Showing posts with label slow juicer. Show all posts
Showing posts with label slow juicer. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Juicing Challenge Week 2

Hai uols.
Skrg tgh bz sebenarnya. Bz dgn temuduga. Bukan la ahkak yg di temuduga, dan bukan juga penemuduga. Ah. Nati lain entry lah cerita pasal temuduga nih ya. Memacam gelagat boleh ditgk masa sesi temuduga sedang dijalankan. Ahkak ada la sekali dalam bilik temuduga. Tukang bukak pintu.. haha.

Orait. Ni gambar2 juicing challenge week ke 2.
Dari 18 Januari till 24 January.
Kat FB ada gambar ni. Kat instagram ada. Harap janganlah muntah kedarah yer.
Bila hehari aku up gambar ni dan orang tgk, ramai juga tertanya2, kenapa aku asik juicing. Diet ke? Utk apa? Sapa yg mmg follow d track tahu la kan. Tp sbb aku bukan nya Nelydia Senrose (oh Mastura...) jadi, mmg tak ramai la track kenapa aku ber juicing kan. Tkpe. Itu pun nati aku buat entry ya.

Middle of the week 2 ni, aku dapat slow juicer yg di order dari Lazada tu. Yey! Dah ada slow juicer. Tak perlu guna food processor. Oh. Sila ambil maklum, aku tak pernah guna blender mahupun juicer extractor utk buat raw juicing nih. Aku tak rajin nak tapis2 seme tu. Kat rumah tu, blender hanya utk blender cili ja. Lelain semua guna food processor. Now dah ada 3 alat blender dah kat umah tu kiranya. Utk blend cili, utk juicing dan food processor utk proses apa2 lah. Seme pun buleh dengan food processor tu. Aku mmg suka mendalah tu sbb mempercepatkan kerja aku. Eh. Ada satu lagi. Yg tupperware punya. Chop apa ntah namanya tu. Tak pernah guna pun (T___T)

Raw juicing is juicing without any sugar. Tapi, kalau guna food processor kena tambah air. Kalau tak, mampuih dia tak gerak. Tapi kalau guna slow juicer - without water. Sbb dia mmg extract all the juice from fruits itself. Oke. Done :)

Oke kali ni, aku taruk tahap kesedapan. Tapi ini tahap aku lah. Utk korang kena cuba2 lah sendiri. Ada yg muntah meluek kalau buat jus sayur, ada yg oke ja. So, terpulang pada penerimaan tekak memasing. Aku pun bukan orang yg makan sayur. Tp juicing, yes - aku takde masalah utk menerima sayur2. So, memasing ya.

Day 8 - 18/1/2014

Water melon. Mmg hanya water melon ja. Takde tambah apa-apa. Air pun tak. Masa ni slow juicer belum smpai. Manis sgt tembikai nih.
Tahap kesedapan : lima per lima (5/5)

Day 9 - 19/1/2014

Orange + Carrot. Pun slow juicer tak smpai lagi.
Kesedapan : 4/5.
Carrot mmg geng baik dengan oren. Itu tak dinafikan.

Day 10 - 20/1/2014
Celery + Green Apple + Lemon.
Aku tak berapa berkenan rasa celery, tp sbb ini antara jus yg di suggest oleh Doc Hamid Arshat, so, aku telan gak lah. Celery tinggi anti-oksida. Rugi kalau tak consume. So, letak lemon supaya tak kuat sgt rasa celery tu. Celery ni oke ja sebenarnya. Ada rasa cam masin2.
Kesedapan : 3/5

Day 11 - 21/1/2014
Fresh orange. Masa ni dah mula down sbb juicer tak sesampai. Dah menyampah dah.
Jadi, buat je lah apa yg ada.
Kesedapan : 4/5

Day 12 - 22/1/2014
Juicer da sampai. Yey!
Terus rasmi. Cucumber + Carrot + Oren.
Kesedapan : 4/5. Guna slow juicer - mmg takde rasa cucumber pun. Sedap.

Day 13 - 23/1/2014
Oranges + Apple.
Tahap kesedapan : 5/5.
Manis oren dan manis epal itu sendiri. Memang sedap. Tapi, buah tak stock lagi masa tu. Share satu jar ngan myDH. Dia pun cam tak cukup.

Day 14 - 24/1/2014

Apple + celery + lemon.
Guna slow juicer. Kesedapan jadi 3.5 per 5.
Kurang dah rasa celery bila buat ngan slow juicer.



Jadi, settle minggu kedua tu.

