Showing posts with label gajet. Show all posts
Showing posts with label gajet. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Edisi Gajet : Taichi vs Note 10.1

Pui. Keinginan melebihi keperluan.
Itu lumrah. Biasa la tu. Takde keperluan langsung pun. Yang sedia ada pun elok lagi.

Mengapakah begitu.
Masalah btul bila dapat tahu satu2 benda. Lps tu jadi rasa cam eh bes nya. Lps tu lagi masalah bila dah survey harga. Lagi masalah kalo dah teringin. Haaaa.. pitam.

Notebook Asus yang latest nih.
Asus Taichi (mengapakah namanya tai chi??)
Giler bes ini. Notebook + tablet. Ini berpunca dari aku tgk iklan kat wayang masa citer Antu Kak Limah tu lah. Alah, yg iklan dia org panjat gunung, pastu jalan atas tali, pastu buleh la lepak2 atas tali tu smbil tgk notebook ni. Phew... 

Mmg baru launch rasanya kat Msia nih. Tapi harga...... seiring lah dgn kecanggihannya itu kan. Buleh buat terkancing gigi nengoknya. Ye lah, bagi orang yg kerja ado ado cam aku ni la kan. Lain la kalo keja CEO ke kan. Baca lah kat sini utk tau rega dia - Asus Taichi. Tak sanggup rasa nak tulis. Haha. Alah.. tapi rega gajet2 ni cepat turun. Kalo buleh bersabar setgh tahun, turun la kut rega dia. Hahah. Tp pastu dah update yg lagi canggih. Pheww *lap peluh* . Masuk la official web dia Asus kalo nak tgk spec dia. Mmg buleh buat tak tido malam.

Sebelum aku tertawan dgn budak Taichi ni, aku ada ter lintas di pikiran - terlintas ja pun.. bukan nak. Haha. Suka yg ni plak. Note 10.1. Kalo kaler putih lagi bes.. waaaa... kalo la gaji 12 ribu sebulan kan bes. Muahahahah....
Yang ini harga half dari budak Taichi tu. Tp nak murah buleh.. kontrak ngan memana telco. Tp idak la kan.. nak pakai berapa byk line lagi kan.
(Ini bukan Tab 10.1 ya.. ini Note 10.1 - detail sini - Galaxy Note 10.1)

Fuh..fuh... ini semua bukan keperluan. Hanya keinginan dan kemahuan. Takde pun takpe.. takyah pikir sangat. Kataku memujuk hati. Ngehngehngeh.

p/s : Kena belajar ngan dak Zana Adieyza cara2 menyimpan duit nih. Nak dapatkan sesuatu kena simpan duit. Buleh??

*all pics from official website
*update : Maklumat tambahan mengenai Asus : Myfitri Lewis

Sunday, November 13, 2011

Just Say It



Retu explore application ni ngan my dear.
Klaka dan 'amazing' juga.
'Hi Galaxy, call my dear'.
Lps tu dgr phone my dear bunyik.
Kui kui kui.

Lps tu wat msg lak.
'Text msg my dear i love you'
(tp ni tak menjadi, kena byk lagi explore nak buat camne)

Tp buat note boleh.
Dlm BI je lah. Buat dlm BM dia tak paham. Ke bleh  buat dlm BM?

Tulis status kat FB pun leh 'just say it'.
Hoho.

Byk lagi kena discover. Kalo tak menda ni jadi as phone je la.
Eh. Dah kuar Galaxy Note kan. Besar sket dari my "Si2" ni.
Huk aloh. Baru je beli ni dah kuar hok lain. Ceh!

Monday, October 31, 2011

Mobile Template

Phew. Esuk ada course. Smpai 3hb.
Nun di USIM.
Tinggal opis lagi ya. Hiks.
So, sblm tu saya takmo terputus hubungan lagi dgn anda2 cam retu.
Retu mmg la, sbb saya tak buat roaming utk "cik Si2" saya. No data roaming. Hanya call roaming utk Celcom ja yg ada. Jadi no FBi'ing, no blogging masa bercuti retu.

