Showing posts with label emel. Show all posts
Showing posts with label emel. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Edisi Pengumumuan : Pertukaran Alamat E-Mel.

Salam Jumaat sahabat2 blog ku :)

Wah. Tetiba kan bersalam Jumaat bagai.
Hihi.
Ye lah. Hari Jumaat. Harus ceria ceria khen.

Lagipun baru naik dari dgr ceramah ni tadi.
Alhamdulillah. Dpt juga memberi makanan pada 'jiwa'.
Kita ni kekadang tak buleh biar jiwa kita ni 'kosong' tanpa makanan kan.
Kalo takde kerja urgent, ringan2 kan lah kaki tu kejap menikmati makanan jiwa nih. Kalo ada kerja urgent, itu lain cerita. Tapi sesaja malas ah aku nak dgr ceramah agama, boring! Susah la nak kata, ye dok. Menda camni bukan boleh dipaksa2.  
Mungkin juga ada yg dah hehari dapat makanan jiwa yang lain.
Macam tgk ceramah ustaz Kazim Elias ke, program Celik Hati ke, Al-Kulliyah ke, Ehwal Islam ke kan. Takpe. 
Tak cakap org lain. Housemate aku pun jarang pegi menda camni. Katanya ada kerja. Oke lah kalo betul mmg ada kerja. Kalo takde. Itu urusan dia. Lantak lah. Aku ada juga sindir2 kadang tu. Tapi mungkin betul dia byk keja kot. Aku doakan moga dia mendapat hidayah di hari lain untuk turut serta di majlis ilmu yang byk manfaat tu :)

Eh. Macam dah lain cerita plak.
Tu nati aku cerita sket pasal ceramah tu ya. Bes. Tajuk dia Mencari Keredhaan Allah SWT.
Timb Mufti Negeri Sembilan yg bagi ceramah. 

Oke, sebenarnya nak gitau. Pagi tadi dpt emel.

LOL.
Baru lah ku tahu.
Patut la aku sering je tak dpt emel.
Aku byk guna emel (cikstoberi) ni utk urusan tak rasmi termasuk utk seme laman sosial.
Itu takpe lah. Memerlukan password kan.
Cuma... tu lah. Di blog satu lagi, org yg meng emel aku biasanya atas urusan yg lebih 'private'.  Sgt kesian bila urusan camtu terhantar salah.
Mungkin silap aku juga sbb buat nama konon cam comel sgt kan 'stoberi'. Haha.
Jadi, walo aku dah pakai nama ni dah lama.. dari zaman aku 'cik' lagi kan. Bermula pada tahun yg aku start gile dan obses pada strawberry iaitu sekitar 2005/2006 camtu la kot. Emel tu lah lahir dulu baru lah blog ni lahir. Sbb tu blog ni jadi 'puan'. Miahahaha.
Maka, dgn ini aku akan tukar alamat emel bagi urusan tak rasmi.
dari cikstoberi@gmail.com kepada idaramli2011@gmail.com.
Ini pun dah lama aku create emel nih. Sebagaimana 2011 tu lah. Huhu.
Mujo juga ada emel "pendua" kan. 
Dan 'tua' pun kan. Takyah la nak guna emel cik cik lagi kan. Harap2 takde orang tersilap lagi ya.
Tulis pepenuh tau. Kang dtg lagi emel dari org yg nama 'idaramli' je plak. (T___T)

So, itu saja.
Utk cik siti stroberi, maaf ya.. byk pula emel tak berkaitan yg sampai. Sy rasa makan tahun juga lah awak terima emel utk cikstoberi sebenarnya. Huhu. Sy minta maaf yer Siti. Dan terima kasih juga kerana sudi jejak apa perkara sebenarnya yg terjadi. Huhu.

*sapa yg dah biasa guna cikstoberi, pun masih buleh gunakan emel tu sbb emel tu mmg tak di delete. Cuma pastikan lah ejaan tu ya. S.T.O bukan S.T.R.O
Clear ya.
Maceh!

Tuesday, February 19, 2013

Edisi PayPal Katanya


Emel ni mmg buleh org terpedaya.
Ye lah. Tetiba je kita terbayar ke akaun lain kononnya.
Tapi tak perlu la buat camni.
Napak beno menipu nyer kome oii...
Dah la hantar ke semua staff kat ofis nih.
Lagi lah menipu woi.

Bila bawak cursor ke link tu, mmg ter pegi tpt lain.
Jgn la sesekali ter klik plak.