Antara perubahan yg aku notice - kulit seakan dry. Aku google, rupanya itu mmg akan terjadi pada orang yg aktif ber-juicing. Cam dia nak salin kulit lah kiranya kot. Haha. Tp lelama hilang.. kembali biasa. 
Selain tu - mmg lawas lah. Aku pun takde masalah lawas ke sembelit ke apa sebelum ni. Normal.

Tp bila juicing ni lagi bes la. Rasa laju je.. ihiks. Gross.. aiya...


Thursday, January 23, 2014

Akhirnya Tiba Juga Slow Juicer Ku

Ngeh ngeh ngeh.

Ngeh ngeh ngeh.

Apa gelak2 ? Cantik sgt la gelak2 tu. Amboii.. biasa dia tu.

Tahu dak, apart from this entry, esoknya terus ada orang dari Lazada emel aku. Hihi.
Kalau nak tgk, kat komen dalam entry tu pun ada.
Marketing Exec dari Lazada yg bagi response dari entry aku.
Ngeh ngeh ngeh.
Sbb tu aku nyer entry macam berlapik kan.
Gitu.

Jadi, dia emel mintak aku nyer order number n phone number.
Aku bagi je lah.

Then, tghari itu (22hb Jan), sampai lah slow juicer itu.
Memula courier tu call pastikan aku ada ke tidak.
Pastu dia smpai ofis. Dan aku pun bagi lah duit barang tu. COD.

Aku rasa kan, mmg suppose parcel tu akan sampai on dat day. Bukan kerana entry aku atau pun emel dari Lazada.
Dan aku rasa gak masalah bukan dari pihak Lazada.
Masalah ni dari pihak sykt courier yg di appoint oleh Lazada utk hantar barang tu kat aku iaitu Taqbin nih.
Kan aku dah kata pada 20hb tu dia dah update status kat tracking tu kepada 'shipped' (tak buleh tulis shipped ni, naik kapal..mmg lambat.. hahahahaha)

Masa aku tgk sticker yg lekat kat parcel aku tu, mmg dia tulis situ 16hb mereka akan start hantar.
16hb hingga 22hb. Buang 2 hari weekend dan satu hari Thaipusam tu lah katakan. Ui.. lamanya nak sampai Jalan Conlay. 3 hari tu.
Oo.. lupa, shipped. Shipped mmg la lewat. Merentas sungai Kelang mungkin. Haha. Oke. Jangan mara aa Lazada, joking ja.

Jadi, aku rasa, mungkin Lazada tak bersalah dalam hal kelewatan nih.
Tapi, kita berurusan dengan Lazada, order pun dengan Lazada.
Pepehal orang tuju Lazada ja. Orang tak kesah la Taqbin ke, Taqbon bon bon ke apa kan.
Ce tgk Zalora - petang order - zass esuk sampai. Tak sempat nak pikir mana barang aku - tau2 "Ida, nah parcel.." ha, giteww.. 
Satu lagi pun mungkin Lazada pengantara - orang tengah saja. Barang tu pun takde kat derang. Tapi tak kesah lah kan.

Apa pun, aku satisfied gak la. Sbb derang respond apa kita tulis kat social network. Yg emel aku adalah Marketing Executive Lazada yang mmg biasa berurusan dengan blogger (dari kata dia lah) / social media ni lah. Bukan lah kata blog aku glamer smpai Lazada dapat tgk. Mungkin dia trace dari SEO. So, dia bantu untuk transfer kan masalah aku pada yg berkaitan.

Petang tu gak, orang yg uruskan order2 Lazada ni call.
Berkali2 jugak mereka minta maaf. Hihi.
Takpe lah. Bukan saya tak biasa order2 online nih.
Jangan cemas lah. Hihi.

So, nak beli barang lagi tak ngan Lazada?
Kalau ada voucher diskaun dari Lazada boleh la dipertimbangkan. Tapi hok memurah je la. Yg macam slow juicer tu takde dah la..tu pun dah rasa nak ter pitam beli blender yg rega dkt2 nak 1K. Ni tau ke mak aku harus kena bebel (-_-")

Hai Aaliyah, ada diskaun tak ni?.. Dah la tu ari terlupa nak redeem diskaun utk pembelian pertama lps sign up. Rugi seploh hinggit tau. Heeeheee..heeee....

Oke Lazada, utk itu, ai bagi kredit la kat u sket pasal u punya keprihatinan.
Ai link kan terus ke website u oke.
Nah kengkawan, memacam ada, klik saja - Lazada.

(Ekceli, before this mmg Aaliyah tu ada emel suh link kan Lazada tu, masa aku buat entry Misi Mencari Slow Juicer- so, Aaliyah, ai dah buat.. ada voucher diskaun tak nih.. hihihihihi....)