Jadi, ada setgh blog yg saya masuk tak bleh nak view as mobile template.
So, apa kata yg masih lum buat mobile template tu buat mobile template.
Senang je.

Memula klik kat gmbr mcm dokumen kertas tu. Klik utk TEMPLATE

Lps tu dia akan kuar gini.

Kalo disable mobile template dia akan tulis 'disable'.

So, klik kat mcm gmbr skru kat bawah tu.
Then klik 'Yes. Show mobile template on mobile devices'.
Takpe, kalo hp tak active kan data internet pun klik je mendalah tu.
Nati org lain sng nak tgk utk mobile template.
Dia ada memacam, so pilih memana satu template yg disukai.

So, bila da aktifkan mobile template tu dia akan kuar gini.


Mudah la utk kita baca dari phone.

Jadi, kalo sesapa lum aktifkan, aktifkan ya.
Esuk kalo boring dlm course leh baca blog korang.
Eh???
Salah guna peralatan nih.Twehehehehee (",)

*Napaknya malam ni kena pulun autopublish kan entry HK.
Aci tak kalo takde entry lain, hanya entry HK. Muntah kedarah tak? Huhu.

Monday, October 3, 2011

ICT Mall Cap Square

Kredit : MyMetro

ICT Mall baru buka di Cap Square.
Bleh la pegi bila2 nati.
Aku mmg sker paking kat sini je kalo gi jalan TAR (esp kalo gi Ariani sbb dkt je. Cross jalan dkt Hotel Maytower tu- jalan kaki sket da smpai).
Murah dan mudah paking di situ.
Tp bila da ada ICT MAll ni tatau la kan.
Samada rega paking dah mahai atau org da makin ramai.
Dulu mmg tak ramai la. Wayang@TGV pun bukan seme citer ada kat situ.

Tp bleh idup ke ICT Mall ni?
Kang seme ke LowYatt juga sudahnya.

Ada yg tak berapa perasan di mana Cap Square ini?
Oke. Refer map ini yg ku ambil dari PIKOM portal.


Thursday, May 5, 2011

~Pasal Galaxy Tab~

Tkde entry lagi di date yg cukup cantik ini. 5 haribulan 5. Bes!
Pagi tadi ada perhimpunan bulanan. Jadi kena la pulun wat keja2 dulu. Nyambil2 jugak la approve komen kengkawan. Dan BW jugak. Hikss.. abis la SKMM check nati ne.
Tp keja tetap keja okeh. Report segala yg bos nak da siap. Itu yg penting!

Entah angin apa merasuk ari ni.
Tetiba datang giler nak survey Samsung Galaxy Tab.

Series. Aku da ketinggalan bab gajet2 ni.
Mendalah ni dipanggil apa. Android phone?
Ter tarik menarik bila tgk si Puteri Sarah yg berlakon citer Cinta Antara Kita tu pakai. Smart je kan. My dear kata memula igt dia pegang wallet. A'ah. Mmg la. Sbb dia besar kan.
Lps tu plak smlm dlm meting salah sorang klik (yg lain dept) pun guna.
Aiyark.

Mmg haku ni. Pas satu, satu. Cena nak beli banglo ne?? Huwa huwa huwa.
Skang mmg target aku apa nak beli, kemana nak jalan buat je.
Sbb nyer, nati bila da bayar umah mmg aku duk dediam dlm umah je lah jawabnya sbb gaji potong tetiap bulan adalah hampir separuh. Masa tu kalo idup lagi blog ni (harus la idup kan), maka takde dah la citer makan angin segala yer. Mujur umah tu ada pool. If mengidam sgt, tk perlu gi hotel. Terjun saja bawah umah tu.. Tp ye ke? Kalo ada dpn mata ni biasanya mmg tak endah la kan.

Oke. Menyimpang sudahhh.....

