Wednesday, February 5, 2014

UMobile : Harap Inilah Terakhir

Memang ingat hari ni nak WW je. Tp sbb masih rasa jengkel, masih rasa rengsa, mari lah kita membebel.
Yer, masih tak abis lagi cerita aku dengan UMobile nih.
Pening aku. Sungguh. Aku pun tak reti nak cakap cemna lagi.
Kalau korang belum terjebak, sila lah jangan terjebak ngan UMobile yg memeningkan ini.
Kalau dah terambik satu, i.e ambil talian telefon, ambik je lah yang tu. Jangan lah gatal nak guna bband dia ke apa. Kalau tidak kita yang pening dibuatnya sbb banyak sgt akaun dengan dia. Dulu aku ngan celcom pun pakai bband dgn phone gak, takde plak jadi camni.
Lps tu bila dah pakai pakej tu jangan la nak downgrade ke upgrade ke. Pun pening jugak.
U mobile coverage, u mobile data plan, u mobile review
Gambar hiasan : Kredit soya cincau
Sebagaimana aku pernah  bebelkan sebelum ni, UMobile dah guna ejen kutipan hutang.
So, dia akan call. 
Masalahnya, dah takde hutang pun call jugak.

Aku tanya member yg guna, dia kata takde pun UMobile call. Tapi ada gak orang lain kata, ada jugak yg dia call.
Okeh. Pelik di situ.
Kemuncaknya aku mmg geram betul bila sekali lagi ejen tu call 24 Jan 2014 yang lepas.
Aku bagitahu due bill aku 7 Feb, kenapa call. Belum due lagi.
Dia kata dia just nak peringatkan. 
Hoi. Hangin betul lah aku.
Setiap bulan pulak ingatkan aku suruh bayar. Dah kenapa.

Terus la aku emel customer service dia. Mohon penjelasan kenapa la asyik nak ganggu. Geram betul haku lah. Bukan kali ni je, bulan bulan sebelum pun ada call. Mintak bayar, mintak bayar. Padahal belum due. Jadi, aku dah sangat menyampah. Sbb bulan sebelum tu pun pernah call - aku tanya bill mana, dia gitau akaun semasa. Jadi, sbb tu lah bila call lagi bulan Januari ni aku dah hangin. Dah kenapa kau??

Jadi, derang reply emel kata ejen kutipan tu call sbb aku ada hutang lagi RM54.00 masa terminate bband lama bulan Oktober 2013 (aku terminate pakej RM68 dan tukar kepada pakej RM40)

Aku reply balik emel, aku cakap yg call tu bagitahu suruh bayar yang terkini bukan yang hutang. Dia tak mention langsung hutang sekian sekian nombor. Masa tu aku just cakap due aku 7hb apahal nak call - dia jawab nak peringatkan. Ha, takde langsung dia mention pasal hutang bulan Oktober. 
Dan pada 17.12.2013, aku pernah jugak terima msg dari ejen kutipan hutang ni yang menuntut RM33.85 - ada entry di sini siap dengan kronologi nya juga - UMobile menjengkelkan. Pun disitu dia nak peringatkan utk buat bayaran.
Ini bermakna bukan dia tuntut RM54.00 tu. Apa hal hari ni baru nak kata aku ada hutang RM54?

Oke. Ada 2 pelik di sini. Satu, masa ejen tu call dia suruh peringat bayar akaun semasa bukan bayaran tertunggak. Aku dah tulis dalam emel byk kali orang tu call sbb nak bagi peringatan. Tp yg reply emel tu tetap lah kata sbb akaun tertunggak tu. Heyyyy.......!!!
Kedua - aku dah terminate, kenapa boleh tertunggak sedangkan kalau kita terminate mesti lah di kontra dengan advance fee masa bulan pertama dulu. 
Kalau pun betul tertunggak, kenapa yg caller tu tak cakap pun itu hutang. Ini dia kata semasa. 

Tak kuasa dah aku nak emel2 lagi derang. Tak paham bahasa pun yer. Orang dah gitau - tetap gak kata hutang..hutang.. apa kebenda entah. Aku tulis melayu, yang jawab pun melayu. Takkan tak pepaham lagi. 

broadband u mobile ok ke?
Gambar hiasan. Ni tahun 2010 punya. 

Meluat sungguh rasanya. Dan menyesal betul kerana meletakkan harapan awal2 tu hari.
Dan aku dah terminate pun bband UMobile bulan lepas. Settle. Menyampah rasa. Sejak aku tukar mmg aku bagi free je ke dia RM40 sebulan sbb aku tak guna langsung pun. Bukan sengaja taknak guna. Tetapi mmg internet dia langsung tak boleh nak surf pun. Kalau lembap tu boleh la terima sket. Ni langsung tak boleh nak connect. Gambar google tu pun tak keluar okeh. Apa guna? Dia tak boleh alasankan sbb amik pakej murah internet langsung tak dpt. Abis.. nak kena pakai yg patratus ringgit plak sebulan? Banyak la cantik muka u kan.

Oke. Tak mengapa.  Aku akan ke centre dia. Settle kan lah apa menda yg ada lagi tu. Betul ke hutang tu. Kalau hutang, sure lah masa aku terminate bband tu hari dia tahu aku ada hutang. Sbb aku bagi nombor IC aku suruh dia tgk akaun aku. Mesti la budak kaunter bagitahu eh, kak, ada hutang lagi ni. Aku bayar la. Bukan 5ribu pun. 54ringgit je pun. Yang cam nak runtuh dunia asyik call aku kenapa. Bagitahu lah aku ada hutang. Ni tak..dok kata peringatan bayaran. 

Now ni, aku nak switch nombor 018 tu ke line lain. Tak tahu line apa lagi nak pakai dah. Celcom pun aku menyampah sbb cam mahal. Maxis pun dengarnya cam leceh gak. Digi aku pakai ni oke gak la, tp bila buat call mahal gak. Internet apa semua oke ja. Tapi aku malas la nak sampai 2 akaun utk satu syarikat. Nanti pening lagi camni.

Jadi, buat lah pilihan yang betul ya. UMobile ni coverage KL oke lah (tp aku tinggal di KL ya - yg mmg ber poskod 51000, Kuala Lumpur - pun hazab jugak). Luar KL mmg la lagi hazab kau nak dpt internet dia kecuali bandar2 besar.

2 comments:

nora razalli said...

haaa, bru nk tanya duk area mne umobile xleh pakai
sbb MG pakai umobile kl mmg laju
laju xlaju boleh la ..
tp kalo lua kl mmg rsa nk pijak2 je BB tu ..haha
pkai streamyx la sis :)
unifi kne tgk tmpt lak :)

suwara entertainment said...

mcm saya mmg guna digi utk call/sms. jimat dan murah. call mana2 no pun still murah compare with celcom dan maxis. internet beli gak simcard prepaid celcom utk internet je. sbb digi ngelat kt situ, bila abis limit dia, internet jadi slow. pakai celcom wpun mahal, tp unlimited. hehehe