Showing posts with label kasut. Show all posts
Showing posts with label kasut. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Edisi Sandal Flat Tapi Tebal

Sorrryyy...
Gmbar kasut plak kan.
Takde manners. Hihi.


Maaf kalau napak kurang bersopan dengan memaparkan gmbr kasut plak tetiba.
Takde la. Nak citer pasal sandals ni lah.

Oleh kerana masih 'gayat' rasanya nak ber high heels, aku tercari2 la kasut yg "flat tapi tebal".  [Yes, boleh dikatakan saya mmg peminat high heel. Saya takde masalah utk memakai heels. Selesa ja - kalau utk acara formal lah. Selipar tu mmg la yg paling selesa. Tp takkan  kau nak masuk bilik meeting pakai selipar Tatsing. Jangan buat hal!].

Memula igt nak g Fest City, carik kat BATA situ je. Salu kan Bata je byk fesyen ala2 makcik2 ni kan. Hihi. Sbb ada satu aku beli kat Bata. Mmg comfy. Tp myDH kata kasut tu dah 'daif' beno. So, bila boss suh g outstation, aku terpikir kasut. Haha. Giler remeh menda nak dipikir. Ye lah, outstation ni kira official matters kan. Kau mahu pakai selipar jopun ngan baju kurung naik flight? Dah la ari Khamis, batik plak tu. Mmg la tak salah. Malah, takde pun polis nak tangkap kalau aku pakai je baju batik ngan selipar. Tp itu kan etika pemakaian. Agak2 la kan. Imej katanya. 

Jadi, ptg sblm nak g outstation mmg nak g AEON BIG. Tambah stok buah/sayur. Dan elok la situ mmg ada Bata. Skali... udah tutup wey Bata kat situ. Ate', tak laku gamaknya kan. Mujo ada kedai kasut XES ni. Oke la dari takde. Murah je. RM25 sajork. Eh. Oke la. Selesa ja. Tu aku amik gmbo tu kat Airport sementara nak tggu naik flight balik KL lah. 

Jadi, pasni nak carik lagi. Nak buat kasut pakai raya plak. Dulu mmg heels sesaja pilihan. Skang takut pun ada dah nak pakai heels, cam rasa memberi tekanan pada area yg incision tu je. Padahal takde pun kan. Perasaan aku je. Tkpe, sok dah lama sket baru pakai balik. Suka. Mmg suka pakai heels. Entah. Lebih kompiden kot. Lagipun aku kan kemetot. Hahahaha.

Oke. Sekian citer pasal kasut.

Friday, November 16, 2012

Edisi Kasut : Jenis-jenis Kasut

Ini namanya High Heeled Shoes jenis "PUMPS". Yg ni mmg selalu je ada jual kat kedai2.


Ini juga High Heeled Shoes. Jenis "SLING BACKS". Kalo aku, mmg ini lah yg byk dlm koleksi kasut ku.

Ini pun dikategori kan High Heeled. Ini namanya "Wedge Sandals". Hok yg aku nak carik tu. Dulu cam kureng suka. Skang dah suka. Hihihi.

3 atas tu seme pun jenis "High Heeled". Skang kita tgk jenis "Flat Shoes" pulak.

Ini namanya "Flip Flop". Alahai..nak panggil selipar pun boleh ni. Tp nak urban.. panggil lah Flip flop. hihihiw.

Kemudian, flat shoes ni ada juga sneakers. Ini contoh "SNEAKERS". Kasut utk bersukan pun buleh juga ni kan.

Ini pula dipanggil "Espadrilles". Owh..baru tahu nama dia gitu. Derang panggil kasut kungfu je ni kan. Huhu.

Ini kasut pengawas. Hihi. 
Oke. Ni namanya "Mary Jane".

Yang comel ni, seme orang pun tahu - "Ballet Flats". Tp smpai la ni aku takde 'kekuatan' nak pakai kasut cenggini. Hehehe. Adakah aku takut 'semakin rendah'. Hehehe.

Ini je lah dulu. Ada byk lagi. Boleh tgk kat web ini : Heels. Seme info pun aku amik dari web itu juga.

Thursday, November 15, 2012

Edisi Nak Wedges

Bukan cheesy wedges ni.
kredit : google
Tapi kasut wedges.
Jap nak pikir. Ada ke tidok aku kasut ni eh.
Rasa cam takde.
Cuci2 mata kat Zalora.
Comel sgt ni. hihi.
Ini juga menarik.

Ini juga wedges eh.
Kalo camni, aku byk la dulu. Dulu masa sekolah and kat U ada musim kasut tebal cenggini kan.

Yg camni mmg tak pernah. Tp sweet lah. Matang sket. Mostly kasut aku sure ada riben2. Skali kita beli camni plak.
Gambar seme kredit to Zalora. Byk plak kasut cecantik situ. Nati lah, da setel seme keja2, buleh la beli. Retu nak beli cardigan tu, tup2 bukak balik dah habis plak. Ceh!

*nati nk buat entry beza jenis2 kasut  ni. Ada wedges la, stileto la, platform la, heels la kan. Aku pukul rata je. Seme pun kasut. Dulu kawan aku penah tegur, katanya yg bertutup kasut, yg terbuka cam gmbr2 kat atas tu namanya sandal. Ohhh.....