Showing posts with label karaoke. Show all posts
Showing posts with label karaoke. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Edisi Men-sumbang Suara : Sesi Pertama 2013

Hohohoii.. lama kot dah tak pegi melalak kat kotak merah.
Salu plan tak jadi. Plan tak jadi. Plan tak jadi.
Dah. Tak yah plan.
Terus jadi. Hahahaii...

Rasanya last year sekali je kot g kotak merah.
Tahun ni entah la.
Tpi skali ni pun agak puas ati gak la.
Cuma, lupa nak wat list lagu. Hohohoii.. ini semua poyo...! Nak berlist lagu bagai kan.


Cea.. nyanyi lagu Set Fire To The Rain (Adele).. konon nak jadi cam Shila Amzah kat Asean Wave la. Hohohoii.. poyo! Ini semua poyo! Nak nyanyi lagu Patah Seribu takde plak. Sudahnya aku pulun nyanyi lagu Kosong - 2x. Apakah?? Miahahaha.

Dpt bilik paling luas kat situ. Stock yg org booking wat bufday ke apa tu lah. Besau giler. Tgk Harlinda a.k.a Dee (geng karoke yg berkenalan hanya dari porem mesra dot net. In fact aku mmg ada ramai kawan2 dari porem tu. Nati bebila nak citer plak pasal ni. Huhu). Dia duk hujung sana, aku duk hujung sini. Lama tak pegi. Last time pegi mmg dia pakai touch screen tv. Tp kali ni tgk dah teratur sket la dgn list2 yg ada.

Oke what sesekali camni. Release tension per. Suara tak sedap takpe. Itu blkg kira. Lagipun mmg la buleh berlibur2.. takde anak katanya khenn?? Dan myDH pun tak kesah. Dia yg siap anto oke. Eh.. bukan aku paksa tau.. aku nak g naik STAR je. Dah dkt kan skang ni ngan STAR, dulu PUTRA.. tp dia tak kesah nak anto. Cuma balik mmg aku suh amik la sbb aku beli barang besar kat Sogo tu. Ala-ala comforter (matress cover lah) Jenuh nak usung. Hohohoii..

Dan terjumpa cadar ini.

Hoi! Mana buleh tak beli. Wajibbb beli... bkn senang nak jumpa. Lantak la walo byk btul dah cadar aku beli lately nih. Ini pun amik yg king size sbb kalo fitted ni mmg tak buleh yg queen walo katil ku itu saiz queen. Nati jadi baju singkat. Itu je masalah dia. Kalo tak masalah, mmg lagi byk la kot aku sambar. Hohohoii...

Wednesday, January 25, 2012

Perihal Jalan-Jalan Wif Gurlfren

Tarikh kejadian : 24 Februari. Januari *thanks Yunnie, btulkan.. gilos da akak ekau nih, sbb duk tgk kalendar nak plan cuti cuti cinta lagi. hahaha.
Tempat kejadian : Sekitar Jalan TAR
Org terlibat di kejadian : Hana, Dee n yours truly. :)

Sekian lama tak jumpa gefren kesayangan.
Hana lah esp nyer. Ada dkt 3 thn gak la. Last jumpa beliau time beliau baru bersalin anak pertamanya. Skang anak dia pun dah nak masuk 3 thn. Maka sepanjang itu gak la kami tak penah jumpa. Dia pun dah ada anak kedua yg berumo 3 bln. 

Ni ala2 reunion kami 'geng lunch' lah nih. Eh. Geng Lunch tu bkn lah bermaksud kami ni dulu keja satu opis dan sker lunch skali. No. No. No. Kami kenal kat forum mesra dot net. Lps tu bukak topik 'tpt lunch' kat forum tu. Lps tu jd tpt "OT" - out of topic kami lak. Haha. Sembang tak tentu hala. Seb bek tak kena ngan lock ngan moderator. Berani nak lock. Ai pun moderator. Hahahahahah.... gile kose! :P

Suppose ada sorang lagi yg join yakni kak Julie, tp beliau tak jadi sbb anak beliau tak sihat. 

Dulu kami salu je kuar sama-sama. Malah bercuti bersama pun ada. Ke Penang, ke Cameron, malah ke Indonesia pun ngan meke juga. Dan setelah lebih 7 tahun, persahabatan yg bermula di alam maya-alam forum masih berkembang mekar. Eceh! Poyo ngat neehhh...! Hahaha. Tp tak la salu jumpa. Kiterang 'jumpa' dalam alam maya jer. Sembang thru emel. Skang no more la forum tu. Entah ada ke idak lagi mesra dot net tu.

So,kiterang plan karoke dulu. Sbb dulu itu lah xtvt utama kami. Ke tpt biasa kami lah iaitu Kotak Merah. Ah. Aku nyampah kotak merah ini skang. Udah la lambat hantar makanan, tersilap plak tu. Mintak ikan dibaginya ayam. Lps tu elok pukul 1 trus dia potong lagu aku tgh nyanyi. Main kasar napak. Dulu bleh je ko bagi lagu tu smpai abis. Tssk. Oke, carik port karoke lain pasni. FaceKara kat Viva ni pun cam bes gak - FaceKara

Lps tu gerak ke jalan TAR sbb Hana kata nak gi Ariani.
Tp termasuk kedai2 kain. Maka, Hana beli. Me? Pemandu pelancong je. Hihi. Alah... dia jarang turun KL, me sepelaung je kan. Maka, ai tolong tawar menawar ja. Amik ko. 5 pasang terus dia beli. Hihi. Dgn Dee skali terpengaruh. Huhu. Derang beli kain buat baju pasang yg dot dot tu. Yg kainnya corak jalur tu. Oh. Aku je takde lagi baju tu. Igt nak beli yg dah siap ja. Bercinta nak anta kain kat tailor. Baju beli kat Bandung last 2 year pun baru hantar kat tailor bln lepas. Haha. Yepss... beli bln 8 tahun 2010 tu. Time gi Bandung tu. Baru hegeh2 nak hantar. Sbb aku hanya sker satu tailor je iaitu tailor kat Kuala Kangsar. Giler kan. Aku da terai berapa kedai kat MARA tu, baik yg macam ada kedai mahupun yg kat tgh2 ramai2 tu, tak bleh in. Kedai nyonya Kuala tu gak la pilihan aku walo mak aku marah2 sbb dia kata mahal. Mmg mahal pun. Sama rega KL je dia amik. Tp can't resist lah. Sedap. Dan dia buat cantik.

