Thursday, November 14, 2013

Coz I'm Not Born To Be A Teacher

Last week ke last 2 week ke salah sorang sahabat menulis status di FB yang katanya ada orang suggest gaji cikgu dibayar half je masa cuti sekolah sebulan nih.
(-_-")

Aku dah cam.. eh, kenapa? Tak pernah langsung aku terpikir camtu kot.
Mungkin la pada orang tu, yg cikgu ni seolah cam Cuti Bergaji Penuh kot masa cuti sekolah tu.
Kalau camtu, dah kita kerja dari jam 8pg hingga 5ptg ni, dan mereka (cikgu) kerja dari jam 7.00pagi lepas tu boleh balik (kalau takde kelas tambahan apa la) sebelum jam 5.00petang, pun tak sama juga dengan jumlah jam kita kerja kan. Kenapa tak suruh potong je gaji derang ikut jam cam kita kerja?


Secara jujur aku pun kadang terselit juga perasaan 'jeles' kat cikgu cikgi ni.
Masakan tidak. Kita yg kerja govt lain nih (aku compare dengan kerja kerajaan je dulu ye), KUP pun kena tggu 15 tahun. Hari tu la baru keluar Pekeliling KUP Time-based 13 tahun. Itu pun utk kump Pelaksana. Kump gred 40 ke atas, mmg tak dapek la den nolong. Tapi cikgu, tak kira gred apa pun, 10 tahun dapat KUP naik gred. Jadi, kawan2 aku yg gred 41, genap 10 tahun dapat gred 44 dah.. best betul! Lps tu ada pulak term 'Guru Cemerlang' yang dapat KUP dalam tempoh 5 tahun sahaja. (sumber : MOE). Betapa beruntung nya cikgu kan.
Itu tak kira insentif bagai2 lagi. Yang cikgu Maths, dapat insentif, cikgu BI dapat.. ni pun dengarnya nak naik lagi insentif.

Tapi, bila aku pikir2 balik... pikir2 balik... pikir2 balik...
Takpe la derang cepat naik pangkat pun.
Takpe la derang dapat insentif bagai bagai pun.
Sebab... I'm not born to be a teacher.

Ye lah. Aku rasa aku tak sanggup nak ulang satu perkara yang sama dari hari pertama bekerja smpai umur 60 tahun kot. Mula dari Januari hingga lah Disember. Tahun lepas dah buat menda tu. Tahun ni buat lagi. Sediakan rekod persediaan mengajar, nak tanda buku, nak buat test, exam bla bla bla. Tu tak kira nak gunting2 kertas, kad manila la apa la utk hias kelas, nak buat latihan sukan (panassss...mmg tak kuasa), nak mesyuarat PIBG lah, nak hari kantin lah dan segala mak neka lagi lah. Kalau sekolah menengah lagi pening. Nak control budak sekarang bukan senang wey... kalau perangai macam comel je..macam comel je tu tak pe lagi. Keluar yg perangai macam macam je..macam macam je..lagi pitam. Akhir tahun ni aku tgk rakan2 aku yang cikgu mengeluh nak key-in apa ke benda ntah secara online tapi system down. Betapa tensionnya kan. Alangkan kita yg nak buat LNPT/SKT guna sistem HRMIS tu pun kita dah malas.. ni kan plak menda yg remeh temeh ni. 


Takyah la suruh aku cuba mengajar ke apa. Sbb nak proof kan bahawa kerja derang ni tak susah. Haha. Takyah suruh. Aku pernah jadi. Memang la tak lama. Setahun je. Tp setahun tu sama je la apa yg cikgu lain buat. Sukan, bawa budak pergi pertandingan pantun, pancaragam, PIBG, mesyuarat panitia. 

Cukup la tu. Nak kata susah senang tu, terpulang pada kita. Sebenarnya minat dan 'born to be' tu kena ada. Aku rasa aku mmg bukan born to be utk jadi cikgu. Jadi, walau aku tak la rasa susah mengajar ni tapi aku rasa aku mmg tak boleh nak jadi cikgu. Aku rasa aku tak sesuai utk kerja yg aku kena hadap menda yg sama setiap tahun. Kalo 10 tahun? 20 tahun?. Nak tunggu pencen?. Pitam! Baik duk dalam pejabat ni weh. Takpe la kena maki ngan orang kata lembap nak naikkan pangkat orang ke apa. Asal seleso membeso kan badan. Kihkihkih (abis... duk melepap je dalam ekon, peluh langsung tak keluar).

Dah la. Biar lah derang bercuti dengan gaji penuh tu. Derang tu nak dapat cuti rehat pun susah. Cuti yang derang panggil Cuti Rehat Khas (CRK) tu pun ada 7 hari setahun. Pulak tu tak boleh di carry forward cam kita ni. Boleh bawa ke Gantian Cuti Rehat (GCR), tp kesian la kot..7 hari je. Cam kita ni boleh bawa ke GCR separuh dari peruntukan Cuti Rehat kita (yang mana2 rata Cuti Rehat adalah start 20-22 hari setahun). Siap boleh juga carry forward next year kalau tak abis cuti rehat tu. Aku pun dari start kerja hingga sekarang mmg simpan utk GCR dalam 10 hari setahun.

