Thursday, September 19, 2013

Gunakan Hak Sebagai Pengguna : Buat Aduan Tak Puas Hati

Wahahahaa.. no..no.. ai bkn ejen KPDNKK mahupun persatuan pengguna.
Saja. 

So, cemana? Adakah anda menggunakan hak anda sebagai 'pengguna'?
Cewah.

Tapi kan..selalu org Melayu ni, biasanya lah kan.. jarang gunakan hak kita sebagai pengguna. Terbeli barang tak elok pun, takpe... kali ni je kot.. lain kali takpe.. dapat perkhidmatan tak memuaskan pun.. tkpe.. hari ni je kot dia camtu..esok2 oke. Konon taknak cerewet sgt.
Tapi kalo bangsa lain ni, kadang time2 tu jugak dia terus complaint. Kadang oke jugak macam tu kan.
google

Ni lah.. aku tu ari, ada la pergi satu pasaraya nih. Lps tu dia tak boleh terima kad debit. Waddehel lah kan sbb skg ni mostly kedai besar dah terima debit card (bukan kad ATM yer, sbb mmg ada setgh tpt tak terima kad ATM, hanya terima debit card). Cam dulu before aku buat debit card (yg gmbr muka aku tewwww), Watson n AEON je terima kad ATM ni. Tmpt lain dia nak 'kad gmbr cerry'. Haha. Tp dgn debit card seme tpt pun boleh. Cuma, ada setgh tmpt nak kita sign resit, ada setgh tak perlu. Tak kesah la tu kan. As long mmg terima. Name it, Carrefoure  (AEON Big skang ni), BATA, Watson atau Jusco.

Tapi boleh plak tpt aku pergi ni tak terima debit card. Bukan tak terima la actually. Memula tu dia try swipe card aku. Pastu cam tak berjaya. Skali lagi dia try masukkan, pun tak berjaya. Aku tengokkkkkkk je. Aku tau sbb apa tak berjaya tu. Sbb kat mesin tu suh key in password. Patut cashier tu key in la p.word derang, baru la kad aku boleh baca. Bodo bertingkek tingkek lah. Tp aku malas la nak bising2 kat cashier tu. Dengan org q kat blkg dah tertinjau2. Nak kata aku takde duit la tu. Please yer..ini kad debit.. bkn kad kredit.. Lagi satu, mana tau, kut mmg tak bleh terima kad ke kan. Mujo aku bawa cash. Jadi, bayar lah dengan cash. 

Jadi, sbg pengguna, aku tak puas hati. Haha. Hamboii... kemain kan... Aku nak hantar emel ke hypermall ni. Apa lah. Sket punya besar pasaraya lagi tak boleh terima debit card. Lain lah kau ni kedai runcit Ahseng kat kampung aku tu. Tak pelik la kalo debit card tak terima. Ini pasaraya besar Tesco (eh. Tersebut nama plak). Haha.

Masuk web derang. Mmg dah ada cam form utk buat aduan. Dia akan mintak lah detail segala. No ahli seme, date beli apa seme. Menda ni jadi bulan 8, tp aku buat aduan tu dlm mggu lps kot. Mmg aku simpan resit tu. Jadi, ko trace lah sendiri kan. Dan kau mmg boleh detect la aku mmg beli barang kat situ. Selalu. Boleh katakan every week pun.


Jadi, tadi ada orang call. Tapiii.. pfttt.. customer service failed betul. Takde bagi salam (dia melayu and dia sah2 tau nama aku melayu). At least 'selamat pagi'. Terus je, "ni Ida ......" (ter agak2 plak tu). Dengan takde panggilan cik ke puan ke. Pastu terus 'hari tu ada buat aduan debit card kan'. Aku dah hampir nak letak phone dah sbb memula aku cam dengar kami ada buat promosi credit card. Haiii... tak boleh kenalkan diri ke. Nak aku ajar? Begini "Assalamualaikum/Selamat Pagi Cik Ida, saya Abu dari Tesco, saya dapat aduan dari cik mengenai debit card pada sekian sekian hb, betul ke?" Tak boleh camtu? Susah? Tp mmg sempat lah aku bahasa kan juga "tak boleh nak kenalkan nama ke, bagitau dari mana"

Entah. Takkan sekali lagi aku nak buat aduan kot pasal customer service etiquette plak. Susah la camni. Big hypermart with a big international name kotttt.....


Apa pun, aku sebenarnya lebih suka ke Jusco (AEON) sbb lebih selesa dgn perkhidmatan derang. Smpai kaunter je terus tanya 'ada member kad?' Swipe, bagi kita dengan hormat (sapa biasa mesti cara derang bagi - hulur dengan kedua tangan). Pastu kira.. pastu amik duit. Tak pernah ada masalah nak bayar dengan debit card atau pun ATM card. Dan paling penting, bagi resit (dan duit balance) dengan senyuman dan ucapan terima kasih (ni kau takkan dapat dari pasaraya ongtaikim atau econsave). Cuma kadang ada gak la Jusco ni cam cashier dia lembap atau paling selalu adalah tak bukak kaunter bayaran walau peak hour. Haha.

Oh. Mmg napak alah, cerewet beno budak ni, tak boleh guna debit card pun kecoh ke?? Eh.. hak sebagai pengguna oke - hak menyuarakan pendapat - boleh tgk web KPDNKK nih. Bye!

3 comments:

sweet tooth said...

i ada pengalaman report service x berkualiti dgn satu syarikat alatan kesihatan. Janji nak deliver dalam masa satu minggu....tapi nan hadooo... so i report la kat website dia. tunggu dekat sebulan baru hantar barang tu. Pastu, elok dah dapat barang, baru la terhegeh-hegeh nak reply my email and tanya detail tentang produk yg dia lambat hantar. I reply and said : u are too late. the issue was already resolved. Please improve your customer services. Hahahaha :-)

Puan Kutu said...

klu tak puas hati mmg kena gunakan hak sebagai pengguna.tp dh buat report makin menyakitkan hati la pulak kan..nak cakap pun takde etika.mai sini org customer serice nak sekolahkan.haha

Chekgu Azrine said...

Yelar u..kalau i pun tak gemo sopink bwk cash..mmg sllu guna debit card je..huhu