Dari situ ke Ariani. Kata ada sales, tp tak murah pun. Maka Hana tak jadi beli. 
Lps tu kembali ke Sogo sbb keta ada kat situ. Lepak SR situ. Wah. Cam masa remaja2 plak kan. Huhu. Makan2, sembang2 kejap. Dah dkt kul 4pm. Derang pun nak gerak lah. Lagipun Hana tgglkan anak2 dia ngan hubby dia. Harus la kena balik cepat kan. 
Choc indulgance ngan sheperd pie je.
Sbb kenyang makan nasik masa karoke tu.
Haha. Saja kecikkan gmbr sbb muka
aku sebeso pinggan kat SR tu.
Hahaha.
So, begitu. Seronok tau sekali sekala jumpa camni. Yelah, memasing pun da ada komitmen kan. Dgn Dee  mmg salu jumpa sbb opis kiterang dkt. Kadang lunch together. Tp bes lah. Sapa kata kenalan di internet di takde pekdah??? Skang aku da ada geng TTC plak yg kenal dari internet. 

Apa pun, mereka adalah sahabat terbaik saya.

Sunday, October 16, 2011

Kotak Merah Dah Lain!

Lama dah kot tak ke Kotak Merah.
Before puasa la kut. Bln 7 ke 6 tah. Lupa.
Tp masa tu amik lunch, salu dpt 2 jam je, tp jadi 3 jam.

Kali ni igt nak redeem Mydeal voucher retu.
Tp disebabkan rega voucher lagi mahal dari pakej sebenar kat situ,
Maka staff situ (maybe manager la kut), kata better takyah tukar lagi.
Tak berbaloi utk Happy Hour. Hanya berbaloi utk Normal Hour atau Nightingale. Tp utk Nightingale tu mmg tidak la kan. Itu utk kul 12am till late. Aje giler ko. Igt sket da berlaki yer. (sbb aku bkn ber karoke wif my dear, dia mmg pangkah la karoke nih. Aku gi sobat aku sorang tu - Dee Harlinda)

So, tak redeem voucher. Bayau cash je lah. RM18++ utk happy hour - 3 jam.
Kalo dulu ada tidbits skali, skang udah tiada.
Yg ada ayo ajer.
Jadi kalo rasa tak makan lagi, eluk la lunch dulu, kalo tak mmg lapau giler la. Mujo aku da balun sikmak bekpas pagi tu.
Tidbit ada, tp kena beli. Dia jual kat luar tu.

Nak berbaloi sket amik K Lunch la. Kami mmg biasa amik K Lunch nih. Nyanyi smbil makan nasik. Haha. Tp smlm igt sbb nak redeem voucher - menda tu tak bleh redeem time lunch - sbb tu amik happy hour. Lenkali mmg gi K Lunch lah.

Tp nyer skang ni dia takde remote utk pilih lagu.
Dah canggih nau plak.
Pilih lagu secara touch screen kat tibi je.
Maknanya ada 2 tibi sebelah menyebelah.

Sbb tak biasa ngan mendalah ni lagi, dia cam jadi lambat nak pilih2 lagu.
Tp enjoy gak la 3 jam melalak.
Segala lagu amik.
Dari lagu Who Says tu sampai Maher Zain ke Wali Band dan Gadis dan Bunga pun nyanyi jugak. Lagu wajib cam Faradhiya tu tentu lah. Itu je lagu yg bleh membuatkan aku puas hati. Dan release tension juga. 
Dee ngan lagu Hetty Koes Endang nyer, tu yg napakBroadcast Now - Sejakku Bertemu Padamu tu Dee  nyer lagu la.

Tkpe. Bln doblas sok pegi lagi. Amik Normal Hour. Tu baru berbaloi sbb RM32++ satu session.
Tp sapa beli deal ni better gi tpt lain selain Kotak Merah Sogo ni kut. Sbb kata staff tu, tpt lain mahai sket. Aku pun cam owh.... mana  ku tahu..igt seme sama je rega.

Oke. Puas hati!

Sunday, July 3, 2011

~Pasal Hari Karaoke~

Hari ni kami gi karaoke.
Cam biasa, gi ngan kawan se karaoke kami lah.
Cik Dee.
Kami pegi yg kul 1 nyer kali ni.
Theme karoke kali ni - lagu oldies ngan lagu2 zaman belajar.
Hihi.
Dee terkejut  nengok kami pilih lagu What A Wonderful World.

I see trees of green, red roses too
I see them bloom for me and you
And I think to myself what a wonderful world.


I see skies of blue and clouds of white
The bright blessed day, the dark sacred night
And I think to myself what a wonderful world.


The colors of the rainbow so pretty in the sky
Are also on the faces of people going by
I see friends shaking hands saying how do you do
They're really saying I love you.


I hear babies crying, I watch them grow
They'll learn much more than I'll never know
And I think to myself what a wonderful world
Yes I think to myself what a wonderful world.
 Kredit : here

Lps tu amik lagu yg mengimbas zaman2 blaja kat UiTM dan sdg hangat berchinta dgn kekasih hati (ketika itu).
Lagu Westlife lah, Truly Madly Deeply lah. Hihi.
Bes. Bes.

Gambaq kami tak tangkap pun. Ala, cam sama gak la gmbr2 dgn karoke lepaih2 tu.
Dan paling bes kami teringat nak nyanyi lagu ni.
Lagu ni masa kami baru masuk degree.



p/s : Kami disini adalah ganti nama bagi 'aku'. Saja gatai nak ckp mcm org utara duk cakap, kami kami. Hihi.

