'ibu jatuh lps tu ibu tido'. Paling sedih bila kakcik kata ayah derang da redha sekiranya dia 'pergi' sbb tak sanggup tengok kesengsaraan anaknya tu.
Kakcik pulak kalo buleh mmg dia nak tunggu adik dia. Tp anak dia nak amik UPSR esuk. Mungkin dia pun dlm keadaan 'diluah mati mak, ditelan mati bapak'.
Pada semua mari lah kita berdoa agar adik kakcik aku, Norli sembuh dan sihat seperti sediakala. Kesian anak2nya yang masih kecil. Kami blum berkesempatan melawat ke Perlis sana. Dan kalo ada sesapa yg tau ada perubatan alternatif area2 Utara sana boleh la bagitau sbb family derang pun blank bilamana doktor pun tak tahu apa puncanya.
Apa yg boleh kita ambil sbg pengajaran adalah- sakit boleh datang tanpa diduga..tak kira tua atau muda.
2 comments:
semoga Norli dianugerahkan kesembuhan dengan segera.. amin
Thanks Safinaz. Masih berharap dia kuat utk lawan sakitnya sbb smlm dia makin tenat.
Post a Comment