Friday, July 2, 2010

~Pasal Family Day~

Suma org sibuk2 nak gi Family Day esuk.
Siap ada rumah2 pasukan suma dah.
Banyak hadiah bes. Mcm ini lah.

Pic from here

Buang kenderaan tu. Yg barangan elektrik mmg bbetul yg ada dlm gmbr tu. Eh. Washing Machine takde. Tp peti ais, tv LCD, DVD, microwave mmg ada. Dia nak kasik suma yg pegi dapat adiah. CUma ikut lucky nya adalah kita dapat adiah besar ke kecik. Tsskk.. mebi it's not my lucky this time.. tkpe..tkpe..Bukan sesaja taknak pegi kan.
Uhh..sgt rasa cam terkilan juga.

Tp apa nak buat.
Antara Hari Keluarga dan Keluarga pastinya aku pilih Keluarga.
Sbb dah lama dah mak tak buat kenduri arwah ayah.
So, terpaksa buat kos lepas.
Dan balik kg.
Kecuali lah kalo utk kerjaya mcm kursus Induksi, PTK, harus lah buat kos lepas utk family plak

Kalo ada yg kata mmg aku sebenarnya cari alasan taknak pegi tu mmg tak patut benar lah.
Tkpe arr..org ada ayah leh la ckp. Atau mungkin ada yg kata 'tak perlu lah hadir kenduri arwah tu. Org da takde..nak buat cemna. Tk perlu buat kenduri. Doa dari memana pun boleh. Hari Keluarga ni bkn selalu'.
Kalo ada yg ckp mcm tu pun..aku accept je. Terpulang la pada persepsi sendiri.
Bagi aku, walo ayah aku da takde, walo aku boleh kirimkan doa dari kejauhan, mak aku masih perlukan aku balik. Aku tau walo mak kata 'terpulang lah nak pi mana'.
Masa memula aku gitau 3hb ni aku ada family day opis, mak kata dia tak kesah kalo aku tak dpt balik kg. Tp takkan la kan.
So, bila call balik gitau nak balik kampung, suara mak ceria.
Yelah. Kat kg ada abg n akak ipar aku je. Takkan nak biarkan derang je selesaikan kenduri tu. Kami org kg. Takde catering2 nih. So, perlukan la tenaga org muda sket.

Mana yg paham keadaan aku tu ok je. Tp aku tau, ada yg 'buat muka' yg aku tafsirkan - apa la salahnya tak payah pegi kenduri bila aku kata ada kenduri. Sapa suh buat muka kan.. aku tafsirkan gitu la. Belum smpai waktu diri sendiri. Esuk da kena kat batang idung sendiri baru la tau kan.

Apa pun aku tau mmg seronok. Moga len kali aku boleh join. Panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, boleh la pegi. Kterang mmg lama da tak buat family day sbb kiterang terikat dgn byk event besar. Ni pun abis family day sibuk promosi kerja kahwin plak. Emmm...

Selamat bergembira korang yer. Nati upload gmbr banyak2 tau....

PnStoberi : Disadvantage kawen seopis = sorang tak dpt gi, otomatik da jadi short 2 staff. Huhu

Thursday, July 1, 2010

~Pasal FS dan Jejai~

Wah. Mari kita berangan jadi blog gosip hiburan pula.
Jap..jap..nak pikir. Kalo jd blog gosip, apa nama blog paling sesuai?
Oh PnStoberi ? Bebel PnStoberi? Hangatnya PnStoberi?
Urghh..tiada satu nama pun dapat dipikirkan.
Jadi maintain je lah jd blog tanpa ada motip.

Ok, berbalik pada citer FS dan Jejai.
Aku takde keinginan pun nak citer dlm blog ni.
Kalo nak korang search je. Kuar beribu2, malah mungkin berjuta2 citer pasal 2 insan bercinta nih.

Cuma saja nak kecoh kecoh.