Wednesday, May 4, 2011

~Percutian Hari Buruh : Karoke~

Cop....!! tak abis lagi rupanya citer cuti ari Buruh retu. Oke. Ni yg last. Hihi.

Ini adalah kejadian ari Senin.
Ini xtvt biasa setiap bulan, tp rasanya kali ni lama plak tak pegi.
Last bln berapa tah. Malas nak selak entry lama2.
Biasa aku pegi ngan Dee je dua org, tp kali ni ahli lama yg salu join before derang kawen pun ada jugak. Maka leh disebut sbg reunion geng karoke mesra dot net. Miahahaha.

Amik yg ada lunch tu. Biasa 2 jam jer. Tp kali ni mebi sbb kami berlima org sbb public holiday ke entah kami dpt dok 3 jam. Oh. Tpt ada lah di Sogo sanun. Tu je la tpt kalo pegi men sumbangkan suara pun. Utk lunch (11am-2pm) tak bayar rega bilik. Just bayar rega makanan je la. Tp sebenarnya dia da add dlm tu skali tu. Kut tak takde la nasik goreng smpai RM12 kan. Hahaha.

Maka, ini lah kiterang order. Ada pelbagai. Aku nyer Chili Fried Rice. Paling murah skali. Miahaah. 


Us. Ni seme kenalan dari porem je ni (mesra.net forum). Jadi bff terus smpai skang. 
Lama da kami berkawan kot. Dari tahun 2004 tu.

Yg pegang mic tu anak kak julie- Mia. Memula senyap je. 
Lps makan nasik lemak mak dia suap trus recharge. Hihi. 
Memula cam taknak je dgn aku, tp last2 oke je bila aku amik nak dukung. 
Hik hik. So sweettt...

Maka itu saja lah citer cuti cuti saya di Hari Buruh tahun 2011. Sangat berbaloi. Bes. Dan. Happy.

Sunday, October 31, 2010

~Pasal Berpaut Di Dahan Cinta~

It's Sunday. And Karaoke again. Ngeh he he. And shopping day too. Ngeh he he.
Eh. Ramai tul yg update blog reni eh. Biasanya kalo ari Ahad cam mandom je takde entry baru. Tp tgk tadi, rajinnya kengkawan update. So am I lah. Kena lah update gak.
Last day of October today.
Esuk da masuk bln baru. November. Eh..gaji awal ek bln ni dengarnya (org gomen la - btui tak kengkawan yg buat gaji??? ).  Sbb raya aji. Ala..tak beshnya la gaji terlalu awal ni. Nati nganga nak tggu gaji bln 12. But then gaji bulan doblas ada top up RM500. Alhamdulillah...
Jadi sbb bln dpn wiken ku adalah packed, karoke dulu mggu nih. Nati gatal2 lidah payah lak.
Cam biasa, gi ngan rakan se karoke ku lah yakni Dee.

Mula nak amik yg kul 11, tp Dee terlewat n aku pulak dah syok tgk drama kat TV1 tu..so kul 12 baru gi. Bes gak drama tadi tu-Bunga Rampai Musim Tengkujuh. Citer kelakar pasal cina buta. Hoih..ada lagi ke org nak ber cina buta skang nih??

Karaoke session 12 - 2 pm. Syiok. Release tension. Dpt bilik besau pulak. Salu kalo 2 org, dia bagi kecik je.

Skali dah baru plak program pilih2 lagu tu. Mcm lembap plak nak sesuaikan diri. Udah ada gmbr2 kat artis. Dulu ada nama je. Bila tukar nih? Rasa retu aku pi time cuti ari Malaysia tu still lama lagi.

Dee amikkan gmbr aku. Masa ni layan lagu Dayangku Intan.



Aku berpaut di dahan cinta...cewahh..

Dee buleh tatau pulak lagu ni. Bila tang corus baru dia kata "owh..lagu ni..tau tau". Haha. Aku mmg layan je lagu 70an, 80an ni. Semi-oldies la..tak la oldies sgt. Ngeh he he.

Saja amek gambau bebanyak. Esuk ada contest lagi, leh join. Retu tak join. Hoho.

Thursday, September 16, 2010

~Pasal Pengisian Di Hari Malaysia~

Yeah. Selamat Hari Malaysia suma.
Pertama kali kita bercuti pada 16 Sept (eh..befday Sara la ari ni-Hepi Befday Sara!!-eheh..budak unit aku dan bekas anak buah aku dulu)

Jadi, apakah pengisian anda pada Hari Malaysia ini?
Saya?? Ter isi jugak la. Tkde la makan-tido-tgk tibi-berak je. Dari jam 11 pagi hingga ke 5 petang. Malam pun kalo tak ada juga pengisiannya, tp man man la. Esuk my dear keroje, pehtu nak drive balik kg. Kena rehat secukupnya juga. Risau kang skang ni. (Al-Fatihah utk mangsa yg terbakar kereta tu. Sadis dan ngeri sekali. Dah mmg ajal, kalo dia tak pusing balik pun mesti ada penyebab lain)

Ok, kita mulakan pengisian saya. Oleh krn pada awal nya planning saya adalah hari ni saya nak kembali ke kampung tp sbb my dear kata esuk balik je dgn dia, so..kita shift plan sket utk berjimba-jimba. Kita karoke dulu. Hihi. Lama tak karoke nih. Cam biasa, gi ngan shbt karoke ku la iaitu Dee kat tpt biasa kami la - Kotak Merah.

Oleh krn mood masih hari raya maka lagu pilihan pun byk lagu raya.