Aku ni walo salu buat online payment, aku masih tak berani nak guna paypal.
Biasa mmg aku buat direct payment ja.
Memacam lah nak buat menipu orang hoi.
Byk nyer org jahat dlm dunia ni hoi.

Wednesday, October 19, 2011

SPAM Mengong

Letih....
Serious menyampah sampah tul ngan emel sampah nih.
Salu pendek2 je. Kali ni ha..amik ko. cam tulis blog kekdahnya.

Masalahnya......
Ada org percaya ke ngan mendalah ni?
Aku rasa kut bagi kat lembu ke keldai ke dia pun tak percaya.

Mengong buat penuh inbox aku je.
Pelik nya sampai ke emel rasmi.
Emel cikstoberi tu jarang2  la dapat (sbb dia trus ke SPAM)
Delete mmg delete, ignore mmg ignore, tak baca pun, tgk pelik camni mmg delete je lah.
Tp menyampah.

Tapehapatah modus operandi camni.

Heloo..kami org Malaysia dah kaya, taperlu da duit juta2 tu.
Tapi sapa nak, bleh contact si Joanne nih. Leh beli Gtab puluh2, bleh beli S11 ratus2 bijik dan gi melancong seluruh dunia.

Satu lagi yg aku menyampah emel suh buat pinjaman Peribadi tu. Sgt2 la annoying. Dia pukul rata je bagi ke seme orang. Mementang keja kerajaan kan, sng2 nak suh wat pinjaman. Heh! Meniaga duit plak yer org skang ni. Annoyinggg.....

Sekian,
Saya yg menyampah!

Thursday, September 23, 2010

~Pasal emel spam~

Selalu tul dpt emel terhapa nih. Apa nama dia? Emel spam kan? Kadang kat emel opis pun dia leh ter bolos. Ini baru kejap tadi aku dpt melalui gmail. Salu aku ignore je emel2 camni sbb mmg tau spammer nih. Tp ari ni saja aku balas. Tgk yer apa aku balas.
Dia emel gini ::::::::

How are you? I traveled out and just returned from my oversea trip. Please can I communicate with you confidentially? I have raised enough capital to invest overseas, I want to penetrate Asia market but I need a local person to guide me through. If you are interested let me know so that I can make the necessary arrangements. Do not worry if you have no capital to join and partnership with me, I will make adequate compensations for your assistance.(It is negotiable)

I will give you more details of myself and my business plans when you indicate interest. I await for your email soon
Regards
Buley

Aku reply gini (sebenarnya nak je aku balas - eh..nama ko buley kan? buley blah laaaa!! haha) :::::

hehe...mana dpt emel ni?? cemana kita leh jdi partnership ni?? lawak la awak nih?? tkpe la..cari org lain okeyy... saya ni..biar la hidup secara sederhana je. Lagi pun tu yg diajarkan oleh Islam, agama saya.

Terima kasih yer..

Mungkin ada yg lain berminat..

Bye bye..

**

Haha...korang ada yg berminat nak buat bisnes ngan dia?? leh la email ke dia nih 
ROBERT BAILEY <Callisdunsun@web.de>

source

Monday, April 26, 2010

~Pelik Tapi Benar

Baru dpt thro' emel. Mula baca dulu. Ok la..tp tgk tang last..rasa mcm tah pehapa je. Tak kuasa la aku nak berantai kan dia. Tp utk yg atas2 ni buleh la utk dijadikan panduan bersama. Betui ke tak Dr. Fazilah Kamsah kata aku pun tatau lah..

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

**Ok dah baca. Skang sblm lanjutkan pembacaan, sila tahu..sy amat benci dgn emel yg ada tulis suh berantai kan emel ni. Buleh mintak tolong tak.. kalo sesapa nak antar emel forward-forward yang berantai2 ni tolong edit sket. Hantar yg boleh dijadikan panduan ni cukup la..tk payah la yg kata sbb anta emel pada 12 org, 22 org, 333 org ke dpt rezeki esuk. Haishh...kome' ni. Tp kalo korang nak terai, sila copy dan emel kan pada kengkawan korang. Dpt rezeki terpijak tu sila la kongsi sesama ya!**

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke
rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak
disangka-sangka. ..Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu...
Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah! Alhamdulillah.

Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan
Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
Percaya akan keajaiban bulan ini.

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALAU KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.



-----------------------------------------
Pelik Tapi Benar