So, bila dah jatuh chinta, harus la meriki2. Buat comparison antara satu sama lain.
Celcom pun ada, Maxis pun ada, Digi pun ada.
As a Celcom user mmg aku tgk Celcom lah. Tp Celcom cam mahal sket. 

Digi murah. Tp tatau la promo ada lagi ke tak ni.

Tp skang kan buleh je guna no lama tu tp tukar operator dia je kan.
Tp kalo taknak aku bagi je my dear aku pakai bil Digi tu sbb skang dia prepaid Digi.

Eh. Ini meriki ke berhajat ni?
Pitam nih. Pitam.
Tau kat mak aku dia bebel tak sudah kot. Igt kut da kawen, mak tak kesah da aku beli gajet2 baru ni. Tp kisah gak. Aku jalan2 sana sini pun dia kata abiskan duit je. Hihi. Tp dia tak ckp direct ke aku. Dia ckp kat akak aku, akak aku kabo ke aku masa makan kat Bagan Lalang tu ari. Hahaha. Yelah mak aku penjimat org nyer. Dpt kat aku skang.  Hancusss... 

Aku bkn lah penggila gajet seperti topik pagi Era bile ke tah. Last week kut. Aku takde pun blackberry sebagaimana hampir seme org kat opis ni pakai. Rilek je aku guna Cik Corby aku tu. Da setahun lebih pun. Alhamdulillah, takde meragam dan lasak jugak. Berapa kali jatuh, rilek lagi dia. 

Cumanya aku cpt terpengaruh bosan. Setahun aku pakai mesti rasa nak carik2 yg lain. Haha. Upss.. ni mmg statement yg kalo mak aku baca mmg statement 'membunuh diri' namanya. Hahaha.

Acena neh?? Cpt terpengaruh tul. Bkn tgk iklan pun. Tgk kat drama je pun leh terpikat. 

Citer kat member aku sorang tu. Dia kabo opis dia gred 41 ke atas dapat mendalah ni. Buleh pilih lak tu, antara IPhone 4 atau Galaxy Tab. Wah?? Bes giler oi. Kalo aku keja situ, aku pun dpt la. Ni tetiba rasa nak mintak keja kat sana. Shah, ada kosong lagik tak? Hahahaha. Kat sini Pengarah dpt la netbook sorang satu dan lain2 keistimewaan (tettt..rahsia. Haha). Tp tu Pengarah, yg tak pengarah tggu la jadi pengarah sok yer. Miahahha.
Tp apapun ukur baju badan sendiri la kan. If rasa buleh survive, tak salah kot. Tp yg salah, org pakai ko nak pakai, tp ujung bln ko duk dediam sbb duit da takde. Lps tu siap wat loan sana sini utk tampung sana sini. Eh???

p/s: Incik GT ni ada GPS. Jadi if 'YDP' kat umah tu tanya, harus aku kata sbb dia ada GPS, sbb kiterang tgh nak carik GPS skang ni. YDP tu la.. nak carik jalan keluar dari Putrajaya pun leh sesat. Hik hik.. jgn marah yer my dear.. (dia skang SR tegar blog ni.... hahahahah)

Saturday, March 26, 2011

~Pasal Dah Ada Pilihan (kot)~

Oh. Selamat Hari Sabtu.
Haevan kan dpt melepak2 camni. Suami ada keja di opis. Ku duk sengsorang kat umah meng klik sana meng klik sini. Dari Ahad, aku mmg sker Sabtu.
Sbb tu kalo nak layan wayang mmg ari Jumaat malam Sabtu. Bagi kiterang tu lah malam minggu. Kalo Sabtu tu dah la org ramai, plak tu esuknya da Ahad. Leman Lemau!
So, kali ni nak cerita lagi pasal misi pencarian ku. Retu da shortlisted 3 jenis. So, turun ke 2 skang ni. Dan rasanya da ada pilihan kot.
Tanya2 kat FB pun dpt la 2,3 komen. Sedey oh. Org tak ramai kawan camtu la. Hahaha.