Itu Dee tgh nyanyi lagu Nazam Lebaran ke apa ke tah. Yg bwh aku duk nyanyi duet lagu Gelora. Lagu wajib neh. Kui kui kui. Smpat call mak sblm start tu. Gitau tak jadi balik ari ni n gitau tgh karoke. Mak kata beria ber karoke nyer. Haha. Biasa la. Bila ckp karoke msti org igt tpt tu mcm tak baik utk dikunjungi je kan. Jgn risau la mak. Ini tpt karoke keluarga ni. Tidak ada langsung rasa mcm scary ke apa nak masuk. Aku penah la skali gi karoke kat Yow Chuan (tingat Hana kata Low Chuan instead of Yow Chuan-dia gabungkan Low Yat ngan Yow Chuan. Hik hik), situ mmg rasa samting la. Pulak tu takde remote nk pilih2 lagu. Tekan2 mcm keyboard komputer tu. Tkpe la..tak nak pegi dah. Tp dah berkubur pun Yow Chuan tu. Da jadi projek Double Tree pun skang kan kat situ.

Cam biasa kiterang mmg amik yg ada set lunch punya. Aku amik nasik ngan ikan keli sambal cili padi. Dee amik nasik goreng cina. 

Aku nyer tu dlm 14++, Dee nyer 12++. Haha. Mcm giler je makan ikan keli smpai dkt nak 15inggit kan. Tp no hal lah sbb bilik pree. Kira caj bilik mmg da ada dlm rega makan tu. Ok la kan. 2 jam melalak. Byk gak lagu dpt. Paling bes nyanyi lagu Bertakhta di Hati, Senja Nan Merah, Halaman Asmara. Smpai serak sora. Huhu.

Lps abis karoke trus zas pi bangunan berhampiran. My dear da tunggu kat sana. Mula nak gi ngan Dee, tp dia kata nak balik Banting (herghh..tetiba scary je tulis Banting..hihii). So, my dear la temankan. Mao potong rambut. Lama da nak potong asik tertunda je. So, skang...nah amik..!! Pendek dah. Salu aku potong kat Derrick Team tu. Blum kawen dulu salu la buat treatment la, SPA rambut la..tp pas kawen mana sempat je. Wash n blow pun kadang2 je. Ada kedai baru sblh Derrick Team tu, jadi kasik terai la situ. Aku buat wash-cut-blow RM33. Ok la. Kalo kat Derrick Team RM48. Tp aku rasa..pas ni aku nak buat kat DT je la. Bukan tak bes situ. Tah..mcm tak berapa nak selesa la. Citer pasal potong rambut ni nati aku buat satu entry lah. Hehe.

Then oleh krn da potong rambut yg perlu di blow, lelaju nak pi carik something yg memudahkan aku blow rambut ni. Jadi ke AU2 kita.

Kat sana tu beli apa yg dikehendaki lps tu singgah beli my feveret 'Epal Besar'. Nom nom nom..dap nyer chocoholics..tskk..igt nak beli 2 je tp tak pe la..rasa yg lain2 jugak. Da siap beli tu nak balik la. Lalu kat dpn pentas yg ada kat tgh2 tu. Ada pertandingan teka kuih raya la plak. DJ tu tgh carik2 org. Tau je la JJ AU2 ni kan tak berapa nak ramai. DJ tu panggil2 la my dear. Aku suh je my dear masuk. Hihi.

Makan kuih raya smbil ttp mata n teka kuih apa. 8 jenis kuih. 

Aku napak ada kuih kepek pisang, tat nenas, btg buruk tp my dear kata takde. Hihi. Ada 5 peserta. Suma akak2 je, ttiba my dear masuk. Apa lagi, kasik snap la. Haha. My dear dpt sagu hati. Sorang je pemenang. Dapat la voucher seploh inggit. Haha. Lawak lawak.



Jadi abis la Hari Malaysia yg di isi dgn xtvt personal ajer. Kalo tak mlm ni nak beraya umah my bes pren poreber, tk tgk lagi anak dia yg baru lahir tu. Dah sebulan lebih dah. Tp mlm ni dia ke klinik plak.. So, nyer nxt week la kut. Mao tak muat gak baju yg aku beli utk anak dia retu. Umm..

Apa pun Selamat Hari Malaysia kawan2. "Genggaman tangan mu semangat ku oh terus membara...."

Monday, June 14, 2010

~My Girl's Day Out~

Singing.
Eating.
Watching.
Eating.

Last Saturday nyer citer.
Bergumbira mcm org blum kawen wif Dee [Harlinda].
Tenkiu la my dear sbb very d sporting, kasik ur wife ni gi gedik2 di ari Sabtu.

Pepagi tu gi Sogo la dulu. Bukan shopping tapi singing. Hehe.
My dear anta. Dee booked Red Box kul 11am. Keadaan agak lengang. Mungkin suma org ketiduran sbb berjaga lewat malam menonton bola.
Seronok. Memacam lagu nyanyi dan bes layan lagu MLTR.
"Paint my love..u should paint my love..."
Hihoww...

Sambil singing kita eating lah. Sbb pegi memekik pepagi, jd makanan adalah utk lunch dan bilik adalah pree. Pree sesangat lah kan. Walhal dah masuk dlm rega food. Yelah..kut tak, takde la nasik lemak kari ayam bhgn peha tu berharga RM18.00. Itu menu Dee. Ku amik spicy arabiata Spegetti. Rasa adalah sekadar utk kenyangkan diri.

Lps abis selesai segala nyanyi2 trus pi 1 Utama plak. Again..not shopping. Yelah. Dah umur makin menginjak lebih dari 30 ni kan, agenda utama bkn lagi shopping. Ok, dtg kesini meredah hujan lebat ni sbb nak watching movie Shrek. Tp sadisss...da sold out suma tiket. Tsskkk..... baik TGV mahupun GSC. Berderai harapan. Napaknya tggu CD / DVD je lah. Huuu..tp mana sama feel tgk skrin beso. Cena???

