Tuesday, February 4, 2014

Prihatin, Concern atau Menyibuk?


Hari ini temuduga lagi. Seharian lagi dalam bilik temuduga.
Jadi, saya tinggalkan sayang2 saya dengan cerita panjang ini ya.


Sebelum tulis lebih pjg, meh saya bagi info utk rekod dulu ya. Kut ada yg baru ikuti blog ni kan. Utk rekod - saya adalah TTC'ian, lebih 5 thn. Currently treatment with Dato' Dr Hamid Arshat d Damansara. Pernah juga remove cyst last year. 

Orang kata..kalau ada yg tnya pasal kita itu namanya concern.
Orang kata..kalau yg terus jump into conclusion itu namanya prihatin.
Semua tu bukan menyibuk. Itu prihatin dan mengambil berat.

Baiklah. Lately dengan kehadiran fb dan segala instagram, flipgram dan apa gram entah lg mmg da ditakdirkan ramai yg prihatin. Kita tk boleh jengkel pun, sbb kita sendiri yg mengajar mereka utk 'prihatin'.

Tapi kot yer pun prihatin, tk perlu la kot sampai terus buat conclusion.
Yer, ini mmg ada kaitan dgn status fb aku last week.
Aku memang da lama sgt tk up status. Ada pun sharing artikel2.
So, tu ari aku nk try buat status bersyukur. Dengan status - Alhamdulillah,  terima kasih Ya Allah.
Aku tahu ianya bakal mengundang spekulasi. Sangat sangat sangat sangat pasti dan tahu.Ramai like status tu tp tkde yg berani nk tnya direct. Ye lah, kan katanya aku garang cam ghimau. Mungkin kalau tnya nati aku jd tak waras lalu terus mencerca org. Mungkin la pd pikiran mereka. Padahal tak pun..
Jadi, rentetan dr tu aku up pula status apakah warga TTC tk layak nk ucap syukur.

Ok, sebelum tu, aku rasa semua umat yg berFB tahu dan faham yg FB ni takde s.o.p nya. Tkde status yg boleh, tkde status yg tk boleh. Semuanya boleh dan tertakluk lah kpd empunya akaun tersebut. Juga kita ni tk boleh d kawal oleh FB nih. Kalo d kawal tu lah kau akn rasa amat annoyed dgn status atau apa saja d up oleh rerakan d FB. Panas je hati tu dan rasa tak puas je dengan status orang yang tak menepati standard kita. Once, aku pun pernah rs cemtu. Siap buat entry perkara menjengkelkan d FB. But, once..lama giler dah. Ms tu FB pun masih baru d Msia nih. Tp bila aku pikir balik, what for aku nk annoy dgn status org, suka dia lah nk letak apa pun.

Dan kita kena phm juga bahawasanya status kita juga mengundang 1001 persepsi kpd org. Terutama yang jenis tuju tuju kat orang tu. Kadang kita bc status org, kita rs eh, dia ni kata ke aku ke. Padahal tidak pun. Namun, org tu juga punya hati dan perasaan, sebagaimana kau rasa annoy, sebagaimana kau rs menyampah dgn status dia, begitu juga kau kna terima pula kalau org tu terasa dgn status kau. Dia juga ada hati.

Bila dah jd cemtu, mula lah berbalas. Org ni up status camtu, org tu balas balik. Lelama tk abis. Sudahnya gaduh. Dah mengundang ketidakharmonian. Dah ter bawa bawa keluar. Itu namanya FB dah berjaya tawan kita. FB da berjaya control kita. Tak boleh ke biarkan je orgnk tulis status apa. Knpa rengsa sgt? Knpa nk sgt org tu ikut prosedur kita? Dia tulis mesti bersebab.

Hidup kita ni mudah. Jgn sukarkan. Tak mampu kita nk please kan semua orang. Apatah lg nk kontrol org. Hanya kita yg bole kontrol diri kita. Aku pun smpai skrg ada jugak tgk status, gmbr2 yg menjengkelkan, tp aku cuba utk tidak direct up status esp kalau org tu baru sgt letak. Kang mengundang keketidakharmonian. Kalau bergelodak jiwa jugak tak puas hati, jangan hamburkan kat status, carik tempat lain. Ada caranya. 

Kita mmg lah bole ckp 'eh kau ni perasan sgt lah,.aku tk tuju kt ko pun' itu kata kita. Pada pihak dia, tak tahu dia ckp 'eh, suka aku lah aku nk terasa' see, tkde kesudahan.

Kalau rasa menyampah dgn status org tu hide je, unfolo. Abis citer. Jgn nk bagi alasan nati tk track dia punya cerita ke apa. Itu namanya kita dah d kontrol oleh FB. Unfolo je dol.. masih bole tgk wall dia. Bukan unfriend. Tp itu nama nya stalker. Benci tapi rindu. Kohkohkoh.  

Susah jd TTC'IAN ni, sapa tk merasainya jgn ckp la. Ucap syukur salah, tk ucap salah. Perlukah d detailkan knpa nk bersyukur tu. Dari tk jd riak, da org kata riak.
Syukur kerana walau tidak lah kerja hebat, tp kerja tetap. Kerajaan plak.
Syukur kerana walau tidak lah dapat beli banglo, tp ada rumah dkt dgn tpt kerja.
Syukur utk semua yg ada.
Salah? Aku nk tnya lagi sekali, perlu d detailkan smpai mcm tu ke dlm fb?
Ikut suka la org nk tulis cemna. Dan org yg menulis pun tpaksa akur apa yg di persepi kan. Aku tk marah pun org persepsi aku bersyukur tu sbg syukur sbb pregnant. Sebab aku dah agak. Cuma yang aku kesalkan orang anggap TTC'ian ni macamkan tak boleh nak bersyukur pasal lain. Dan satu lagi tak perlu la nak up status yang mengecam status tu. 


Jadi itu lah. Aku minta maaf sekiranya status tu membawa ketidakharmonian.  Dan aku dpt simpulkan d sini tk semua org gembira dgn apa yg kita ada. Malahan byk sifat hasadnya. Dan aku rasa, FB bukan tpt berkongsi kegembiraan sekiranya di izinkan Allah utk rezeki yang satu itu.