Meke ni suma nak suh amik SLR kamera. Hoho. Mmg idak ada dlm senarai lah. Nak wat kehapa. Function bes bes peh tu tak reti or tak guna. Takat nak amik gmbau makanan, gambau gi jejalan, digital camera dah oke kan.
As aku reply komen derang tu la, aku bkn nyer nak blaja amik gmbr utk jadi pro-PG ke hapa, cumanya nak jadi bloggie-PG je. Hoho. Nak yg pro aku upah je kan. Eh. Projek  nak amik gmbr sempena anniv blum buat lagi. Bile eh? Err... che pidah..akak hired ekau yolah nati yo..nati akak pikirkan temanya. Ajak kengkawan lain pun chara gak kan??? :)

Anak buah ku yg baru form4 pun da pandai bagi komen utk pilih yg mana. Oh. Bebudak skang. Advance tul ngan gajete2 ni. Dah plan nati raya nak amik gmbr lompat2. Abiss..abisss kamera tu. Tu aku kata, takat nak amik gmbr anak beranak melompat2 ni, tak perlu la DSLR bagai kan. Kamera aku skang ni, kalo btul dia nyer penataannya (eceh!) pun buleh amik gmbr melompat sbb dia ada mode utk sukan.
Makanya diberi link kepada maksu nya. Leh tgk sini

So. What say you??
Rasa rasanya mana saya nak amik?
Smlm masa gi Times Square pun da jeling2 kedai kamera. My dear pun da bagi green light. (oh. beliau bagi green light je, ongkosnya masih ongkos saya ya. Teheheheh).
Nak tggu PC Fair ke cane??? Teheheheheh

p/s : entry camni aku sker kuarkan ari wiken sbb tak ramai yg masuk bwalking. Bukan per, nati ada yg meluat terluat plak nengok entry tanya review nk beli barang ni kan. Ate..... mana le kita tau kan..... hati org, bukan nya sama... Ok, peace no war...!

Saturday, March 19, 2011

~Pasal Masih Lagi Memilih~

Masih lagi dlm mode me riki riki dan men survey survey Digital Camera yg berfungsi mcm DSLR kamera. Retu aku da penah  buat entry 3 jenis kamera dr 3 brand berlainan. Mana tah entry tu, maleh nak korek balik. Maaf le kalo entry camni membikin kan org menyampah. Mesti ada yg kata, nak beli, beli je lah, duk la asek survey survey. Ateee.... aku ndak la bertanya pendapat mengkeme kan. Bukan senang aku nak beli menda2 camni. 

Tp masa tu aku ada masukkan Sony - TX5. Tp kali ni hasil survey-an aku, Sony aku da tak masukkan. Kerana apa? TX-5 tu walo mcm stylo tp tatap napak cam kamera comey2 biasa je. Lagipun aku da ada kamera kaler2 tu kan. So, skang hasil bacaan dari blog2 org. Aku shortlist lagi 3 iaitu :

Lumix DMC-LX5 - hasil bacaan dari blog Filla.
Link here : Lumix

Canon PowerShot SX120 IS - survey sendiri2 je.
Link here : Canon

Nikon CoolPix500 - latest product from Nikon.
Link here : Nikon

Ummm...rega suma lebey kuang and mmg tahap tu la bajet aku. Tak boleh over budget smpai 2k - 3k, kang langsung aku makan nasik berulam budu sbb nak nyimpan utk bercuti lagi (motip?? Padahal aku tak makan budu..)

So, mana satu eh yg terbaik dan terbagus. Sesapa yg pakar tentang kamera sila bagi suggestion. Oh, nati aku tanya gak adik aku yg kat dept IT tu. Mesti usung dia la. Dulu pun nak beli lappy n PSP aku usung dia gak. Miahahhaha.

Adialuze : sebelum ko kata suh belikan utk ko sebijik, meh aku ckp dulu
mari lah kita sesama menabung utk mendapatkan mendalah ini. Huhu.

Sunday, February 20, 2011