Showing posts with label menyampah. Show all posts
Showing posts with label menyampah. Show all posts

Monday, December 3, 2012

Edisi Aku Berat Hati, Kenapa Kau Susah Hati

Perbualan kosong. Sekadar berbasa basi kata orang. Nati dikatakan sombong pula.
A : "Beratnya rasa nak pegi course ni"
B : "Ala, tu berat tu pasal nak tinggalkan cik abang la tu"

Hek ele.
Mengapakah masih ada orang2 berpemikiran kolot begini di zaman2 globalisasi nih yer. 
Serius pelik. Ruang lingkup pemikiran masih tertutup.

Berlawak 'cliche' sebegitu dah lama orang tinggalkan la.
Taknak pegi kursus sbb tak sampai hati nak tinggalkan laki/bini.
Dan lagi la tak relevan kalo yg menuturkan orang dlm golongan PnP.

Our responsible.
Bukan taknak pegi atau berat hati ni sbb suami ke isteri ke apa.
Tapi cuba pikir. Orang yg taknak pegi tu mungkin ada tanggungjawab yg lain.
Perlu menghadiri kuliah contohnya. Lagi pula ada tugasan utk dibawa ke markah akhir (carry mark).
Bukan pasal berat hati nak tinggalkan laki ke bini ke.

Contoh la katakan aku la yg A tu (ke mmg aku? Muahahah)
Aku bulan ni je dah berapa tpt aku pegi. Dah berapa kali aku 'tinggal' laki aku.
Dari lps raya haji - seminggu aku di kampung temankan mak. Then aku trus ke Sabah. 3 hari. Then ke Terengganu. Then ke Marriot tu plak. Semua tu hasben aku kat KL, mmg tak pegi dgn aku. Apa kes plak aku berat hati kerana nak tinggalkan laki. Kita mmg bekerja. So, tanggungjawab tu bukan lah utk family semata-mata. So, takde masalah aku rasa kalo nak tinggalkan suami kerana kerja bila mana dia redha.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ 

binti Abu Bakar yang  membantu  suaminya,  Zubair bin Awwam dalam  menguruskan
segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak,
dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. 
Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh 
dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah  s.a.w dan baginda 
tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di 
dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam 
dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu 
sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan 
urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang
sama ) . Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan 

kepada isterinya untuk keluar bekerja. 

Kredit : Hak Hak Isteri
Persoalannya, bukan aku nak berhujah perihal hak hak isteri pula. Cumanya, tak perlu kot nak buat lawak cliche, lawak lapuk yg kata malas nak gi course sbb tak sanggup tinggal suami la apa tu. Tu lawak kat kenduri kawen kampung kampung boleh la. Ni lawak plak kat tpt yg kalo orang lain tengok mmg orang yang menyertai adalah golongan yg kononnya semua kategori 'profesional'. Eh. Malas lah nak layan orang camni. Anoyying. Se- annoyingnya. Orang lain mungkin senang dgn lawak lapuk camtu. Dgn aku, mmg tak la.. zaman dah maju nak buat lawak mengong camtu. Eh. Jap, tapi kalo yer pun aku berat hati kerana nak tinggalkan laki la kan, apa salahnya kan. Suami kita. Ko senak perut pasaipa?

Kita ni ada banyak lagi tanggungjawab untuk memajukan diri. Jangan la nak komplen sana komplen sini. Seronok menjaga tepi kain orang. Smpai bila nak maju kalo duk ada orang yg asik berpikir camni yer. Hurmm... kesian....

p/s : Kesian kat Lisa Surihani masa ML tu ari. Kenapa la AC tanya ke dia secara umum camtu. Mmg dia gelak2, tapi.. aku tau cemana dia rasa. Pulak bila AC kata 'sibuk, tak sempat jumpa kot' dan dijawab dgn hilai tawa para penonton. Bagi aku tak perlu kot tanya bila nak mengandung, apatah lagi secara terang-terangan camtu. Tp bagus pun dia bagi jawapan 'minta AC tolong doakan lah'. Bila bila ni bukan kerja kita. Apa yg dia nak cuba sampaikan? Eh. Aku plak emo. (T___T)

Tuesday, January 17, 2012

Perihal Beg ku Ber Sopak

Lama giler kot nak buat entry ni.
Ni baru tingat balik. Dulu pun Mekchu pun ada buat entry camni.