Then da takde Shrek, alang2 da dtg kiterang beli je tiket Kecoh Betul. Mmg kecoh betul lah nak tgk Kecoh Betul. Hihoww... tp citer adalah tidak menghampakan. Macam citer Adnan Sempit jugak. Tp malang citer ini napaknya tidak mendapat promo yg meluas. Dan malang juga bila salah seorg pelakonnya da ditangkap pagi tadi (u know who la kan. Malas nak ulas).

Bes jugak Kecoh Betul nih. Nak buat preview ke?? Next entry okeh.

Oleh kerana da ptg sket tgk Kecoh Betul ni makanya haruslah dah kelaparan. So, eating lagik. Popcorn n sweet corn.

Abis je citer tetiba ternapak sign 'Big Apple'. So, nyer gi beli Big Apple plak. Nom nom nom. Smpai 6 bijik aku beli. Pehtu baru pasan sapa la nak abiskan. Tapi buleh je abis..no hal lah. Smbil tgk bola my dear makan la. Suma aku amik ber asaskan choc plak tu. Eh ada stoberi seketui. Ha pas ni jangan nak bising2 badan naik mcm tong gas la tong dram la.

Jadi smpai umah 15 minit lagi ke pukul 7pm. Hihi. See..mcm jaman anak2 dara kan. Sesuka ati jer. Tp idak la selalu. Sekali sekala. Itu je lah citernya.

Kalo kuar ngan my girlfriend ni mmg takde la gmbr yer. Sendiri imagine lah cemna Red Box, cemna GSC kat 1 Utama, cemna popcorn dan cemana Big Apple..

Ok. Babai. Nak balik. Eh. Tetiba mcm tingin makan donut Big Apple lagi ni. Cena? Nom nom nom.

PnStoberi : lagi mao bising badan da gumuk...!!

Sunday, April 4, 2010

~PnStoberi @ PWTC~

Ari tu da citer kata nak girls day out ari Sabtu kan.
So..da girls day out lah ari Sabtu retu.
Dari kul 11am till 6pm. Puweh ati mak nokss..

Gi karoke dulu. Udah la Dee sakit tekak. So, dia tk leh nyanyi. So, aku la yg nyanyi sakan. Smpai tak larat..trus pilih lagu then tekan audio. Kira mcm tgk video clip la. Layan Lady Gaga la apa la. Oh. Lagu Zee Avi- Bitter Heart pun ada. Soka..soka..then nyanyi lagu Sekadar di Pinggiran. Bes woh lagu ini. Harus jd lagu wajib selain lagu Bertakhta di Hati nih.

Ok. Pas karoke lelaju gi Ariani. Oh..tk citer lagi pasal pi Jalan TAR ari Jumaat tu ya. Em..tkpe lah. Gi Ariani belikan tudung kiriman org2 opis. Lepas tu balik ke SOGO, amik keta pi PWTC plak.

Plan nak gi tgk pameran kasut tu. So, pegi. Tkde la menarik sgt pun.

At d entrance


Udah napak sama je aku dgn bulat.bulat.bulat tu.


Cuba teka kasut saya saiz berapa?

1 Malaysia. 1 Kasut.


Kasut bulu-bulu tu reganya RM4,999.00.
Kasut Jimmy Cho usah ckp la.
Tp maleh nak amik gmbr lah.
Ramai nau org duk snap2.
Agaknya derang pun nak buh dlm blog n fesbuk kut.

Tp berlama2 kat Perfect Living '10 nyer pameran lak. Dee pun ada meng order barang situ. Aku plak udah berkenan dgn satu barang. Tp tak beli dulu la. Balik kena tnya pendapat my dear dulu. Bagus tu barang tu. Mmg lama da aku nak carik tp rasa mcm mahal..mcm tak worth je. Tp tgk menda tu dan demo dia..mmg trus rasa mcm harus nak beli. Haha.

Bes jugak perfect living ni. Mmg tak penah pegi pun last2 year. Tk silap dulu CIMB yg organized. Sambil tu survey2 la barang2 nak buh kat mansion nati. Memang la rasa gerammmm je. Tgk KC la, living room nyer set, tilam2 yg amat la selesanya..stok kalo tido mmg sure la susah nak bgn pagi nak gi keja. Hik hik. Lps tu tv, alat2 letrik yg bes2. Tkpe..tkpe..simpan duit, 2 thn lagik leh realisasi kan. Aku mmg target nak beli water filter tu nati bila masuk umah baru. Skang tak kuasa la. Dah la air kat umah ni kecik nak mamp. Skang ni pakai mineral pot ngan beli air mineral cukup.

Lepas da rasa nak tercabuit kaki baru sedar nak balik. Pehtu singgah makan kat SR dulu. Makan Tomyam dan amik choc walnut. Asik Choc Indulgence je kan..terai hok lain plak. Sodapp jugak.. ke sbb lapo tah. Uih..buleh ke kalo aku ckp yg servis SR di The Mall amatlah terhapa. Melembappp...nak amik order pun melembap smpai Dee yg pi amik sendiri buku order tu. Then kena panggil staff dia amik order then air pun smpai masa Tomyam aku da abis. Kuasa la aku ngan SR ni..tgk satff kemahin ramai tp melembap. Tk phm. SR Sogo tu org ramai tp laju je servisnya. Sila amik perhatian.

Da kenyang2 baru balik. Phew..giler penat. Dah la paking kat The Mall tu thp mencekik. Apa pun puweh ati dgn my girls day out.

PnStoberi : Lps ni pameran apa lagi ya??

Thursday, April 1, 2010

~PnStoberi & ujung minggu ini~

Happy 1st April.
Bulan ni wiken agak bz.
Hanya wiken ini sahaja yg takde plan.
Tp smlm sudah buat plan.
[pnstoberi ni mmg ceni..then kang dia sendiri mekak2 kat fb kata takde rehat..padahal sendiri carik plan taknak berehat].

Nati nak apdet kat sebelah tu plan April ni.

Tp ujung minggu ni iaitu ari Sabtu plan saya adalah..
Girl's day out...!!

