Saturday, November 28, 2009

~Aku dan Nur Kasih~

Semalam [Dibaca : Hari Raya Aidiladha 2009. Owh..aku tk ucapkan selamat hari raya aidiladha secara official di blog plak yer (eh! ada citer bongok tau, aku ter wish selamat hari raya aidilfitri kat facebook kak rose, abih kengkawan dia gelak kat aku. Seriyes, aku tk pasan aku tulis 'aidilfitri'. Ah! tetau je lah aku, kengkadang kan sengal. Huhu)
So..aku ucapkan selamat hari raya aidiladha (cuba tgk sekali lagi..kang silap aidil lagi kang..okeh..betul) utk semua kengkawan yg membaca atau ter baca blog ini ato mungkin goggle blog2 org yg tulis pasal nur kasih ter baca plak intro aku entah hapa2 ni. Thn ni aku tk wat korban, mungkin thn dpn sbb ada plan bersama family utk berkongsi seekor lembu itu seramai 7 org. Thn bila yer, kami da buat. Sedang elok2 shj sbb kami 5 beradik, plus mak n ayah (masa tu ayah ada lagik). Ups..sudah. Ini akan diceritakan di lain entry lah. Kata nak cerita pasal "aku dan nurkasih"]

Ok, semlm aku beraya di PJ dulu, then laju2 balik ke kg sbb aku kata ke my dear mao smpai kg sblm kul 9. Nak tgk nur kasih last episod. My dear pun nak tgk jugak [wah...kedengaran spti kami suami isteri peminat mati keras cerita ini yer]. Haha. Teruskan pembacaan anda. Jadi kami smpai setgh jam sblm Nur Kasih bermula.

Kata dlm sokkaba smlm, dijangka 5 juta penonton akan menonton episod akhir ini. Dan ketika buletin utama pun, si pembaca berita pun buat gimik masa nak last tu "adakah nur menerima cinta aidil atau bertemu dgn cinta sejatinya" Wah...classs.

Okeh. Pertama2nya entry ini adalah ttg review peribadi aku ttg cerita ini. No offence pada peminat dia atau pelakon,pengarah dan suma2 krew dia lah [wahh...mcm la derang2 tu bc blog aku ni. giler ke hapa]. Kalo korang tak setuju pendapat aku, itu hal korang. Negara demokrasi k.

Cerita arahan Khabir Bhatia ini mmg mencetuskan fenomena la. Sana sini org bercerita ttg Nur Kasih. Secara ringkasnya drama ini mengisahkan percintaan sejati Nur. Tp endingnya pulak napak bukan cerita pasal percintaan sejati itu. Ending dia mcm impian seorg ayah yg nak anak dia menjadi "manusia" telah tercapai.

Citer ni start bln Mei eh? Tolong btulkan jika aku salah. Aku sebenarnya tidak mengikuti cerita ini dari mula [aku terdgr2 mcm ada suara kata "eleh..da tgk dr awal, mao komen2"] Tkpe la..ini komen je, kalo aku tk tgk dr awal, mungkin komen/pandangan ini tak menyeluruh kan.

Jadi, retu aku rs awal2 lagi aku nak wat review pasal citer ni. Tp tu la..sbb aku tk tgk. Tup2 sudah ada ulangannya. Tnpa iklan selama setgh jam di tv3. Wah. Peluang ini. So, suda byk scene aku leh review. Then dlm sebln ni aku tgk gak citer tu ms tygn ari Jumaat mlm n aku tgk final episode smlm.Semata2 utk di review [haha...musyuk punya olang..org berebut2 nak tgk sbb minat aku sbb nak wat review] Itu la sbbnya aku nak tgk sgt final smlm. Aku tak kesah pun kalo tk dpt tgk, tggu je la citer ulangan dia tu. Tp kang..basi la review aku.

Aku rs mcm aku sorang je tk tgk citer ni. Tp smlm masa aku catatkan [cewah..catat tu] status kat facebook kata aku tgk nur kasih akhir, kak lyn kata dia tk tgk. Bagus. Ada gak responden aku tk tgk. Maknanya bukan suma org [suka] tgk drama ini.

Aku tgk citer ni kdg2 je. Kdg tu tgk citer tv2, ria, prima, alih2 la ke tv3. Nak kata aku tgk tanpa berkedip2 tu idak la. [Tp citer Sumpah Bunian aku layan la secara tanpa kedip2. Haha. ]

Aku kan bkn takmo tgk. Tp citer ni awal2 aku tgk da citer nangis,nangis,nangis. Aku tak suka okeh citer pompuan [heroin] yg slalu sgt bermain dgn emosi lepas tu nangis. Aku definisi kan perempuan spti ini lembik [okeh...no offence..sbb aku mcm terdengar suara berkata "wahh..sesuka kata perempuan suka nangis tu lembik..itu namanya tulus"ok..wateva].

