Saturday, February 13, 2010

~PnStoberi dan Ahmad Nabil~

Haha.
Lu Pikirlah Sendiri... de movie.

Smlm berkesempatan menonton pilem ini.
Overall best. Menarik. Ada elemen lawak, lawak giler gelak smpai pecah panggung, sedih pun ada. Ada pengajaran. Ada subjek yg hendak disampaikan. Bukan sekadar citer yg mmg cerita.

Last tgk wayang bile eh?
Owh. Alvin tu la. Kat Ipoh. Lama gak tu. Bln 11 ke 12 tah.
Mula nak tgk 1 hati 2 jiwa tu. Tk jadi lah. Lagipun da takde pun tygn tu kat GSC BTS tu.

Ok. Ini sinopsis dari official website dia - klik

Review dari aku lak :
Patut la puteri sarah mcm tak puas ati gmbr dia takde kat poster pilem nih. Mmg banyak babak dia sbb dia heroin. Smpai kena campak dlm kolah air workshop, berlari dlm ujan lah. Tup2 takde gmbr dia. Mmg la tak puas ati.
Mila pulak ada la beberapa babak je. Tu pun tk byk ckp. Cuma sedih kasut koyak, then seronok abg beli kasut baru dan ada la 2,3 lagik.
Derang ni pun agak2 la kan. Tk pun ko buh la gmbr derang ber3 ke apa.
Ok..tu bab poster.
Lepas tu pelakon dia ramai. Special appearence ramai. Tu yg ada FT, Amy Search, Aziz M. Osman.
Cuma ada sket select. Masa Puteri Sarah tgh duk atas katil kat umah dia tup2 mcm ada kena potong. Tau2 dia turun jmpa Nabil [bila masa lak Nabil dtg umah dia] pehtu tup2 ada kat pasar malam then bwk lelaju keta, tinggalkan Nabil tgh jalan. Kat sini la rasa mcm ada scene tertinggal.

Yg melawakkan lagi ada part2 yg kump. MUH dtg nyanyi2. [paling lawak masa Puteri Sarah kena baling dlm kolah air kat workshop derang dtg nyanyi2 "padan muka..padan muka"]

Apa pun ok la. Dia sebenarnya nak tunjukkan seorang anak lelaki yg bertanggungjawab menyara keluarga. Dgn bapak dia yg lumpuh, abg penagih dadah, lepas tu ada adik sekolah lagi. Tp dia asik bernasib malang je. Cuma akhirnya dia berjaya menjadi penyanyi.

Eh. Ada lagi satu gimik. Ingat tak iklan silky girl [correct me if i'm wrong] yg puteri sarah jd model dia tu. Yg dia nak buat IC, then nak amik gmbr. Ada sorang makcik tu amik gmbr kan. Ha..makcik tu pun ada. Pun kena jadi photographer gak. Mmg lawak la time tu. Satu panggung gelak. Hahahahah.

Ok lah. Tu je. Nati rasa mcm nak tgk Niyang Rapik. Preview mcm serammmmm gilerrrr citer tu. Tp my dear kata namo lah. Nati takut nak turun paking. Hehe. Tp masa tu pun da ari kraf. So..tak dapek la kut.

Eh. Sebelum masuk wayang ada dpt sesuatu. GUESS what?? hehehehe('',)

PnStoberi : selamat thn baru cina

Friday, February 12, 2010

~Mansion di atas kayangan : Am~

Ok. Ini takde apa pun. Ia berkaitan dgn mansion tp ini adalah am kerana bkn utk mansion aku je nih. Saja nak jawab soklan my dear fren yg jauh di Algeria sanun.

Che Sue
said...
hoyeaah! dah start dah blog hal mansion..! aku baru tergedix menggoogle projek2 perumahan baru..tapi tu aa duk jauh ni payoh la..nk harap orang pun takley gak..dah aa limit loan gred aku tak seberapa..terhad pilihan dihati..
Sue,
Aku nak jwb komen ko kat ruangan komen je, tp mcm pjg je nak reply so better aku tulis sini je. Biasa projek perumahan baru ni ssh nak gugel. Kadang derang tak letak pun dlm web. So, kena depends kat banner/bunting kat tetepi jalan tu je kan.

So, ko bleh mintak tolong adik ko tgk ke, kawan ko tgk ke. Skang ko bajet nak umah area mana? And nak umah style apa. Kalo area KL leh la aku riki2. Kut ada bunting2 tergantung tu aku bagi la ko contact no. Tp yg payah sbb ko tkleh la tgk showroom umah tu.