Haha. Mcm ramai je girls nyer. Ada aku n Dee je.
1. Da plan nak karoke sbb nak pilih telekong [aku kirim kat dia telekung from Bandung. Rajin bervacation dak Dee nih..retu da pi tour europe. Dee..take note yang saya adalah menjeles. Huhu]
2. Lepas tu ajak dia neman pi cuci wambut. Iyer..sila keji sbb last saya cuci rambut adalah sblm kawen. Wah..giler lama kan..kalo tidak da buleh cuci rambut anak sekali. Saloon pilihan adalah Derrick Team kat MJ sanun. Adakah nak potong rambut?? Tidak lah. Kalo nak pun trim seskit saja. Sbb kalo wash dia ada cut pree. So, better amik kan?.
3. Lepas tu nak ajak zoom pi pwtc. Ada pameran kasut kan. Sy mahu beli kasut Jimmy Choo. Kahhh..giler..takde lah..saja nak cuci2 mata. Mesti syiok ini. Ajak my dear?? silap tpt la..
4. Lepas tu nak pi pasar mlm jalan TAR lah. Nak makan cendol n laksa.

Yang no. 3 dan no. 4 tu buleh switch la memana dulu. Tp kan..sy nak tempah baju kat MARA. Err.. kalo saya kata baju raya, korang keji tak?? Ngehhh..sbb nya pose pun tak abis ganti udah sibuk2 nak tempah baju raya. Sbb thn lps sebulan sblm pose org da takmo terima tempahan. Tp takut2 juga nak tempah sbb saya takut saya menggemuk tetiba dan smpai bulan 9 da tak muat. Cena?? Saya dah la nak tempah baju kurung moden ni. Nati sy tunjuk pesen dia tu.

Ok. Itu saja. Saya nak gi solat dulu. Da dkt kul 2. Papai..

PnStoberi : sbb tu namo duduk jauh dr city center nih. Hikssss..

Monday, February 8, 2010

~PnStoberi dan xtvt ari Sabtu~

Ini xtvt ari Sabtu. Mmg full start dari 7.30pg till 11.00 mlm. Seperti yg aku pekik2 kan dlm fesbuk kan. Pheww...pnt tapi bes sbb all-in-one. Dpt jumpa family mertua, jumpa kawan, dpt karoke n settlekan pasal mansion ku. Hehe.

Ok. Ini adalah xtvt saya [okeh..entry kali ini mmg tak membina dan pjg amat. Sila bc dgn penuh kesabaran]
7.40 pagi - saya dan suami ke pasar Chow Kit. Da lama tak beli brg basah kan. Rasa dkt sebulan gak culas2 masak kat umah ni. So, ke pasar. Kami beli ikan potong [utk buat kari], tulang [utk buat bihun sup tulang], udang [nak wat nasik lemak sambal udang] sayur2an serta buah2an. Saya kalo ke pasar mmg takde list2 nih. Bila kat pasar baru pikir nak masak apa then beli bahannya.

8.30 pg - Bekpas trus di kedai mamak bersebelahan hotel international itu. Ttiba tekak mcm nak minum milo ais kedai mamak dan megi gorengnya. Dpt pun. Milo ais kedai mamak mmg pekat kan. Setappp.

9.15 pg - smpai kat umah. Tgk di tepi2 jalan byk DBKL, polis, ada anjing pengesan dan ada van RTM. Mcm blur je sbb takde banting pun kata memana menteri nak datang. [bila tgk berita tghari baru tahu- PM yang datang. Haha. Giler ah,mcm tak amik tahu keadaan sekeliling plak]

11.00 pg - ke Jalan Conlay. Mulanya ingat nak buat keja sket. Tp da lambat. So, emel je utk dibuat kat rumah [huh! tk buat pun hingga saat saya menulis entri ini]. Sesambil tu tgk makanan2 yg da masak kat PinkyRich Cafe [ari cuti kan. Fesbuk buleh bkk dan internet adalah melaju. i loike...hehe].

12.00 t/hari - gerak ke Sentul- gi developer office. Settle kan pasal ini.


Alhamdulillah. Loan saya sudah approved. Jadi kena hantar surat setuju terima lelaju. Sbb dia bagi masa 2 mggu shj. Dan sign agreement antara saya dan kerajaan M'sia. [ini sy akan cerita secara khas nati yer]

12.30 t/hari - gerak ke Sogo.

12.40 t/hari - smpai di Sogo [oh. masih tidak jauh jarak umah saya nati ke Sogo. Itu yg saya nak tu. Hehe] Dee sudah menunggu di food court. Dia makan popia. So, lps abis popia kami terus ke tgkt 8.

1.00 ptg - Di tgkt 8 Sogo-Red Box Ria. Masa utk me release tension. Ya. Saya sudah serik utk mengajak suami. Ari tu dia mcm patung cendana masa saya ajak [paksa] dia pegi. Pegi ngan Dee lagi besh [sememangnya ini adalah team karoke semenjak sy mengenali karoke-tahun 2006 rasanya]. Nyanyi la sesuka hati. Pukul 1 still ada pakej makan makanan berat. Saya order kailan fried rice n Dee makan guilini [eh..btul ke namanya ini. ala..yang mcm spegeti carbonara tu lah]

3.00 ptg - time's up! abis karoke kami lepak chill's makan kek di Secret Recipe plak. Ceh! masih tak kenyang kah. Hehe. Benarnya mao bersembang lagi dgn Dee. Maklumlah, dlm karoke mana sempat nak berbual kan. Ko makan, aku nyanyi, ko nyanyi, aku makan, lepas tu sibuk pilih2 lagu. Tingin plak rasanya nak makan kek. Saya makan kek Choc. Indulgence n Dee amik cheese choc.

4.30 ptg - Dee anta balik umah. Thanks Dee. Masih duk di KB ni buleh la hntr, kalo di Sentul nati pikir 44kali juga dia. Hehe. Suami ada dirumah menonton tv.