Aku tak kata salah nak letak gmbr mereka ni. Ok je..buh je pun gmbr sesapa. Termasuk gmbr Ronaldo yg patah hati (dlm ati ada taman juga si Ronaldo ini ya). Itu hak mereka.
Meminjam tagline 'penyebar fikiran rakyat' mari lah kita berpikir kehebatan FS ini ya. Eh. Masa Datuk Siti umumkan nak kawen dgn Dato K dulu ada tk masuk muka dpn sokkaba? Aku tk ingat, lagipun masa tu aku sibuk ber induksi (eh. eh..ingat plak ya.. hahahaha).
Apa pun ,aku sebenarnya suka FS neh. Agagagagaa.. kantoiii :P

~Pasal Ribena~


Korang sker Ribena?
Aku sker. Tp tak la dijadikan minuman harian plak kan. Ingat aku kanak2 riang Ribena.
Tetiba rasa nak citer pasal Ribena sbb baru kejap ni tadi makan nasik goreng buat air Ribena.
Air Ribena tu aku amik dari umah kg. Anak buah aku nyer.
Ok napak mcm kejam giler sbb cilok anak buah nyer kan.
Tp kalo mak kepada anak2 buah aku yg suh amik, iaitu kak cik aku dgn alasan "bebudak ni tak suka minum Ribena..rugi beli jer" Dari kejam tu jadi mulia la kan. Sbb membazir tu tak elok kan..amalan syaitonnnn.
Okeh, jd kami suami isteri dpt la minum Ribena. Huhu. Mmg lama da ingat nak beli tp mcm 'eh..apa hal nak minum Ribena plak'.
Aku bukan apa, bila lama tak minum Ribena ni, rasa mcm bes sgt dpt minum.
Apatah lagi Ribena ni mengingatkan aku pada zaman kanak2.
Masa sekolah rendah dulu tiap2 hari aku bawak air Ribena ke sekolah.
Masa tu botol dia kaca. Skang da botol plastik.
Dulu ada berita pasal vit. c dlm Ribena ni kan. Yg ada kajian kata Ribena ada Vit. C tp sebenarnya takde tu. Tah aku pun tk phm. Ala..da tetua ni tak perlu la nak ada minuman vit. C neh. Minum ilangkan dahaga dan menyedapkan rasa je udah. Heh!
So, esuk pi opis mao bawak air ribena. Hoho.

~Pasal Buli Lagi1~

Eksklusif mStar: Komandan MTD Diarah Tukar Ekoran Kematian Pelajar

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan semalam mengarahkan Komandan Maktab Tentera Diraja (MTD), Kapten Alias Baharuddin ditukar serta-merta ekoran kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera Rabu lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bercakap kepada mStar Online berkata, pelantikan komandan baru telah dilakukan oleh kementerian.

Beliau menegaskan, tindakan drastik yang dikenakan terhadap komandan itu adalah wajar memandangkan beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan para pelajar berada dalam keadaan baik serta berdisiplin.

"Tindakan itu adalah serta-merta dan wajar. Saya mengarahkan supaya komandan ditukar.

"Saya gantikan komandan bukan bermakna dia tak buat kerja. Tapi dia perlu bertanggungjawab dalam kes ini dan menerima hukuman," tegas beliau di sini semalam.

Bacaan lanjut : Mstar

*****

At least something tlh dibuat dan Kementerian berkaitan memandang serius perkara ni. Harap arwah Naim pun dapat pembelaan yang setimpal. Tunggu laporan bedah siasat pula.

~Pasal Tempat Baru~

New Month.. New Home....
Eh. Manade home..silap..silap..
Just new office..eh new office pun bukan.
New place jer. Eh bkn jugak. Eh..da suma bukan apa yg btul.
Yang btul nyer - berpindah ke tempat baru. Bangunan, tingkat still sama.
Ok.. kita mulakan dengan Bismillah utk ke tpt baru ini.
(err..da tk dpt tgk la my dear lalu lalang nati. huhu)
PnStoberi : Sama je mana2 pun.. apa ada hal.. eh eh waka waka eh eh