Tu lah tu, beg seme suka ber 'sopak-sopak'.
Mencik tau. Yelah.. ai mmg tak mampu kekdahnya nak ber beg Gucci mahupun LV kan, maka mendapat la beg bersopak kayak ginih.
Ceh! Igt kut beli beg Sembonia da tak bersopak.
Cemtu gak.. igt kut nak buat beg jalan2 la.
Skali da bersopak camni mmg ku lenjan je hehari.
Tunggu je dia bersopak melarat ke seme badan dia.
Skang ni masih sopan lagi sopak dia sbb blum melarat.

Tp kalo jarang pakai pun camni gak la kekdahnya.
Macam 'makan diri'.
Beg CR pun gini, beg Sembonia pun gini. Beg Coach? Ha..tu tatau lagi.
Kalo sopak gak ku hantar balik ke HK. Hahahaha.

Lps ni pakai beg plastik je la. Sng sket kalo kuar ari Sabtu, trus je buh barang.

Monday, September 27, 2010

~Pasal Soalan Itu~

Pelik oih. Aku pikir da hmpir 2 thn aku kawen ni takde dah la soklan2 mcm tu.
Ada jugak lagik...
Tgk aku gemuk, tnya soklan tu.
Bukan..bukan tak buleh tanya..tp cuma letakkan diri kita pula di tempat org kena tnya tu.
Ter guris tak perasaan?
Cena kalo kita shift kan soklan tu kepada "eh..duk tnya kat org ni, awak plak bila nak kawen? bleh cepat2 beranak"
Boleh??
Tah..aku tak penah la nak sebuk tnya bila org nak kawen, nak beranak..tp org sker la sebuk2 tnya ke aku.
Kalo la ditakdirkan satu hari nati org yg bertanya tu duduk di tpt aku pula, baru dia tahu 'sakit' nya perasaan masa menerima soalan tu.

Dah lama aku tk dgr soalan tu. Sapa tak mengandung dlm 2-5 bulan lps berkahwin mmg la hazab dgr soklan yg sama dan bila kita menjawab pelbagai komen plak yg bersambung lps tu. Ada yg mmg hazab dan ada yg memberikan motivasi.
Entah. Dgn keadaan aku yg hampir 2 thn tak mengandung ni, serius..aku rasa aku amat berbeza dgn org dan kadang2 ia buleh buat aku low-self confident which that's not really me.. keadaan persekitaran yg mendesak aku utk berpikir mcm tu. Tp aku harus hadapi jugak. Dan aku redha sbb aku tau Allah datangkan dugaan ni sbb Dia tahu aku boleh hadapi. Persetankan la org2 dgn soalan yg tu.

Ah! Dah la. Malas nak pikir. Baik aku pikir task seterusnya utk buat entry iPhone tu.

Thursday, August 19, 2010

~Pasal Dua Kali Lima~

Kejadian mlm semlm.

Dkt care4. Eh. Smlm care4 ni bikin havoc je tau. Tgh syok2 beli brg tetiba alarm berbunyik. Aku risau jugak ada kebakaran ke. Tp tgk suma org buat 'no hen' je so, aku pun buat 'no hen' jugak la. Tetiba dtg org keja kat situ yg mcm supervisor la kut dia kata "ketepi..ketepi" Owh..tetiba aku jadi kalut. Igt kut mmg ada kebakaran ke apa la. Rerupanya pintu rolling shutter tu nak tertutup dari atas. Mungkin bila alarm tu berbunyi otomatik la pintu tu tertutup. Mungkin supaya kalo ada kebakaran dia tak cpt merebak.

