Thursday, February 6, 2014

Baju Raya 2014

Well.....
Biasa lah.... Haha.
Baru Rabiulakhir dah cerita pasal baju raya. Haha.

Tahun ni tak ragu ragu nak cakap pasal raya.
Sbb dah settle ganti puasa. 
Hiwhiwhiw.

Tapi, ini kira lambat la ni.
Sbb bila aku kata baru nak g beli kain, ada orang dah siap tempah.
Wow! Advance.
Puasa dah abis ganti kewww??
Hahaha. Matik la buat statement camtu. Satgi orang tu balas 'puasa ganti sudah, puasa enam sudah, skrg buat puasa sunat setiap hari Senin n Khamis'
Mahu terduduk tepi ceruk dibuatnya. Kahkahkah.

So,
Cemna baju raya tahun 2014 ni?
Kalau last year sana sini ber peplum (not include me, sbb ai awal2 kat ofis dah ber peplum)
Tapi rasanya fesyen kurung moden - plain - jadi pilihan.

Aku plan nak buat dress.
Yang ala-ala begini.
Maklum la, orang tinggi tak cukup kan, nak beli yang dah siap, mmg asyik kena alter saja.


idea fesyen raya 2014

Lepas tu terfikir, baju kurung moden pun nice jugak

idea baju raya 2014


baju raya, baju raya 2014, fesyen raya



Ayo.. takdak idea dah ni. Kain dah beli tu hari kat Jakel.
Kena hantar tempah dah ni. 

Kurung moden? Ke dress? Ke kurung moden?
Aiyark.
Tahun ni turn raya belah mertua. Vogue ber dress bagai kang, duduk berpeluh tiak di rumah plak saja kang. Jalan2 sekitar kampung saja kalau ada pun. Nak lagi bes kena pulak musim ujan kan.. syok sangat la kalau ber dress kan... hahahahaa. Entah. 

So, uols... apa fesyen tahun ini?

Dan kaler apa?
Tahun ni kaler cam tema futuristik. Tengok saja lah AJL pun tema futuristik. Kiterang nyer HKK pun tema itu jugak. Jadi, beli lah kaler yg futuristik yaw. Hihi.

9 comments:

shahrilhakime said...

Ok.. Mem awok pun udah bagi hint nak caghi baju raya dah ni..... siap mintak kaler teman dah ni... awok cakap camni je.... kang bagi kang.. warna bertuko lain jugakkkkkk...

Mya said...

ingat nak buat jubah je la kot.
kaler? kalau futuristik kelabu la kot ek?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda, sheila tak ganti habis lagi. tengah nak kuatkan semangat berpuasa ni. hehe lawanya yang lisa pakai tu. bergaya tapi still nampak sopan (",)

kekda, sheila raya pakai kain batik T___T

Jee Abdullah said...

eh sama la kita raya kampung in laws tahun ni.baju raya belum tmph. tp kaler dh identified :)

Suria Amanda said...

SA pun tgh cari kain dan fesyen nak tempah ni....bosan dah pakai baju kurung je...

ChentaHati said...

tahun ni xboleh pikir fesyen design baju raya... sebab makincik memboyot... maka kena postponed ke tahun depan... kaler pun belum pikir... anak dgn laki senang-- beli siap. maknya ni... kot2 pun beli maternity dress siap jugak... ntah ke larat ke idak nak berjalan raya...

Bunga Lily said...

Hihihi...seronok nye dia da siap beli kain nak tempah baju raye. Sy tiap tahun bln feb memang da start pk pasal tema warna baju raya.hehe
Thn ni baju raya sy benkung besalin. Suami pakai jela baju melayu thn lepas (itu adalah baju melayu idaman dia tiap thn. Bini dia yg paksa ikut tema.hehe)
Selamat memilih baju raya bertema ;)

AyangAizul said...

saya vote kurung moden...

nad said...

Kak, buat kurung moden cam gmbr baju kaler merah tu... Cun!

Kami ni tah la.. Beli dh siap je kot
Dengo cite tailor dh xmo amik tempahan huhu