Friday, November 8, 2013

Bil Astro Naik : Kita Tiada Pilihan

Tu hari seme dah heboh bil astro naik harga.
Tapi takde kesempatan nak buat entry lagi.
Mmg pening kepala memikirkan nya. Sakit hati pun ada.
Sbb pikir kenapa la buat kita cam ni.

Ada yg feedback. Taknak bayar, boleh terminate/downgrade/ etc etc.

Ye lah sangat tu. Sangat sangat yer.
Macam kan tak tahu semua menda berkaitan dengan telekomunikasi ni ada kontrak. Dan rata rata 2 tahun kontraknya. Be it la bil talipon ke broadband ke apa ke. Semua nak buat syarat paksa-rela. Ye lah. Konon je macam pengguna ada pilihan. Tp cakap boleh la. Dah mmg kita nak perkhidmatan dia. So, kita have to. And have to guna smpai 2 tahun, walau belum cukup 2 tahun kita dah tak hendak perkhidmatan tu.

Aku geram bukan takat Astro, tapi Umobile jugak. Ye, aku akui dulu aku satisfied dgn service dia. Bband laju (kalo kat KL lah..tpt lain I dunno). Skrg dah hampeh. Langsung tak boleh connect pun ada. Jadi, aku nak downgrade kan lah pakej dia. Utk line phone aku d.grade dari 5GB ke 1GB sahaja. Nak buat apa pun kalau data plan aku guna hanya utk insta / w.app sahaja. Jadi, d.grade. Bila dah d.grade, itu pun nak kedarah duit orang. Pakej lama (5GB) tu aku attach 2 tahun. Settle dah pun 2 tahun tu. Dah d.grade ni, patutnya tak perlu la kontrak 2 tahun lagi sbb dah retain customer. Takkkk.. dia buat juga 2 tahun. Maksudnya, dengan plan baru ni pun nak taknak ko kena amik jugak 2 tahun. Kata lah ko nak terminate sblm 2 tahun, mampuih la ko bayar balik total baki bil 2 tahun tu. Senang kan nak cepat kaya dengan mencekik darah orang. Tu aku kata - paksa rela utk terima term n condition mereka nih.. Bila cakap pasal ni aku rasa hangin je. Aku tak kesah pun nak d.grade sbb aku ada pakai satu lagi nombor. Tp bila dah jadi camni, aku rasa aku dah buat keputusan bodoh. Suppose aku terminate je. Ni satu hal nak tggu smpai 2015. Hiiii.... mmg rasa geram jeeee... 

Lps tu Astro pulak buat hal cemni. Orang kata, kita ada pilihan. Terminate, atau amik pakej lain.
Hoi! tak tahu ke Astro ni pun ada kontrak 2 tahun.
Haaaa... aku pasang masa rumah baru. Dan maksudnya kurang lebih setahun lah guna. Ada setahun lagi. Jadi, sila bagitahu celah mana aku buleh terminate?
kredit : Astro

Dengan antara alasan utk tambahan channel, dan boleh tgk 64 siaran langsung FIFA 2014 next year aku mmg rasa tak buleh nak terima. Tapi apa daya kita? Ada daya? Takde kan. So, telan... mamah je lah.. naik harga.. naik lah....



kredit : Astro

Orang kata lagi - dah kau tak mampu nak bayar, amik pakej sport buat pe?

Ooo.. gitu.. bukan masalah mampu tak mampu oi. Dah masa tu pun kononnya superpack tu dah cukup murah.. kalau tak amik sport pakej pun, pakej lain tu lebih kurang harganya, jadi diberi pilihan ambik je termasuk pakej sukan (masa ni pakej termasuk PVR).

Masalah nya sekarang, naik harga dekat nak RM10 dengan notis 1bulan (ala.. even takde notis pun, org yg masih ada kontrak cam aku ni, ada kuasa ke kata taknak bayar?). Suppose, kalau pengguna dah sign kontrak utk beberapa tahun, dah tak buleh simply2 naikkan harga. Tapi nak buat cemna, kat TnC mmg akan ada terma yg mengatakan harga mmg boleh naik. Takyah baca pun tahu. Patut tak buleh nak ada term camtu, tapi siapa kita nak kata tak boleh - konsep dia 'take it or leave it' kan. Ko taknak accept terma tu, kau berambus carik sykt lain..atau kau pakai lah arial tulang ikan tu. Yang kadang2 gmbr pun jadi bintik2 atau pun gambar yang senget2 muka orang berlakon ter tarik2 ke tepi.