Pihak pengurusan care4, buleh tak lain kali buat annoucement kalo ada bunyi2 yg mencemaskan ni. Mengkalo ada kebakaran bebtul cemna?? Ckp la "tuan puan pelanggan dihormati, harap bertenang kerana tiada sebarang kecelakaan berlaku, sila awasi kepala anda kerana pintu roller shutter akan tertutup secara otomatik". Ha..buleh tak??buleh tak?? mana la kita tau roller shutter tu nak trun dari atas tu. Mmg dia turun slow je. Mengkalo la shutter tu rosak plak. Lalu terhempas atas memana kepala customer cena?? Harap menda2 ni jgn la diambil mudah. Udah la memcm citer pasal care4 ni dah kuar.

Ok, back to d stori - ingat dulu kat blog 'sebelah' aku tu ada citer pasal org yg aku delete dr fren list bila dia kata aku emo sbb dia tnya kat aku pasal anak. Ha..buleh plak terjumpa lak dgn dia smlm. Ter 'suet suet' bila napak aku. Abis takkan nak buat sombong. Aku kalo ramai org buleh je aku angkat tgn je. Tak kuasa aku nak pegi ke dia. Tp dah takde org..pegi je la. Masa tu dia dgn wife kat kedai makan. Katanya baru lps berbuka. Aik dah kul 9 lebih baru nak berbuka. Ok. Wat eva.

Then biasa la salam2 suma. Aku pun salam ngan wife dia (sbb mmg aku kenal la wife dia kan). Wife dia tnya la apa kabar. Lps tu trus tanya "takde lagi ker?". Eii..eii..eii..eii...
Aku jawab la..takde..tu yg buleh kuar memlm ni. Kalo ikut giler aku buleh je jawab "takde apa? baju raya? kasut raya? atau kuih raya?". Sbb retu ada budak cawangan call aku tnya camtu la lebey kuang, aku jawab mcm tu la. Fadan muka. Nak tnya..sila tnya direct "eh. ko tak mengandung lagi?". Atau nak lagi bes "eh. apsal ko tak mengandung lagi ni. Ko tak pandai 'main' yer" (soklan ni aku penah kena weh...tingat tingat lagi. Tp takpe..bumi ini bulat. Ko ingat tu..!!)

Menyampah tak? Aku tnya org yg se naseb dgn aku sahaja. Menyampah tak? Sbb kawan lama ko tak jumpa lps tu soklan kedua dia tnya adalah dah beranak ke belum?. Menyampah tak?

Keterlaluan tak kalo aku kata menda camni la yg membuatkan lebih ramai org yg buang anak. Ha. ko pikirlah sendiri apa relevannya. Mcm Wardina ckp dlm MHI pagi td (aku smpat tgk MHI smpai kul 7.30pg b4 gi keja) org sekeliling juga menyumbang kpd kes pembuangan bayi ni. Memula aku mcm marah. Apa hal kita lak dipertanggungjawabkan. Lps tu aku pikir, betul jugak. Sbb nya : kes2 dlm kain ni mmg org suka amat.

Ye lah. Kalo dah lama tak jumpa bkn tak buleh tnya pasal keja ke, pasal kawan2 lain ke, pasal nak raya ke, baju raya dah beli ke belum ke. Adeeeh...

Jadi aku simpulkan 2 x 5, 5 x 2. Bagus la tu.

Thursday, June 17, 2010

~Tolong saya...~

untuk jawab soalan yang diberikan oleh kawan saya di muka buku.

abistu bila nk ada anak sendirik?

Sbb nya saya da pening nak pikirkan jawapan.
Soalan dia mcm soalan yang tanya.. abis tu bila nak beli kereta??
Kalo mcm tu saya ada la jawapan.
Yg ni bebetul buat saya buntu lah.
Saya ada jawab jugaklah kat muka buku tu..tp saya nak tau kut2 ada jawapan lain.

Ini jawapan saya kat mukabuku :
Sila la tanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sbb hanya Dia yang Maha MEngetahui. Sy tak berani nak cakap lebih2 sbb saya seorang yg percaya apa yang ditentukan oleh Nya..org lain saya tatau la sbb selalu je tanya pada saya soalan yang semuanya ketetentuan Tuhan.

