Monday, November 11, 2013

Pening Dengan UMobile Nih : Menyesal!

Phew!
UMobile ni suka nau mem-barred kan line orang yea.
Dah tu kang, nak un-barred satu hal. Cam dulu tu. Dah bayar pun amik masa 3,4 hari nak unbarred balik. Hanginnn je aku lah.

Dia barred kita cam kita tak bayar gayanya.

Cuba perhati bil aku tu. Apa ke hal kau barred line aku??
Kalau nak kata aku tak bayar, mustahil lah sbb due bayaran aku adalah 8 Disember.
Tu hari lah. Tetau dah hilang logo H+ kat phone aku. Jenuh la aku on off phone sbb ingat sbb talipon ke apa kan. Dah tak buleh gak, aku call operator dia. Skali bes btul dia cakap..dah kena barred. Aku terus rasa   cam kepalahotak kau..haaaa...
Katanya dia barred sebab penggunaan melebihi RM150.00 sebab kredit limit aku adalah RM150.00. Dah bila pulak aku guna smpai lebih RM150.00 nih. Tak pernah dibuat oiii.....

Ha...tu yang peningkan kepala aku tu. Aku tak boleh nak access sbb bil tak sampai. So, bila dia dah emel baru aku dpt tgk (ni pun satu hal..berpuluh kali aku suruh tukar alamat..tetaaaaappp alamat salah tu jugak).



Haha.
Kelakar kan. Semua zero, zero, zero.
Jadi, celah mana datangnya lebih RM150 tu?

Sebenarnya jumlah tu adalah datangnya dari pakej lama + pakej baru.
Pakej lama bil aku berjumlah RM141.00.  Aku terminate pakej ni akhir minggu Oktober. Dan aku tukar pakej baru. Jadi, jumlah bil utk pakej baru adalah RM33.91
Lps tu di campur stamp duty, service tax bagai menjadi RM185.95
Dan oleh kerana jumlah telah melebihi RM150, maka dia barred hatta data plan yang aku guna aku tak lebih, dan voice call aku pun tak lebih.

Jadi, bila dah barred, aku tak boleh guna data plan aku eventho' bulan November ni data plan aku tak exceed limit lagi. Padahal, aku dibenarkan utk bayar before 8 December. Cerdik tak cerdik? Jadi, siapa yang untung? Haha. Mereka lah untung sbb data limit tu dah kita bayar sesiap. Even kita tak guna, bil tu dah tentu banyak itu kena bayar. Jadi, sekiranya aku bayar (bil yg di barred ni) pada 1 December, ini bermakna aku tidak menggunakan plan mahu pun talian telefon pada bulan November nih (mungkin ada la 2,3 hari sebelum di barred itu). Dan seterusnya mereka kaut duit aku free gitulah kerana data-plan ni mmg kena bayar samada kau guna atau tak guna. Best kan? Memang best!

Haha. Korang baca pun pening, aku lagi la pening sbb dah terjerumus dengan TnC yang agak kelakar lagi mengelirukan. Yang aku paham, kalau barred line ni kita dah guna lebih penggunaan. Atau tak bayar. Bukannya includes service tax, stamp duty advance fees segala tu. Kalau termasuk itu, memang lah lebih RM150.00. Bila aku call tu hari, buleh plak operator tu kata boleh je nak tmbh kredit limit. Haha. Kelakar.. itu bukan masalah dia sbb kita akan tmbh kredit limit kalau rasa tak cukup kredit limit tu utk call atau penggunaan internet.

Kelakar nih... Rasa nak ketawa... rasa nak menangis pun ada. Huhuhuuu... (T_____T) Cemna lah aku buleh terjebak dengan menda2 remeh temeh camni nih.

Ni skrg mmg no 018 aku di barred lah. Aku pun dah naik menyampah. Aku geram. Aku jual terus talipon yg aku guna utk 018 tu. Habis cerita. Tapi cam aku cakap kat atas tu lah. Siapa yg rugi sekarang. Aku lah. Next month, even aku tak guna talian ke data plan ke aku tetap kena bayar. 

Kesilapan terbesar. Suppose aku bukan tukar plan, tapi terminated terus. Dan, penyesalan terbesar aku adalah bila aku dah tak boleh nak terminate sekarang sbb bila aku tukar pakej ni dia kembali kontrak 2 tahun. Itu pun masa aku tukar pakej tu budak kaunter yg register kan tu pun tak pasti samada ada kontrak atau tak. Sudahnya ada jugak. Sungguh la aku tak paham. Sumpah. Dan aku terpaksa berdepan dengan terma dan syarat mengarut ni 2 tahun lagi. Nak marah pun dah tak boleh sbb kebodohan dan kesilapan aku sendiri. Ini lah yang orang kata penyesalan tiada gunanya.

Mmg aku ada rasa cam taknak je bayar. Biar lantak situ. Tapi kang dan dan la dtg surat LOD lawyer lah itu lah ini lah yg lagi buat remeh. Heyyy..!! mmg kalau fikir, mmg menyesal tak sudah lah aku tak terminate tu. Mmg menyesal... tapi.. nasik pun dah jadi bubur.... Keluar air mata darah pun, ini jugak aku kena hadap 2 tahun lagi. Takpe.. makan la duit tu walau aku tak guna pun..makan..makan.... sila kan..... nak cakap tak halal kang, satu hal kat akhirat huruf U kaler oren tu kejar aku lak..eihh..tak kuasa.. lantak la..tp harap cepat la "BERJAYA" Umobile ni....


p/s : Tu hari aku bising pasal Astro, ni plak UMobile. Sebenarnya ada satu lagi sykt.. tp aku tak boleh nak buat entry pasal tu. Tp tggu lah, bila semuanya settle, akan ada jugak entry tu kot.. haii.. pening.. peningg.... sbb tu aku pernah buat status 'menda paling menyakitkan hati adalah kita terpaksa terima bukan pilihan kita di sbb kan terikat dengan terma dan syarat syarikat'

7 comments:

aitotyati said...

salam kekda,

telekom pun sama. area Ai ddk ni area MMU and Utem tapi unifi tak sampai2 lagi. dah isi borang untuk unifi masa tahun 2011.

ptg smlm TM call offer untuk tukar pakej dari 2MBps (RM130) kepada 4MBps(RM140). nak taknak tukar je la dan kontrak tambah lagi setahun.

org bisnens ni mmg kpl otak cerdik btl ek.

astro pn sama kekda. klu unifi dh masuk mmg Ai nk sgt terminate astro tu. dapat jimat. nk terminate trs nanti siaran tv tak brp nk jelas pulak. huhuhu

Chekgu Azrine said...

Huhu..mcm cilaka je umobile nih...i pun terkjut baca vangang kot t n c dia..huhu

Lady Mira said...

mmg umobile ni benggong... pastu suka hati jer bar line orang without notification. menyampah betul

Z.U.E said...

ala... DIGI pun sama gak! bil tak sampai tapi sesuka hati nak terminate! pastu bila minta bil lama takde dalam sistem lagi katanya sebab bil tu dah lama.. mongok je rasa!

.:fyzz:. said...

sabaq ja la akak..U mobile yang hat prepaid tuh ada kan kak kan...
takpa kak.hbis ja kontrak nnti ..good bye la...kalau cam ni serbis mmg ramai la akan banned nnti..

Unknown said...

dh boleh dah banned kalau buat hal:)

Unknown said...

Digi pulak skrg memang btul2 celakak! Layanan pulak memang betul2 buruk!