Aku penah tgk part yg Nur kawen dgn Adam [ha..yg ni aku tgk 3 kali tau. Sekali ms yg tygn ari Jumaat, pehtu masa sahur,then ms dia ulang semula kat tv3 skang ni]. Lepas tgk yg ni ler aku tkde keinginan nak tgk utk minggu2 seterusnya sbb satu perkara je "aku tk suka perempuan yg terpaksa menyembunyikan perasaannya" [aku nak tulis hipokrit, tp aku takut kang aku terdengar lagi suara2 ghaib yg mengatakan aku ni truk sgt smpai melabelkan Nur yg derang sanjung2 tu hipokrit]. Yelah. Ko da cinta kat Adam tu lps tu ms Adam tu marah2 kata kenapa ko terima lamaran tu, ko leh diam je. Padahal ko mmg cinta kat dia [sbb ada flashback dia masa sekolah mmg sukakan Adam]. Napa ko tk ckp je ms mlm pengantin tu yg ko mmg cintakan dia. Ini asik nangis2, nangis2, nangis. Ok. Stop. Aku malas nak tgk dan mmg lps2 tu Nur Kasih bkn pilihan Jumaat mlm ku.

Lepas tu ada ramai la kengkawan kat facebook anta request suh buat kuiz: watak apakah anda di dalam Nur Kasih. Haha. Tk buleh blah ni. Maaf le kengkawan. Aku ignore je. Sbb nya aku tk tgk. Yg pasti kalo aku buat kuiz tu, tak mungkin aku jd Nur. Tentah dpt Sarah yg pakai tudung awning kemek2 tu [till now i wondering napa takde satu butik tudung pun nak sponsor derang, walhal citer ni kengkonon ramai giler peminat] atau Katrina [haha. Nak minah saleh je] Ato Mak kpd Adam n Aidil. Hahaaaaa..

Amaran : Pjg lagi ni review ni..kalo rs malas nak bc review aku yg ntah hapa2 ni..lebih baik trus katup je blog ni. Ni merepek je lebih ni. Huhu

Dan tiap kali aku tgk citer ni pasti ada Nur nangis. Nangis. Nangis. Ha..tk bley blah. Rela tu menyembunyikan perasaan selama 4 thn. Rela ditinggalkan tanpa apa2 berita smpai 4 thn. Da nak anta emel dah kat Adam ni. Buleh plak tak jd. [oh! ini mmg ku anggap takut menghadapi cabaran. Ha. Aku terdgr lagik suara2 ghaib..tp aku mls nak tulis sini suara ghaib tu kata apa..lantak la..review aku kan].

Juga ms Katrina da balik kg Adam tu kan. Yg masa Adam da masuk bilik tidur ngan Nur, Nur suruh Adam tido ngan Katrina. Ok, fine la kalo ko mmg strong dan tegas nak suh dia tido ngan Katrina. Tp bila Adam kuar, air mata ko berdedai2 nangis. Apahal. Td beria suh tido ngan org tu, pehtu ko menangis..iskk..tk ikhlas ke hipokrit. [kali ni takde suara ghaib, cuma tingat my dear kata kat aku "itu la isteri yg solehah" Owh! ok..] Adam pun tak tido ngan Katrina masa tu. Sudahnya dia tido luar. Ha...

Skang siri ulangan tu da smpai part Aidil jd master mind menyembunyikan kisah perkahwinan Adam n Katrina. Hello....[apa hello2..ingat bercakap talipon ke apa] Aidil tu kan peguam syarie. Kenapa dia menidakkan hak Katrina sbg isteri sah Adam. Kenapa sembunyikan Katrina tu suh duk dlm bilik hotel smpai ter pengsan2 org tu. [huh! kalo aku jd Katrina mao aku ikut gi balik umah..tk kira..apa hal ko nak suh aku duk sorang2 dlm tu..udah la ko ajak aku balik Mesia pehtu buat camtu] Paling aku takjub adalah ketika Aidil bawak keta laju2 dan pap! dia tahan teksi yg bwk Adam n Katrina. Wahh..tau aje ko teksi tu bwk adik ko kan [oh! suara2 ghaib mengatakan yg kg tu jarang teksi masuk..kalo masuk tu kompem bwk org luar. Okeh fine,ko boleh thn teksi yg masuk, tp buat la teksi dr airport. Kira mcm ko mmg kenal la teksi tu dr airport..ini teksi kg biasa je..takjub..takjub]

Oh! aku tau..kalo Aidil reveal suma tu takde la citer tu habis mlm td kan. Mao bln 6 retu da abis. Atau pun jd citer cekerama je. Haha.

