Wednesday, September 25, 2013

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza : 24 September 2013

Memang ada aku kengkonon cam nak beli tiket tu ari.
Ada pun aku tempek kat insta (oh. Skrg tgh cuba utk tidak terlalu aktif di insta. Dah beribu gmbr dalam tu. Rasa macam terlampau byk dah di share. Dan bila makin banyak, lagi byk pening kepala nya. Dah. Cukup citer pasal tu).
Tapi pikir2 balik, dgn tiket rega beratus tu, aku rasa..baik aku top up beli Corelle ke. Kihkihkih. Begini lah nasibnya kan. Kena buat kos lepas la. Tp tak beli pun, tak juga bole beli Corelle. Haihhh...

Tapi, kalo dah jadi rezeki tu kan.. Insyaallah.. ada lah rezeki nya. Hihi.

Pegi di hari terakhir. 24 Sept 2013.

Mmg puas hati lah. Walau aku terpikir rugi nya tak duduk depan. Tp kalau duk dpn pun tak boleh jugak nak amik gambar. Byk 'sharp shooter' dalam tu. Haha. Angkat je phone pasti kena laser. Ptt bawak kamera je. Tapi takpe lah. At least dapat pegi.

2 jam lebih rasa sekejap je pun.
Start dalam 8.45pm camtu. Dimulakan dengan persembahan Makyong (masa ni orang da angkat2 phone nak amik gmbr, terus petugas laser kan. Hahaha). Pastu malam terakhir ni ada VVIP (Menteri KPK), sempena nak rasmikan jelajah Orkestra Tradisional Malaysia. Camtu lah. Aku pun tak berapa pasti. Tp ada la sedikit acara perasmian. Lps tu baru lah start konsert.

3 kali Siti tukar baju.
Memula baju ni
kredit pic : Mstar

Segmen ni bes. Siti berdikir dgn Isey (protege Sabri Yunus. Tp mmg napak cam gaya Sabri Yunus). Ada elemen lawak2 la masa tu.

Yang paling bes segmen 4 Dara. Gegak gempita jap dalam tu tgk gelagat 4 dara berkebaya (Google je lah gaya 4 dara tu. Haha. Kemain derang yer..)

Lps tu Siti tukar baju. Keluar Dato' M. Daud Kilau. Gimik bes. Tukar 8 pasang baju atas pentas. Hihi. Menarik la. Dgn lagu cik mek molek dia. Pastu ber duet dgn Siti. Baju kedua hijau pucuk pisang (aku try google takde plak..mungkin hari terakhir ni je kot dia pakai).

Then baju ketiga, kaler purple. Cantikkk sgttt.. mmg la. Dah kaler feveret kan.

Overall. Oke. Puas hati dapat tgk gak akhirnya. Kihkihkih.
Lagipun Siti byk ber interaksi gak ngan tetamu.
Dan paling bes, our Minister (Minister KPK) pun sporting. Siti suh dia gelak sbb Siti nak nyanyi lagi Hahai hahahahai.. ketawa lah lagi.. (tah taktau..apa tajuk ntah). Kebetulan Pak Nil pun ada, jd Siti suruh dia gelak cam Prof Klon.
Oh. Antara artis yg hadir - Jamal Abdillah ada, Ifa Raziah pun ada kalo tak silap, Zaibo pun ada. Tak ketinggalan Dato K harus ada. Sbb dia duk sblh minister.

Dah last je baru bule amik gmbr. Settle dalam kul 11.30pm. Tak tahu la ada sesi bergambar ke tak. Sbb myDH kata 'dahh..jom balik...balik..' Baekkkkk.... 
Bangun je pagi terus ter ngiang ngiang lagu kurik kendi. Ceh!






Eh. Gmbr aku takde. Kang org kata aku propa plak. Tah amik gmbr sesapa.
Kihkihkih.
Nah sekeping. Gmbr dagu berlapis. Lantak. 
Taktau knpa jadi camni walau da rotate. Lantak.. haha.
Small siza sudah. Beso2 kang, aku sendiri nyampah tgk.
Miahahahahaa.

Oh. Lupa, terima kasih la Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang merealisasikan impian saya nak tgk konsert Lantera Timur nih. Kalau saya beli tiket, sure saya duduk kat atas sanun tu..nun di hujung tanjung tu... Hikhikhikhikhikkkkk....

5 comments:

Suria Amanda said...

memang nampak menarik..dengarnya sebelum konsert ni siti sakit tekak kan...ok x dia perform masa tu?

.:fyzz:. said...

ahkak..fyzz memang minat bangat ngan tok ti..dari jaman dier muda belia hingga la kawin nih..suara dier mmg merdu kan..untung akak..:))

nad said...

Waaa bestnya kak..!!!

su said...

wah, kekda..dpt free tiket la ye.. untunglaaa :)

iduraz said...

kita dpt tgok masa 1st day..masa tuk tuk staff istana budaya...heee..mmg best dia perform..nak nangis masa dia nyanyi lagu bunga melor..