Orait. Dan ini lah juicing yg pertama dari slow juicer nih.
Sedappppp... Believe me. It's pure!

Tuesday, January 21, 2014

Lazada : Tempoh Penghantaran

21 Jan 2014/19 Rabiulawal 1435




Mana slow juicer aku Lazadaaaa???
*sila baca ngan nada 'mana butang baju aku Pahhhh??*

Ha.
Takpe. Kita tengok dan lihat je yer.
Ada yg kata 2,3 hari dah sampai barang.
Ada yg kata lambat giler sampai.

Aku order pada hari Jumaat - 10hb (9.05pagi) 
Sabtu, Ahad - cuti. (Day 1, Day 2)
Isnin - tempoh bertenang (Day 3)
Selasa - cuti Maulud Nabi (Day 4)
Rabu - check tracking - masih step ke-3 'order is being processed at warehouse' (Day 5)
Khamis - check tracking - sama. Masih di step ke-3 (Day 6)
Jumaat - cuti  Thaipusam (Day 7 - oke genap seminggu ni)
Sabtu, Ahad - cuti. (Day 8, Day 9)

Isnin (Day 10)
Masih di step ketiga - tapi dia tulis dah di 'shipped' oleh logistic partner - TAQBIN - dan mengambil masa 1 ke 2 hari bekerja utk penghantaran area Lembah Kelang.
Selasa (Day 11) - hari ni - masih status yang sama.

Takpe. Aku biarkan je.
Aku nak tengokkk je cemna service derang kan.
Ini lah kali pertama aku buat belian online secara cash on delivery. Kali pertama belian yang agak tinggi nilainya. Berani sungguh lah kan. Dan juga ini lah kali pertama aku dengan Lazada. Kata orang tu - kali pertama tu lah penentu segala kan. Ada yang jatuh cinta pandang pertama kan. Baek. Kita tgk, jatuh cinta ke apa dengan Lazada ni kan.

Dan, sebab aku tak bayar, mungkin kerana itu, barang dihantar lambat. Sebab - tak bayar lagi, jadi sukahati lah nak hantar bila kat customer.

Namun,
Bila aku google, ada yg siap bayar pun - lambat jugak dapat.
Tetapi,
Yana (Masya) kata pulak, asben dia selalu beli, COD gak, cepat gak dapat.
Member aku pun kata - kawan dia beli hphone, kejap gak sampai.

Oke. Dalam kes aku ni, aku faham, barang lambat sampai  sbb byk Public Holiday (PH). Dalam emel dia pun ada tulis sbb festive season jadi barang lambat. Rilek la kan. Baru hari ke 11. Tolak weekend 4 hari, tolak PH 2 hari, baru 5 hari. Rilek lah. 5 hari tak sampai. Ala, tak bayar lagi mau bising2 kan. Lain lah kalau dah bayar.

So,
just wait n see.
Lps ni dah masuk Chinese New Year, Hari Wilayah. Lagi banyak Public Holiday kan.
Dan elok lah juicing challenge aku tamat.

Tapi takpe. Aku memang tak kesah tunggu tunggu ni. Suka tunggu tunggu ni. Takpe, sebulan lagi tunggu pun takpe. Ambik lah masa utk shipment tu yer.Mungkin warehouse jauh dari Kuala Lumpur ni dan mengambil masa yang laaaaamaaaa sangat. 

*punya la aku nak beli sgt slow juicer tu, smpai aku tak baca review blog orang - pastu bila dah baca, aku yang seriau.. brr.. 

Monday, January 13, 2014

Edisi Mencari Slow Juicer

13 Jan 2013 / 11 Rabiulawal 1435

Last month (year), aku ada upload kat insta yg aku nak carik slow juicer.
Boleh baca web ni pasal slow juicer yg bagus kat Malaysia nih.

Aku tgk kat M'sia ni masih tak ramai amalkan ber-juicing nih (tp skrg Hanis Zalikha dah byk upload gmbr dia juicing n buat smoothie - maka ramai jugak la nak buat dah. Good one!). Artikel kesihatan kat Malaysia ni pun tak banyak citer pasal raw juice. Dan oleh itu, agak sukar nak carik slow juicer. Kalau juice extractor tu mmg byk. Ada beza slow juice n juice extractor. Sila lah google.

Kalo negara barat mmg banyak la. And for me, byk resepi yg aku try aku refer kat web2 omputih.
Derang dgn juice fasting la apa la.