5.30 ptg - Bertolak ke PJ pula. Dlm perjalanan singgah pasar malam. Beli Satey utk dimakan bersama2 di umah mertua. Beli juga beberapa keping vcd. Hehe.


Kami juga melawat baby baru dlm family suami. Adam Daniel namanya. Adik suami bersalin anak keduanya. Ini kali pertama saya mengendong bb yg blum seminggu. Sy sgt teruja. Moga2 berjangkit lah nati.
Saya juga bawa adiah ini. Ketika memilih adiah ini di Jusco Rabu lepas sy juga amat teruja menengok melihat barangan baby. Huhu.
Owh. Kami juga ada bersembang2 ttg sy yg masih belum ada rezeki menimang cahaya mata. Syukur Tuhan, sebagaimana family saya, family mertua juga amat memahami dan menggunapakai ayat "tak mengapa..ada rezeki ada lah..berdoa je". Saya tahu mereka ikhlas. Alhamdulillah. Saya sgt2 bersyukur dan berterima kasih pada mereka. So, org2 di luar sana..jgn la slalu bertanya ttg bila lagi, bila lagi. Diulangi-saya bukan taknak atau tak mahu anak, tp masih belum ada rezeki. Kalo ahli keluarga saya boleh menerima kenapa tidak korang yg takde apa2 ikatan kekeluargaan dgn saya.

9.30 mlm -Balik dan singgah di Medan Selera 223. Suami kata da lama dia ingin bawa saya kesini. Masa dia bujang dulu, dia slalu melepak2 di sini bersama kengkawannya. Jadi ari ni lah harinya. Walo kami kenyang da makan nasik umah mertua, tp buleh jugak makan lagik. Suami masih buleh makan sebungkus nasik lemak beserta air milo. Saya memesan laksa. Mmg keja giler la mentekedarah laksa memalam buta. Tp nak terai sesedap mana laksa tersebut yg pernah diwar2 kan di ranc. Warung Kita sedikit masa dulu. Mmg setapp..
Lepas tu air milo dia mmg terbaikkk..rasa mcm minuman koko pun ada. Then saya plak pesan air limau asam boi. Juga ter baekkkk.. 4 biji asam boi tu. Tp manis sket la. Makan juga otak2 yg dah tersedia atas meja tu. Sebenarnya kan, sy malu giler nak amik gmbr ni sbb meja adalah terlalu rapat. Sbb tu gmbr nasik lemak tkde. Tp sy angkat je phone. Klik je la. Tp kalo camera mmg sumpah sy malu. Haha.



11.05 mlm - smpai umah. Tertido atas sofa akibat kepenatan. 15 lagi ke pukul 12 baru bgn. Cuci badan sket, tgk masakan [sempat lagik...] then gedebum tido.

So, itulah xtvt sy di ari Sabtu lepas. Penuh kan?? Jadinya labels for this post pun byk la jadinya. Hehe.

PnStoberi : geram tgk baby. Pinjam buleh???

Monday, April 20, 2009

~bUkU~


Hari sabtu bersamaan 18haribulan April tahun 2009.
Aktiviti penuh.Dan aku rasa seronok skali.
Aktiviti bersama rakan,aktiviti berseorangan serta aktiviti bersama my dear.
Pukul rata.
Bes sgt..walo mlm nyer kul 9 lebey aku dh tak sedau diri.

Mula dgn pagi itu.Jam 7.30 pagi.Spti biasa.xtvt 2 minggu skali iaitu pi pasar cokit.Kali ni tak byk sgt duit abes. Cuma beli ikan,sotong,sayur nak buat mee je. Lain tak yah..sayur kobis yg beli kat TF masa balik kg last week byk lg dlm p.ais.Tu pun balik kg skali lagi pun ada lagi kut.
Hua Hua Hua.

Lps tu bekpas,bc sokkaba,mandi (iyer..sila abaikan sekiranya ada ter tahu yg aku pi cokit tk mandi..huhu..) trus siap2 utk bertemu dgn Dee plak.

Karoke session! Bes! Puas ati! Release tension amat!
My dear anta.
Dee smpai lmbt sket sbb katanya jem kat jln loke yew ke mana tah.Kena pusing balik.

So, dlm 5,6 lagu gak aku nyanyi sorang. Mana nak tekan remote pilih lagu lagi, mana nak pegang mic lagi.Sudahnya aku tekan audio..biau dia nyanyi sorang2.
Antara lagu aku-
-Matahari (angel..akak pun sker nyanyi lagu ini di karoke..sgt me release kan tension)
-Gantung- Melly Goeslow (lagu ini juga sng utk di karoke kan)
-Bertakhta di Hati -Faradhiya tu (ini lagu wajib)
-Tak Mungkin kerana sayang (lagu ini juga bes walo ada tinggi dan rendah..tp pedulik..nyanyi je)
-Lagu wajib berduet ngan Dee - Gelora
Dan tah lagu apa lagi tah..byk lagu indon je yg bes.

2 jam lam tu..kali ni aku mkn spegeti,Dee lak makan nasik goreng.Slalu aku yg mkn nasik goreng. Terbalik sudah.

**terjumpa opismet aku kat Sogo nih.Seb bek bukan golongan kak nap.Kalo tak ari ni mesti my dear aku dh kena soal kenapa biarkan aku jalan ngan kawan aku. Hah!


Lepas tu Dee antar pi PWTC-pesta buku lah. Kalo tak nak pi naik tren je.Tp dh on d way, Dee antar je.Dari jauh napak org ramai giler. Sesak. Rasa mcm nak pitam tgk org ramai. Tp oleh kerana ini tpt feberet rasa pitam itu segera ilang.
Booth kraftangan karangkraf aku tgk paling ramai org. Napaknya mereka ini sudah glamer. Wess..cik Zeni si wartawan karangkraf..dpt bonus la kome ek.Aku nak capai buku pun susah. Tujuan asal aku ke pesta buku ni nak beli buku masakan. Aku dh amik buku masak2 kat karangkraf ni. Tup2 tersalah bc promo dia. Dia tulis 7 buku 26inggit. Rupanya buku tu tak leh campo2. Buku yg rak bwah je..buku atas lain rega.
Aku dh beratur2, tup2 masa nak bayau tu baru tau.

