Friday, September 27, 2013

Ibu Maut Digilis Lori Simen

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Kredit : Sinar Harian
****
Berderau darah bila baca. Sbb ini laluan yg aku agak familiar sejak duduk pindah area sini. Biasa sgt pun pegi Boulevard tu.
Dan tak sangka sgt kemalangan ngeri lagi tragis ni boleh berlaku kat area camtu. Ye lah..jalan tu selalunya sesak. Mana boleh bawak laju pun. Tp tu lah...mmg geram dgn lori lori ni. Nak nak lori 'siput' ni mmg bawak kurang ajar je..  

Dan nak menitik juga air mata bila tgk anak arwah ni. Siannya... trauma agaknya. Ya Allah. Al-Fatihah utk arwah. 
Tu risau je sbb area ni mmg bebudak bawak moto selamba je.. Risau. Sbb lori camni mmg byk area tu. Byk bangunan baru nak bina area situ.

Lagi berita boleh tgk kat ondscene

9 comments:

nanakimie said...

takziah buat keluarga arwah.....al-fatihah....

LYAfrina said...

Al fatiha.. Smoga roh arwah dcucuri rahmat.. Kesiannya ank arwah y tgk kjadian dpn mata. Moga beliau tabah

ejaMaria said...

innalillahi...mmg kawasan kita lalu-lalang ni sibuk...lebih2 lagi waktu peak hour... :(

Atie Nash said...

Ya Allah, kesiannya...huhu kesian kt anak mangsa

.:fyzz:. said...

sedihnya akak.......ibu tempat dia bergantung..its so touching bila melibatkan hal anak dn ibu..sobs..

myfara FLK said...

krul pun lalu masa kejadian nie...

Shazrina said...

al-fatihah..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Jee Abdullah said...

sy pon ada baca pasal ni kekda.mengucap pnjg sy.husband siap google gmbr arwah sbb dia takut jiran dpn rumah kitorg.polis jgk.apa2 pon takziah utk arwah.

mikamusz said...

tak dapat nak bayangkan melihat ibu digilis lori depan mata... Al-Fathihah...