Aku tgk citer ni mmg memcm review aku smpai my dear kata "awak ni kan..tak renti2 meng komen" Haha.

Smlm ending dia mcm biasa2 je. Kalo aku jd salah seorg peminat mati keras ni aku rs mcm tak puas ati walo hepi ending. Bak kata kawan kpd kawan aku kat facebook tu- tak dramatik. Yeah..biasa je..pertemuan Adam n Nur dalam ketapi [ke bas tah]. Dan diakhiri dgn pertemuan Adam n Aidil bersama ayah mereka kat lombong mana tah. Disimbolikkan dgn kaki Adam yg tersangkut dlm pasir tp dpt diangkat. Gamaknya membawa makna Adam pun dah seperjalanan dgn abg dia yg baik tu la. Dah..habis. Ada ke. Haha. Tp tak kesah la. Citer indonesia bawang2 tu pun ending dia korang kata tak puas ati gak kan [aku tk tgk citer bawang2 ni..kuasa ah]

Lepas tu penangan dia pun kuat. Contoh mcm tiz zaqyah yg ttiba gmbr dia kuar pakai seksi2 tu. Kecoh la suma org kata dia tak seswai la bawak watak Nur tu apa la.
Seorang akak berkata : "akak dulu suka tgk Nur Kasih ni, tp sejak ada citer Nur ni pakai seksi, akak jd tak minat"
Sudah..gitu plak. Ko nak tgk pasal pelakon ke pasal citer. Ini 2 menda berbeza. Derang tu berlakon okeh..berlakon. Takkan ko nak dia berlakon watak tulus mulus, menangis meratap camtu ko anggap dia pun kat luar camtu. Kalo aku takde hal lah. Nama pun berlakon kan. Tk semestinya dia bertudung litup, berwatak tulus camtu kat luar pun dia camtu. Dey..yapadaa

Tp citer ni dia nyer pemandangan mmg cantik la. Derang panggil apa ye kalo bab2 pemandangan ni. Sinematografi ke apa ke tah. Angle dia amik tu mmg lawa je. Contoh mcm kat sawah padi tu. Rasa mcm sejuk, berangin je kalo duk situ.

Jadi..aku akan terus menonton citer ulangan dia ni jika ada kesempatan. Kut2 la kan aku nak review lagi. Tp takde dah kut. Takut aku. Sbb masa aku menulis aku terdengar2 suara ghaib dari peminat2 tegar citer ni. Kat opis tu pun adik2 SPS tu cukup sker dgn citer ni. Nati derang kondem aku secara berjemaah kang abis aku. Haha. Tp..."do I concern?"

Ok lah korang..makan laksa lagi best.

Pnstoberi : Semoga Nur mendapat Nur.

3 comments:

cikCha said...

weyy aku pon bkan kipas susah mati (die hard fan) cite nur ni...gara2 OS aritu sebilik ngn jiha aku jd ter tgk dan maka nyer last episod dia mlm td pon sanggup ku tgk...sanggup ku pujuk abg aku supaya balik rembau esok pagi nyer...hohoho

komen? ntah...sbb aku x follow sgt kan...tp bak kata ko ending dia x dramatik sgt la...hohoho

Anonymous said...

aku since dah terbaca sinopsis dia sampai abih, terus tak tgk dah..lagipun sama aa ngan komen ko ttg bab nages tu! hoh! harus nagesss je ke utk gambarkan betapa mulia n redha nyer wanita terhadap life dia? tak kose aku nk tgk wanita2 lembik ni..berseraaaah je tak abih2..

tapi jgn tak caya...LAKI aku yg gigih tgk dari mula episod sampai abih! peh tu sibuk nk sinopsis kat aku balik...hehehehe~

puanstoberi said...

SHAH : makanya ko sorang lagi dlm kategori responden yg tk mem follow citer ini.

CHE SUE : ha..kan..seb bek ada yg sekomen ngan haku bab nanges tu. Tp laki aku pun cam tak kesah bab2 nangis tu. Aku rs kan lelaki sker kut kalo pompuan sker2 nanges nih, napak la derang lagi gagah perkasa dan menang. Huhu.