Mmg byk khasiat dia.
Dan bagi orang cam aku yg tak suka makan sayur, juicing can be an option utk tingkatkan imuniti. Utk ini, aku nak bagi kredit yg banyak utk gynea aku - Dr Hamid Arshad yg 'paksa' aku amik pemakanan camni. Kalo tidak, entah la.. dah lebih setgh tahun... walau dah tak serancak memula, tp aku pastikan peti ais aku sentiasa ada stok utk di juicing. Dan aku sendiri tak sangka aku buleh juicing dan consume sayur hijau! Bayam, timun, celery. Sedap rupanya. Hihi. Tapi pepandai la mix kan. Kalau buh celery semata contohnya, mmg la kau akan rasa nak ter muntah. Buh la epal hijau, sedikit halia (kan halia tu penghilang rasa). Oke je buleh minum.

Memula mmg rasa leceh, tp bila dah buat, mmg akan rasa excited.
Yang jadi susah dan leceh bila takde alat yang sepatutnya.
Kalau blender biasa tu aku pun surrender. Aku tak rajin nak tapis bagai.
Aku mmg ada food processor. So, menda tu memudahkan aku. Tp kena tambah air sket.

Tapi skrg aku dah jadi obses dengan juicing - aku rasa aku perlukan slow juicer! Slow juicer ni tak payah tambah air, lps tu segala pulp (hampas) buah2 tu pun akan di extract keluar. Sbb dia slow, mmg dia akan totally perah semua jus yg ada pada buah2/sayur2 tu. Is it easy and healthy?

So, aku mula meriki slow juicer.
Kat Lazada.
Siap sign up jadi ahli (ah, bahaya nih. Haha).
Pikir2 punya pikir.
Ah, amik saja lah di Lazada.

Hihi.
Slow juicer ni mmg mostly tahap ribu riban punya. Tapi kat Lazada biasanya ada offer. Tp tu pun rega nak 'terkincit' gak la. Cuma... aku nak 'nampakkan' duit bonus - maka beli lah. Hihi.

Dah order pun. Skrg tunggu dia sampai. Aku try c.o.d. Tak pernah lagi aku c.o.d kalau beli barang. Harap2 sampai dengan baiknya. Hihi.

Oh. Ai is tak sabar nak juicing dengan slow juicer ni.
Baru la bes ber juicing challenge. Yey!!
Plus ai dah beli glass jar (by d way - nama betul dia mason jar - thanks to Dini. Ihiks). Nati ai up gmbr juicing dalam jar tu okeh.

p/s : Tu hari aku ada beli majalah I-Sihat, ada la doktor ke nutritionist cakap pasal sayur/buah organik nih. Katanya yg claim organic ni pun sebenarnya tak tentu bebetul organik ke dak. So, dari spent duit lebih tu, baik kita basuh je buah/sayur tu bebetul. Dengan produk2 pencuci buah yg jual tu pun boleh (tupperware ada). Betul jugak kan. And then, tu ari ada kat FB (fan page healthy food dari oversea lah) - yg gitau cara nak bersihkan buah2 ni dengan cuka+air. Boleh tgk sini gak dia nyer cara n sukatan tu - wash fruit with vinegar.


Friday, December 27, 2013

Juicing Challenge


Jom.
Kita sesama join Juicing Challenge.
Ni simple simple ja. Bukan detox cleanse atau juice fast.
Just buat juicing setiap hari dalam tempoh 21 hari.
Bermula 11 Januari hingga 31 Januari 2014.

This is a challenge to drink at least 1 juice a day for 21 days straight.  It's not a juice fast.

The 21-day juicing challenge is about making juicing a part of your everyday lifestyle.  Not a diet or a fad, but a way of life.  I like to call it the juicy life. 

I’m here to take you on a 21-day journey to nourish your body.  One juice a day for 3 weeks...so simple but so life changing.

Oleh kerana aku juicing pun dah tak setiap hari sekarang ni, jadi aku nak join Juicing Challenge ni.
Kengkawan yang dah start juicing pun jom la join.
Lps tu kita boleh up gmbr kat instagram juga. Hashtag #allaboutjuicing
Menarik kan.

Jom, amalkan healthy life-style. Makan secara sihat, bukan secara menyekat. Watlek wakpis. Eheh!

*MyDH offer nak belikan juicer. Wow! Tapi takpe lah. Aku kalo nak beli juicer, aku nak yg slow juicer tu trus. Lagi bes. Skrang ni guna food processor. Mudah jugak sbb siap ada tempat penapis dalam tu, tetapi kadang rasa rugi pulp (serat / hampas) dia tu byk lagi kan. Sayang lak rasanya.
*Info mengenai slow juicer - ebay

Slow Juicer - Kummel

Slow Juicer - Hurom