"kak..yg ni kena kira satu2 ye kak..sbb dia lain harga"

Aku pun sdikit terkujat dh..cover malu pun ye gak ni.

"eh..bukan dia tulis kat situ 7-26inggit"

"tak..tu buku (apa tah dia sebut publisher tu), ini campo2 ni"
"err..takpe la..takyah lah"

Haha.Aku kan selamba je..Aku tak beli pun. 7 keping buah tu aku tinggal je

"ini je lah satu" aku tunjuk majalah Pa N Ma tu. Puh..seb baik aku ada amik majalah tu. Kalo tak kena la bayau buku resepi tu.Kalo kira satu2 rega dia lebey kuang 5inggit setgh.7 x 5.50 = 38.50. uih..berhampiran RM40..mahal..mahal.

Eh..puanstoberi beli majalah Pa N Ma lah..haha.bukan nak beli sgt ekceli.Aku tgk ada satu tajuk cam bes je..aku amik je tanpa selak..(takde la aku nak selak,letak,selak,letak atau mcm ada setgh org siap bersila trus..haiya..org ramai tu..agak2 la kalo nak bersila pun..apa ko ingat ni kunikoniya ker..adehhh) Tajuk yg menarik perhatian aku adalah "kenapa gagal hamil" Ha.. itu yg menyebabkan aku sambar je majalah tu. Bila bc ada satu page je artikel tu dan takde apa yg best pun pasal tajuk tu. Hua Hua Hua. Seb baik la majalah bulan Feb. Dh turun singgit.

Lps tu pi hall satu lagi. Beli majalah Ujang n Apo. Tetiba napak booth jemariseni. Wahh.. bes ini. Aku kan penah baca novel Surat Ungu Utk Nuha tu. Dan aku juga tak penah miss buku keluaran kak Su- Noor Suraya. Aku ada suma koleksi dia. Kak Su ada.Tp aku tak smpat amik signature atau bergambar ngan dia.Tgh kelam kabut nak pi mana tah. Dan aku beli 2 buah novel kat jemariseni.Satu buku baru kaksu,n satu lagi apa tah. Budak yg jg booth tu kata bes. Memula dia suh beli novel hlovate tu. Aku taknak..mulut aku mcm laju je nak kata buku tu tak bes. Tp..kang tup2 budak tu penulis dia tak memasal je kan. Aku ckp aku dh bc kawan opis punya. Tah..aku penah baca novel hlovte tu..tak buleh masuk arr ngan jiwa aku. Tu jiwa remaja belasan thn buleh lah. Aku kan dh remaja tua. Hua Hua Hua.

Dh abis tu, aku naik balik hall atas. Sbb my dear suh balik kul 4. Pusing2 lagi. Ter masuk booth al-hidayah. Buku2 agama. Apa tah aku nak carik. Tgk ada buku nama2 indah. Ada byk.. dan aku rasa buku satu tu bes. Ada ayat2 yg elok diamalkan masa pregnant. Aku memula cam malas je nak beli. Kang mesti my dear bising2. Tp..apa salahnya nak beli. Nati bila nak kang,susah lak nak carik.Tk mahal. 15inggit dpt 13.50 je. Beli je..simpan..

Buku2 hasil tangkapan ku di Pesta Buku 2009


Tak thn dh aku. Rasa nak pitam. Org dh makin ramai.makin ramai. Trus kuar. Tunggu my dear kat teksi stand dpn tu.

Tetiba kan..bila my dear dh smpai, naik keta je aku mcm tingin nak makan chezzy wedges.Ampang Park le my dear kata. Sekali ujan..baju aku..waaa...trus tak jadi nak beli sbb ujan area ampang park tu.kompem la umah aku pun ujan. Baju dh la byk kat penyidai. Siap ngan towel bagai. Balik je trus. Takyah beli chezzy wedges. Tp..bila smpai kat umah, napak penyidai dh kosong. Napak aku nyer penyidai beroda tu dh kena tolak kat tepi pintu. Huhu. napaknya jiran aku dh tolong angkatkan. Org berbudi kita berbahasa. Aku mmg slalu tolong derang angkat baju masa ujan kalo derang takde kat umah. So, kali ni derang turun.

Dh napak baju dh clear aku pun ckp kat my dear "baju dh slamat..jum lah pi pasar malam jalan TAR"

"eh..kata nak pi psr malam keramat" (mlm sblm tu dh plan nak pi pasar mlm kat jusco au2 tu. Besar gak psr tu.mlm minggu gak.paking la kat jusco tu)

"takyah la..bia penat seharian ni"

Jadi tk turun keta..trus pi jalan TAR.Hua Hua Hua.

Sng banget kalo umah kat tgh bandar ni.
Bygkan kalo umah kat PJ ke Shah Alam ke..maunye nak pi balik KL. Idak laa...

Bak kata Dee"nati kalo Reen pindah umah jauh, mesti rindu nak jalan2 KL camni"

itu la antara sbb aku nak carik umah area KL ni je.

Paking kat Maju Junction..jalan kaki, beli kain buat baju, beli makanan2, lepas tu balik, beli KFC kat Maju Junction.

Mlm tak masak dh. Makan je KFC dan makanan2 yg dibeli kat Jln TAR.

Lepak2 dpn tibi,selak2 buku yg aku beli..dan lps tu tak sedau dh apa berlaku. Aku tertido dpn tibi. Aku bukak mata sket..tgk my dear tgh tgk cekerama.Dan aku bangun..smbg tido kat bilik.

Abis citer ari Sabtu itu.

Pnstoberi:Puas rasanya kalo kita dpt menghabiskan masa bersama org2 tersayang!