Patutnya utk orang yg masih ada kontrak ni, bagi lah habiskan kontrak tu dulu. Sbb ni dah macam terpaksa. Nak terminate dah tak boleh. Katakan org tu amik pakej super pack pada Sept 2012. Maka, tak perlu lah kau tambahkan channel lain dalam pakej dia. Biarlah dia habiskan kontrak selama 2 tahun tu dengan harga yg dia install pada Sept 2012. Tak boleh ke gitu? Mmg la tak boleh kan. Kang cemna nak bayar gaji pekerja, duit setelit, duit nak beli rancangan, duit tambah channel, duit itu duit ini.... 

64 siaran langsung utk FIFA.. aku rasa 10 pun tak tentu laki aku tgk.
Skrg ni pun aku 'paksa' dia tgk sport tu sbb aku tahu, yg mahal mmg channel sport tu.
Rasa nak terminate je sport tu.. tggu lah habis kontrak nati (see.. kita mmg nak terminate tp kita takde pilihan. Sedih btul. Tapi mereka paksa pulak kita bayar sampai abis kontrak. Lantak kau lah situ ko menonton ke tidak.. itu kau punya pasal)

Jadi, utk Astro ni, apa daya kita? Akur je lah naik 8ringgit. Apa lagi nak buat? Nak doa solat hajat agar tak dinaikkan? Harapan laaa..... harapannn... tggu je la bila ujung bulan nih.  

Phewww... 8 ringgit yer.. bkn 8sen.. besar nilai tu.. takpe lah.. ada 1 year lagi, pasni kita review balik pakej apa nak. 

(keratan akhbar 6 Disember 2012 : Astro Untung 3.1 bilion)

10 comments:

BaTiK_PiNk said...

Patutlah kawan pejabat Yani dok bising kat FB, bil dia naik dekat2 RM8...ni kisahnye....Yani tak check lagi bil Astro rumah Yani, KekDa....ambil basic pakej bayar RM40.25 tu....nanti semak balik, ade naik ke tidak....

Unknown said...

ritu dpt surat, ingat bil... upenyer astro bgtau bil naik, pehtu suruh tambah pakej... grrrrr
disebabkan kat umah tu kalu x guna astro x dpt tgok tv... so, redha je lah...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

begitula..business jenis nk mencekik drh org.huhu.alhamdulillah sy xguna astro.memg jeles tgk org byk channel.org pakai piring terbang,kita pakai lagi ariel rm18.dulu nk jgk amik, tp fikir takut x tertengok sb masa byk kt opis (sy memg kedekut sikit T_T , so cancel beli.ada hikmah disebaliknya. =)

Han Hanni said...

cik hani tak pakai astro.balik kerja dah malam tgk tv kejap dah tido. tv cik hani guna unifi line,means guna Unifi HyppTV je.

Tapi adik2 cik hani yang pakai astro pun bising bil mahal

Chekgu Azrine said...

Semua benda nk naik..
Malas nk pikir kan wak..
Sebab xmemasal naik je darah sbb geram..

Anonymous said...

Astro ni blh berlagak sbb Msia xde pilihan..xde kampeni pesaing..tu pasai dia xheran nk nek sukati sb tau korang2 tetappp amik pakej dia..

.:fyzz:. said...

msti ramai gelakkan fyzz sbb takdak ASTRO kt umah..percaya atau tidak...dan ada kwn blog merangkap rakan se unibersiti dulu gelakkan fyzz..katanya indon datg Malaysia pun ada astro.......huhuhu..ya fyzz akui..tapi relevannya..bila fyzz nk menonton.....kuar umah 7pagi..smpai umah dh 6 petang lebih..balik umah urus hal anak2..mengaji Alquran anak..prepare masak2 utk somi n anak2..pahtuh iron bju dn lain2 lagi..tup2 mengantuk..ni dnngq nek harga lagi.humai ...

~ain said...

bukan dinaikkan ah, kak.. dalam surat dia tulis... diubah.. diubah..

kitorang amik pakej basic dengan lawak2 tu... diubah RM2..

redho ajelah..

ChentaHati said...

sgt betul. masa dpt surat cinta astro... mak aihhhhhhhhhh berasap rasanya.

terus call depa. ckp nak re-schedule channel. depa pujuk2 suh stay superpack sb sports nxt year ada FIFA. bagi saya FIFA MIFA segala... laki saya pun x minat sukan. jd channel sports tu bayar sesajeeeeeeee.

bila dh re-schedule channel tu... total bulan2 rm129. kalau tak rm141. jimat lah jugak, kan.

alasannya FIFA... yang FIFA tu bukan 2 3 tahun pun. setakat 2 3 bulan je. tp that fee kekal smpi satu masa yg akan naik lagi.

jd buang sports... selesai masalah. kita maintain apa yg nak je. apa yg mmg kita layan.

eh, pjg pulak. mcm buat n3 kat sini. *peace*

Masya said...

ermm ssh kalau dah terikat dgn syarat ni... bil astro kat rumah tu nak potong sukan pun x blh mmg hubby tgk sukan.. janji dia byr walaupun bil nama sy kikikikiki