Satu lagi mebi leh tgk kat MAPEX (ok, ini mungkin tak seswai utk ko yg jauh nun di perantauan). MAPEX kat KL ni ada 2kali sethn. Tp, tak semua developer participate. Cam developer aku tak masuk pun. Kebanyakan developer masuk MAPEX ni yg buat projek umah jauh2 nun. Yg jenis2 org tak pasan. Contoh : Bandar Tasik Puteri Rawang.
Tp kalo ko nak mudah tgk online ni, umah second je la. Umah org nak jual. Tp rata2 umah yg diiklan ni, da dijual oleh agen. Kalo guna agen kena byr se gedebuk 10% ke derang [tp aku rasa ko no hal kut..kan da simpan duit berkepuk kat sanun. Hehe].

Atau boleh guna kawan2 ke sedara mara ke riki kut2 ada org nak jual rumah. Beli secara direct dr tuan umah lagi senang. Tk perlu la byr se gedebuk camtu kan.
Ok, pasal limit loan. Aku lum citer pasal loan ni kan. Loan tu tak pakai limit ikut gred. Dia ikut gaji. So, kalo ikut gaji aku rasa ko nyer limit sama aku sbb ko pun da naik gred skang kan. So, sama (ke ko nak beli umah lebih 250k). Hehe. Tkpe, utk aset pertama ni beli yg sedang2 sudah. Tp kena la beli kat tpt yg ada potensi utk naik. Kalo tak..tak leh la harap sgt kan. Kalo aset ada potensi, beli yg murah pun nati 10thn lagi reganya jd berganda, so that time, kita leh jual umah tu, settle kan all loan wif MOF then beli umah baru (ini aku tatau samada dia jadi 2nd loan or balik ke loan pertama).
[Pasal prosedur loan aku akan citer lebih lanjut nati].
Owh. ada satu blog ni. Tp aku lupa da alamat dia. Ada kat cik ceri aku kat umah tu. Nati aku tempek sini dia nyer www tu. Hehe. Dia byk la bagi mcm advise nak beli umah, dia tulis umah mana baru naik (ke ko da bc blog tu).
So, skang ok tak?? Ko nak mintak tolong aku carik2 kan buleh je. Tp tu lah..takat2 area KL ni jelah. Kalo ada banner ke apa ke aku let u know. Tp area KL ni ngan loan kita tu, utk umah baru mmg thp apmt or high-rise apmt je lah. Nak umah ada tanah, mmg tak dapek. Itu mmg aku kompem bebeno tu.
Kena nekad je. Sbb kang lagi lambat lagi la ber dekad nak ngabihkan bayo nyer. Pehtu makin naik plak insurans nyer. Aku nyer insurans je da dkt 10k tambahan. Tp apa nak buat, lmbt buat keputusan.
Apa pun aku doakan terbaik utk ko. Moga dipermudahkan. Takde rezeki kita utk yg satu itu, mungkin ada rezeki ini. Hehe.
PnStoberi : sharing is caring

Thursday, February 11, 2010

~Ini memang Set*n~

Ha. Lantak kan situ. Da jadi memaki plak tajuk tu.
Tp aku geram ha.
Baru smlm aku buat entry pasal org buang anak.
Skali pagi td sblm nak pi keja bkk tv kuar gmbr baby yg kena hurung dgn semut.
Sgt sedih. Nak tulis ni pun aku da rasa mcm nak menangis. Tskk..iskk..iskk..

Nape tergamak derang buat baby ni mcm tu.
Kalo taknak pun, ko serahkan la pada umah kebajikan.
Kenapa? Ko takut apa yg ko sembunyikan selama ni terbongkar.
Apa, ko ingat dgn buang baby yg kau kandungkan selama 9 bulan tu boleh menghilangkan rasa takut ko suma.
Kenapa ko perlu buang dia. Ko tau tak berapa ramai kat luar sana, yg mempunyai hubungan halal yg masih berusaha untuk menimang cahaya mata.
Tp kau semudah itu je kau buang. Semudah ko buang makanan basi yg tak berguna lagik.
Dia anak kau, darah daging kau. Kenapa tergamak buat mcm tu.
Ya Allah...aku tak dapat bayangkan keadaan baby tu yg kesejukan, menangis2 kelaparan dan kesakitan di gigit semut. Sedangkan kita yg dah kulit tebal pun rasa sakit dan gatal2 kalo kena gigit dgn semut api, apatah lagi baby yg kulitnya masih lembut.
Aku doakan ko terima balasan setimpalnya. Aku pasti hidup ko akan dihantui mimpi ngeri. Ko takkan selamat.


KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. –
Utusan/GAIE UCHEL


Apa dosa bayi perempuan ini?

