Thursday, November 14, 2013

Bersederhana Dalam Makan Dan Minum

Rasa macam dah pernah taruk kat blog.
Ke kat instagram.
Entah la.
Tapi ni ada kaitan dgn entry diet smlm. Aku tak masukkan cerita pasal senaman sbb itu cerita pasal jenis2 diet yang ada.

Selain dari jaga makan, senaman pun pun di lupa jangan.
Tapi.. sebenar yang penting pemakanan lah yang paling kena jaga.
Kalau asik bersenammmmm je... tapi makan macam nak giler pun tak boleh jugak.
Pendek kata bersederhana lah.
Bersenam bersederhana.
Makan bersederhana. 


Sebiji burger, nak bakar balik kalori tu 2 jam 10 minit.
Sanggup nak berlari 2 jam?
Aku tak... sbb aku tahu aku tak berdisplin.

Jadi, aku pilih jaga pemakanan. Dan healthy life style. 
Tapi tidak la aku rigid sgt jaga pemakanan. Sbb tu aku suka cara pemakanan Kevin Zahri tu. Simple je. Betul lah dia mmg rajin bersenam. Tp kita pun, takkan mentekedarah je kan, mesti ada secara tak langsung kita exercise. Exercise ni tak semestinya kau wajib joging 10km sehari, atau pergi gym pagi petang siang malam (ofis aku ni ada je gym, tp sekali pun aku tak pernah pergi - malas! Haha). Yang penting seimbang dan sederhana.

Tak sempat (atau malas) nak joging, aku just turun naik tangga (rumah tgkt 4). Turun tangga mmg dah jadi kewajipan kami suami isteri setiap pagi setiap kali nak pergi kerja. No more lif (alasan sebenarnya - malas nak tunggu lif pepagi tu). Kalau kerja cikgu tu lagi untung. Kalau sekolah takat 2,3 tingkat tu mana ada lif, jadi nak taknak kita akan ada turun naik tangga. Exercise juga tu.

Atau kengkadang boleh jugak swimming (tak la swimming sangat sebenarnya, aku mana reti berenang - berjalan dalam air ja. Haha. Dalam 45-1 hour. Bersyukur tang ni sbb ada kemudahan swimming pool).
Selain dari tu.. exercise kat pasar tani atau pasar malam atau parking jauh bila pergi pasar.. pun dikira keluar peluh. Dan ada jugak org lain yg amalkan menari. Zumba la apa la. Boleh la. Asal jgn mendera diri sudehh.. Kalau aku yang pemalas ni mmg simple ja. Takde nak rigid2 ni. Orang lain aku tak tau.. itu hal orang lah.

Sebenarnya asas nya mudah - bersederhana.. Dalam semua hal kita kena bersederhana termasuk makan dan minum ni. Memang dah ada pun dalam Al-Quran.


Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Kredit : PMO

So, bersederhana lah kita dalam setiap hal. Dan kembali ke ajaran Islam. Insyaallah.. semuanya oke.. 
Ayuh...! healthy lifestyle!!

*berat terkini : 45 - 46kg (aku nak maintain ni dan tak mahu terlepas smpai 48kg - ngeri! Ngeri la dengan ketinggian yg 4 kaki 11 inci nih. Korang lain la.. seme ketinggian model. Huhu)

2 comments:

.:fyzz:. said...

akak nih kecik molek..jelez fyzz..ya benar..kta patt sederhana kan akak bab2 makan nih.fyzz nih nk katakanmakan byk tak gak..tp style yoyo style..bdan cept naik n turun..nih dok insap bdn dh cam ;kingkong nih..hahah..

su said...

huh, camne ni ..sue asyik mngidam je burger kat simpang bas berhenti kat kaw umah tu.. ikutkan setiap minggu nak beli... abislaaa