Terima kasih atas bantuan anda.

*oleh yang demikian ada entry di blog sebelah*

~update: bila aku jawab mcm atas tu, beliau kata aku EMO dan takut aku MERANCANG. Haha. Sukati la aku nak emo ke apa. Kalo ko tak tanya soklan tu aku tak emo lah, selama ni ada aku emo? Ada ? Piraahh... asik nak jaga hal dalam kain org je tak sudah..

*ok, org emo ada smbg entry emo kat blog sebelah*

PnStoberi : maaf la lagi skali pasal yg sama..lantak lah..!

Tuesday, June 8, 2010

~Benci FB~

Bila chat tegur org yg da lama kita tak tegur..
akan kuar soklan ini
"eh. ko pregnant eh?"
"eh.ko gemuk giler skang. mengandung yer?"
"eh. ko da hamil ker?"
'eh. ko dah ada ker?"
Ada apa?? ada duit?? ada banglo?? ada penampo???

Berapa ratus ribu kali dah aku ungkapkan dalam blog ni.
Ni baru lagi ni aku kena ni..baru sesaat ni. Tu aku terus tulis ni.
Aku baru je nak tegur sbb nak tnya pasal ada member tu mak dia baru meninggal.
Dia trus tanya soklan tu.

Woiihhhh!!!...
Dgn ini aku declare..aku takkan tegur sesapa pun dlm chat tu yang aku rasa dia akan tanya soklan gitu. Hatta ada hal penting pun. Pegi mamp** lah. Hanya dgn org tertentu shj yg aku bbetul tahu tak sibuk pasal aku mengandung, hamil, pregnant dan sewaktunya.
Serius aku menyampah thp dewa.
Jadi..pepaham sendiri sudah.
Kalo ko pun rasa tak suka org tanya soklan tu, patut ko pun tak buleh tanya soklan tu pada org lain. Boleh?? aku pun tak pernah nak tanya kat org "eh..ko mengandung?" "eh..ko hamil?" "eh..ko pregnant?" "eh. ko da buncit?" eh itu eh ini..hiewwww!!!!

Benci..benci..benci..rasa terus nak remove saat2 ini juga.

Lantak..tak payah tulis kat secret blog lah.. pamer kan je kat sini. Dgn harapan org tu akan baca dan sedar.

**update**
That person minta maaf kat aku. Katanya saje je kot2 aku nak gitau dia aku dah peknen. Dia kata dia lagi stress. Dia tau aku mcm marah sbb dia terus tanya "da ada ke?". Then aku kata aku malas nak ckp pasal anak. Babai. Aku pangkah chat tu..aku ttp trus fb. Tu yg dia lelaju mintak maaf kat inbox. Yelah..korang pikir yer..aku baru tegur 'salam'. Dia terus jwb lama tak jumpa yer..pehtu tanya da ada ker. Kalo korang la..apa perasaan korang. Dlm palotak tak ingat lain gamaknya. Padahal aku nak tnya hal kat kg tu. Kut2 dia tau.

Persoalan nyer skang, bukan aku stress ke hapa. Tp menda2 gini la buat aku stress. Dgn tawaran jawatan baru hari tu aku makin redha dgn perjalanan dan ketentuan yg Tuhan berikan pada aku. Aku yakin sgt Tuhan dah tentukan yg terbaik utk aku. Aku dah redha..tp keadaan sekeliling dan org2 camni lah buat aku depress!.