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Lagi bacaan di sini

Tidak kah ko teringin mendengar rengekan dan tangisan dia.
Tidak kah ko teringin memberikan air susu mu sendiri utk dijadikan makanan dia.
Tidak kah ko teringin mendengar mulut comel nya memanggil ko mama, ibu, emak.
Tidak kah ko teringin utk melihat dia menjadi secomel ini suatu hari nati.


Aku sifatkan ko mmg terlalu kejam. Biarlah Allah shj yang membalas perbuatan kau.


PnStoberi : naluri keibuan semakin kuat. Menangis teresak ketika entry ini ditulis.

~Mansion di atas kayangan: Permulaan~

Sharing is Caring.
Jadi entry ini utk berkongsi2 info dgn sesapa yg memerlukan.

Cemana nak mula yer. Rasa mcm byk je idea, tup2 blank.
Ok, kita try.

Ini kira mcm episod permulaan lah.
Tp sblm tu, aku nak pesan, sapa nak beli "mansion", sila lah beli. Nekad je. Nak pikir tak cukup duit, smpai bebila pun akan rasa tak cukup. Ok, mmg la bukan sng mcm nak beli ikan sardin kat pasar tu kan, tp ini aset yg mana semakin lama semakin tinggi nilainya [itupun kalo lokasi yg dipilih adalah bertepatan lah]. Lagi satu makin berumur kita makin tinggi lah cost insurans nyer. Jadi suma tu kena amik kira.

Tp dalam nak beli tu kena lah amik kira lokasi [bagi aku, aku amik kira jarak dgn tempat keja, dan dkt dgn tpt2 aku slalu berlibur. Huhu] Mebi sbb aku da smpai KL ni aku trus duk kat tpt yg sgt sgt dkt dgn tpt keja, sgt sgt dkt dgn tpt berlibur makanya aku pun telah menetapkan std ISO sebegitu rupa. Tp mungkin org lain dia akan pilih tpt yg tak crowded jauh pun takpe. Tp kalo nak ttpkan tpt tak jem kalo nak carik umah kat KL ni takkan ada la kan. Yg penting survey. Lepas tu nak pikir umah takde tanah ke, umah atas tanah ke, umah 2 tingkat ke banglo ke dan apa2 lah. Mcm aku, aku tak kesah suma tu as long umah tu dkt std ISO aku tu. Hoho.

Lepas tu pikir jugak nak umah baru atau umah 2nd [beli atas tgn] atau umah lelong. Kalo umah baru, prosedur mungkin tak leceh. Tp kalo umah 2nd mmg byk sket la ding dong ding dong dia. Lepas tu plak kalo umah 2nd ni kena tgk yg dijual oleh agen atau tuan rumah sendiri. Kalo nak sng trus beli dari tuan umah je lah sbb biasa agen ni dia nak cash dlm 20% dari rega umah. Kalo umah lelong lagi la byk step dia. Lepas tu kalo nak buat loan, kena pilih la nak buat loan MOF atau bank. If ko keja gomen, sure lah elok amik loan MOF. Gunakan kemudahan yg ada. Then utk org keja swasta leh la buat advance dgn keluarkan duit KWSP. Juga gunakan kemudahan yg ada. Pastu smbg lah dgn loan bank.

Aku dulu dpt "mansion" ni secara tak langsung je. Aku anta bos aku balik umah kat Tmn Koperasi Polis sanun, ternapak banner iklan umah ni. Esuknya aku search internet then terjumpa. [utk umah baru naik biasanya mmg takde iklan2 kat internet ke, paper pun jarang2 ada tmbhn kalo kawasan tu 'hot' nyer kawasan]. Rupanya umah ni da ada 3 blok yg da siap. Kiranya aku trus survey dan dpt tgk keadaan dlm umah tu sbb aku da appoinment ngan agen yg nak jual umah [blok yg da siap] tu. Tpt pun ok dah. Masih menepati std ISO aku. Kawasan melayu. So, trus ke developer office. Jadi kat situ lah bermula.



Tp idak la aku membuat keputusan trus. Dkt sebulan gak la sblm memutuskan yg aku nak beli. Ingat sng ke. Tp agen pemaju yg jual umah ni slalu msg2, so, trus la book. Letak 1k as booking deposit. Ada 2 buah yg dia offer. Satu tu selain dpt diskaun bumi, dpt jugak lagi diskaun 3k sbb view ngadap bukit. Tingkat 1 [ha..kalo nak beli mansion tinggi2 ni mmg kena beli jugak la view nih]. Then satu lagi ada diskaun bumi je sbb KLCC n pool view. So, aku amik yg nih. Hehe. Floor yg aku amik ni floor yg cina takut nak beli. Angka tingkat tu pun takde. Dia trus je langkau ke no berikutnya. Hehe. Tkpe, aku rasa floor ni ramai melayu. Hehe.