Berkenaan Cuti Rehat ni jugak, aku rasa kalau aku jadi cikgu, dalam delima aku nak bercuti sbb aku jenis orang yang tak suka bercuti dalam keadaan crowded nih. Kalau cuti sekolah, hotel crowded, tempat peranginan crowded, nak kena booking seawal mungkin, semua tpt jadi peak-season. Haih. Tak suka..tak suka.. Tapi aku ada je member cikgu, tau2 dah bercuti ke luar negara, waktu tak cuti sekolah. Eh. Senang plak. Mungkin G.Besar/Penyelia dia oke kot. Better la aku kerja sekarang ni. Nak cuti, boleh plan bukan peak-season. Rasa nak gi Cameron Highland ke, pergi je hari weekday. Seleso acik nak kutip stoberi ha.. tgk je kereta berjujut turun ari Ahad tu. Acik rilek je baru nak naik start bercuti. Ko dapat kalau ko cikgu?? Tak dapek la.. dan mungkin kalau jadi cikgu, ada rasa 'tak sampai hati' nak bercuti waktu sepatutnya kita mengajar kan. Responsibility mungkin. Kesian kang ada cikgu kena ganti kelas kita lak kan dan kita amboi..sedapnya bercuti.

Aku tidak menulis ni kerana ada conflict of interest sbb adik beradik aku semua cikgu. Yerp.. mmg dulu parents aku nak sgt aku jadi cikgu supaya kelima lima anak mereka dpt title 'cikgu'. Tpi aku tak rasa aku cenderung ke arah ke-cikgu-an tu. Dah course masa study pun sah sah takde harapan nak jadi cikgu. Ada la gak 2,3 kali amik exam KPLI yang bagai bagai tu (padahal soklan exam PTD lagi senang). Dan mmg aku tak harap sgt pun cikgu tu.. saja... dan akhirnya akur cikgu bukan lah kerjaya ku.

Jadi, bila dipikir pikir, tak perlu lah kita nak jeles menjeles ngan rezeki cikgu ni.
Dia, rezeki dia.
Kita, ada lah rezeki kita.
Bukan kah rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk?

p/s : Tahniah utk anak2 yg dpt keputusan cemerlang dalam UPSR. Anak buah acik dapat 3A 2B. Punah harapan acik nak bawak dia g USS (cea..sebenarnya makcik dia ni yg nak sgt pegi USS tu. Huhu. Tp still boleh consider kot. Tggu result PMR abang dia lak).

7 comments:

odah said...

salam

huhuhu sadisnya gaji separuh....
akak sblum ni silent reader je...tp arini rs nak terkomen almaklumlah kak ni cikgu huhuhu....
memang org akan kt cikgu ni akan stat cuti stat sok...tp haaa ada tp tu minggu depan kena gi sekolah...dlm masa cuti ni bila-bila masa akan dipanggil kursus bagai....tu nak siapkan segala keje online yg boleh sakit kepala...dan betul apa yg tuan rumah cerita tu...kadang tu rasa nak cari keje lain je
tambahan lagi melibatkan anak org yg perlu kita didik, ajar dan bimbing susahkan huhuhu....
kat tempat keje tuan umah ada keje kosong dak?

Hida Kadiso said...

dulu mase kecik2 ade cite2 gak nak jadi cikgu.. elok la tak jadi pon.. nnt mak bapak asek dok salahkan cikgu je plak kan..

CIK PUAN TIPAH said...

Suruh yang bagi cadangan tu kerja dulu sebagai cikgu...dan cuti sekolah dibayar gaji separuh bulan. Tgk dia boleh tahan ke tidak.

Kekadang orang bagi cadangan tanpa memikirkan masalah orang lain. Pada dia semua benda nampak mudah.

Chekgu Azrine said...

Ya betul!!!nk cemburu apala ngn kami..mmg xd apa yg terlebih pun..keje byk sgt lbh drp gaji yg dpt..seyes..

Bunga Lily said...

Salam...
Nak juga komen memandangkan sy cikgu ;)
Kdg2 tak paham ape yg best dengki ngan profession yg slalu di caci, di hina, di kutuk as cikgu ni...tak paham sampai skrg...
Tak dinafikan starting next week memang para cikgu da start cuti tumpang cuti pelajar...kalo di calculate waktu cuti kami yg agak panjang ni, ditolak dgn setiap sabtu setahun kami kena mengabdikan diri dgn pelbagai kursus, aktiviti skul, ladap dan sebagainye.sy rase fair la kami golongan cikgu dpt cuti tumpang cuti pelajar kan...ke tak patut??
Tiap sabtu kami slalu telan air liur tak boleh memandai rancang aktiviti keluarga sbb kena keje...mungkin ade give and take lebih baik dr semua nye nak cari salah2222 cikgu sampai gaji kami plak dipertikaikan...wallahua'lam :)

sweet tooth said...

Sapa yg bijak sgt bagi cadangan tu... Tanya kat i, i pun x sanggup nk jadik cikgu. Banyak betul cikgu punya kerja... Mcm ma lily cakap, weekend pon kena dtg skolah. Cikgu2 sekarang pada i overworked and underpaid. Patut increase lagi gaji cikgu so that dorang sesuai ngan keje ygbanyak. Otherwise, buat la sistem yg mana keje cikgu ngajar, and pentadbiran skolah or admin bior org lain buat. Baru cikgu bleh concentrate ngaja.... Just my 2 cents.

Masya said...

ermm x releven langsung yg buat status tu... sy isteri cikgu sy pun kene tempias tau.. huhuhuhu .. elaun² maths/BI tu kalau x silap thn dpn dah xde dah... huhuhuhu dimansuhkan..

sy pun ngaku.. sy x blh jd cikgu.. x sangka pulak dpt suami cikgu.. kikiki .. tp cikgu cuti sekolah x cuti yer.. harap maklum.. dia org pun skrg dah buat kerja mcm kerani tau.. sbb xde jawatan kerani yg cukup kat sekolah huhuhuhu (suami sylah tu).. kdg kesian sgt kat dia...