Takat ni aku da kenal pasti 2 org yg sker attack aku dgn menda2 gini. Persamaan antara mereka ni adalah mereka kawen awal dari aku dan masih tak mengandung. Makanya aku conclude kan mereka ini takut aku hamil dan beranak terlebih dahulu dari mereka. Simple. Kalo tanya derang sure la derang akan jawab "eh..takde lah". Tp kalo gitu gayanya takkan la aku tak buleh buat assumption camtu. Yelah..acapkali duk tanya "ko peknen yer" bila aku upload gmbr yg napak perut aku buncit tu. Tanya juga menda yg sama bila aku tulis "Alhamdulillah". Betul.. mmg aku nantikan tp bukan itu saja tujuan utama dalam hidup aku ni. Aku pun ada misi dan visi dalam hidup ni yg perlu aku capai. Hal anak ni mmg kena serahkan pada Tuhan. Bukan kita yg buleh tentukan 'eh..aku nak mengandung bulan ni'. Tup...main, esuknya test da mengandung. Ha..

Dgn itu aku tak buleh nak ungkapkan 'sapa yg mengalami je tahu perasaan nyer' sbb org2 ni juga yg 'memijak' semangat yg patut dikongsi bersama. Aku bukan nak minta simpati ke apa dalam blog ni. Dan aku juga tak buleh nak janji takkan tulis menda2 mcm ni. Sbb aku nak meluahkan juga..tak buleh nak simpan. Biar nati kalo ada anak, anak aku baca cemana sukarnya aku nak menghadapi hari2 tanpa kehadiran 'dia'. Macamana aku rasa aku amat perlukan sgt2 'dia' supaya boleh menutup mulut2 org ni [tapi aku rasa tak juga..bila dah 1, tnya bila nak ada lagi, bila dah ada, tanya lagi bila nak tambah lagi, bila dpt pompuan, tanya bila nak ada lelaki..begitu la sebaliknya nak menghadapi manusia yg merimaskan ni].

Aku ingat org yg senasib dgn aku takkan nak timbulkan persoalan mcm tu sbb aku rasa derang ni pun sure tak suka bila diasak dgn soalan mcm tu. Tp aku silap..derang rupanya takut...derang dah jadikan org yg senasib dgn derang ni saingan. Mcm kecewa bila tgk saingan tu berjaya beranak dulu. Series aku tak paham. Kalo betul pun aku mengandung, tk perlu tanya2..sok2 ada la gmbr aku terpampang kat situ. Tk perlu la jadi kak nam ke kak nap ke kak nom nom nom ke duk sibuk2 tnya 'da mengandung?' ' dah hamil?' 'da pregnant?'.

Prinsip aku mudah, kalo aku tak suka org buat menda tu kat aku, aku tak buat menda tu kat org lain. Sama la mcm situasi ni. Aku benci org tnya aku pasal mengandung, jd aku tak pernah tnya kat org pun 'eh..ko tak berisi lagi..eh..ko dah mengandung'. Yelah..kadang aku berdepan juga dgn org yg taknak ngaku dah mengandung. Itu pun satu spesis juga. Tk phm. Dah mengandung pun masih menidakkan juga. Kang sok dah buncit perut cemna nak sorok. Kalo anak tu tau ibu dia masih menyembunyikan dia sure dia kecewa. Kalo ada..ckp je ada. Bukan mengandung luar nikah kan. Ok..ini bkn persoalannya.

So..better aku off topic ni. Mmg bosan la blog aku ni kan. Seskit pasal perasaan yg sama. Entah.. lantak lah.

Dan..doa aku, utk org berdua tu, aku harap derang mengandung dan beranak dulu dari aku supaya aku tak dihujani lagi dgn perasaan gundah gulana derang tu yg takut aku melebihi derang. Dah. Full stop.

PnStoberi : makin sebak rasa....

Tuesday, July 7, 2009

~mencik tau~

Ha..hehari aku post.
Apa kes??..takde kes...saja nak buat kes..

Cuma nak kata aku mencik!

Kalo kita tak suka org tanya soklan tu kat kita.
Maka kita pun jgn la tnya soklan itu juga.
Ada paham??

Dan sila la jgn buat sebarang spekulasi sblm aku sndiri yg ckp.
Ada paham

Tak paham sudah..

Lagi sekali aku ckp...aku mencik!!!

Pnstoberi: apsal nak wat spekulasi tetiba..takut aku mendahului ke????