So, bila da booking bermakna da terikat lah dgn perjanjian. Sign suma2 then nati dia akan call utk amik agreement. Dlm masa tu kalo kita intend nak amik loan MOF, kita kena dptkan surat pengesahan dari majikan [amik kat HR lah] bhwa kita keja kat situ then anta la ke developer. Utk loan bank, aku tak berapa pasti. Mungkin carik bank mana kita nak buat loan lah.

Ok. Itu kita pre-phase utk agreement lah. So, kiranya bila da book, kita kena tentukan lah kita nyer pembiayaan.

So, nati aku akan cerita phase seterusnya. Kang kalo sekali harung, pening lak nak membacanya.

PnStoberi : berdoa semoga semuanya berjalan lancar

Wednesday, February 10, 2010

~Permata Yang Dinanti : Mengurut~

Ini pun salah satu usaha utk hamil.
Tp takat ni aku masih blum meletakkan kaedah ini as my 1st place utk hamil.
Dulu ada gak nak try, tp lps kes cousin my dear meninggal tu aku mcm trauma plak utk nak try mengurut.
Lagipun MIL pun tak galakkan guna kaedah ni.
Mak aku ada sebut, tp takde la dia paksa2 ke apa ke.

Aku ada baca gak dlm porem2, kata derang pas mengurut berjaya "lekat" la apa la. Ok la tu. Rezeki Tuhan dan secara tak langsung usaha tu berjaya lah.


Aku bukak citer ni bkn per.
Aku dpt khabar budak seopis aku peknen lps mengurut.
Katanya peranakan senget ke apa ke tah.
Sebenarnya dia ni pun antara yg "lambat" gak la peknen. Hampir sethn gak.
Tp nak kata mcm kebetulan [ttiba tingat lagu Suratan atau Kebetulan- sesuatu yang tak disangka..seringkali mendatangi kita..ups! cukop! ].
Ok, kat dept aku ada 4 org yg kategori baru kawen tp lambat peknen.
Yg pertama aku lah, kawen bln 12 then sorang lagi tu bln 4 tak silap aku, sorang lagi clerk aku- kawen bln 5 dan sorang lagi bln 6.
Nak dijadikan citer, ada lagi satu dept floor bwh tu plak "pantang cuit". Suma thp "bunting pelamin". Kira mcm ari ni dpt kad jemputan kawen dia, sok lusa da napak pakai baju peknen. Giler cpt kan.
So, skang antara keempat2 kami, yg kawen bulan 4 tu dah peknen [which aku kata dia berurut tu kan]. So, da ada yg "pecah telur" la kiranya. Moga2 berjangkitlah kat kami skang ni. Hehe.

Tp mcm aku kata tu lah. Takat ni aku tak rasa aku akan cuba keadah mengurut tu. Nenanti lah. Rasa mcm lum bersedia lak nak urut2 ni [selebihnya aku takott..huhu].

Owh ya, smlm ada lagi berita ttg org buang anak kan. Tp kali ni dia tak tanam lah, dia tinggalkan dpn rumah polis [eh. ye ke?? aku dgr sepintas lalu je brita tu]. Alahai...kalo taknak meh bagi ke aku meh. Then terjadi perbualan antara aku dgn my dear.
Me : kalo sy yg jumpa baby tu sy amik je.
My Dear : Ha. Mcm senang, nati kena soal siasat mana dpt la, anak siapa la. Cemana nak bawak balik kg?
Me : A'ah kan. Lepas tu nati nak sekolah cemna, surat beranak takde.
My Dear : Ha, tau pun..
Me : ..... (dlm hati - tk boleh ke amik je tanpa sebarang prosedur..susah lah camni)

Haha. Sesuka ati aku je kan. Mcm la senang, nak amik gitu je. Kalo kita jumpa kita kena anta ke umah kebajikan / balai polis eh. Then kalo nak amik, kena la wat prosedur anak angkat kan. Tp nyer.. kena gak tau keturunan kan kalo nak amik anak angkat nih. Aku da ckp ngan my dear, kalo 5 thn takde jugak nak amik anak angkat je. Mungkin napak mcm very desperate dan terdesak, tp kalo dikira dgn umo aku ni, tak buleh la nak lengah2 lagi kan. Mana tau dgn adanya anak angkat mungkin ada rezeki utk ada anak sendiri.

Eh. Ini entry pasal mengurut kan. Apa kes tersasar smpai anak angkat pulak. Lari tajuk sungguh lah. Ok lah. Nak tgk cafe jap. Sapa lum melawat, sila lah melawat la cafe sy. Sudah dihias dgn Valentine Deco. Hehe. Nama pun da tukar. Lalalala.

PnStoberi : masih mencuba dan trus berdoa.