Showing posts with label bufet ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bufet ramadhan. Show all posts

Monday, July 15, 2013

Bufet Ramadhan 2013

Serasanya lama dah tak ber buffet Ramadhan ni.
Dulu rajin gak. Tp takde la selalu. Kira ada la pegi kan. Saja. Nak merasa.
Gi ngan bebudak ofis. Dulu masa sblm kawen g ngan geng2 dari porem mesra dot net aku tu. Dak Dee, Hana n Kak Julie. Masa tu seme pun belum kawen. Aku pun cam pelik, ber tenaga plak tu aku ke MValley, ke Shah Alam bagai. Pernah skali nak carik Pizza Hut, jenuh smpai ke Subang. Aku pun tatau apsal buleh ke Subang tu. Padahal Ampang Park, KLCC pun ada Pizza Hut (-_-"). Bukan je berbuka bersama, meredah jalan TAR pun bersama. Berbuka puasa dulu kat McD Sogo tu (siap berebut meja bagai), pastu solat pastu gi jalan TAR. Eh. Tk buleh bayang kalo aku buat skang ni. Skang ni rasa nak tido je banyak nya. Haha. Sampai laki aku bising2. Eh. Kira oke lah kan sbb aku dah masak utk berbuka. Nanti aiols show uols makanan berbuka ai okeh. Ai nak buat once a week je tunjuk makanan berbuka. Hihiw.

Masa g ngan bebudak ofis, takde la pegi ke hotel. Kami g restoran2 je cam Intai-intai, Satay Station, Tupai-tupai. Skang ni takde dah. Last year aku dah tukar unit kan. Bebudak unit aku skang ni seme dah beranak pinak. Dulu kami2 double double je. Hihik.

Ari tu ada deal kat Groupon. Buka kat Dorsett. Tnya myDH, dia kata oke je. Lps tu Dorsett ni mmg la sekentut je dari opis aku. Dekat nau. Mmg plan kalo nak pegi tu jalan kaki je (ye ke? nak ke aku jalan kaki?) Tp mmg dekat la. Takyah nak pikir jalan jammed ke apa.

Sikitttt je lagi nak bayo. Sikittt je lagi... Mmg dah tekan buy now dah. Tinggal lagi nak tekan Maybank2U tu je. Dapat RM65 tak silap aku. Lps tu bila aku tekan quantity 2, dia jadi RM130, terus pikir punya pikir punya pikir dkt nak 100x. Muahahah. Aku pikir, tambah sket lagi, aku boleh beli tiket fireflyz gi Langkawi [err...tu ari aku dpt tiket ke Langkawi, Fireflyz RM196 utk 2pax return utk bulan Januari  2014. Murah tu. Sbb FF ni luggage pun dia bagi 20kg sorang. Tapi ada poblem sket, langsung tak amik. Pastu tgk balik semula, takde dah. Lantok ah!]

Tapi itu lah rate yg termurah kalo kat hotel. Sbb rata rata rate RM80 ke atas sahaja.

Tgk ini

Ini kat Hotel Istana
Concorde
Impiana

Nak tgk lagi tpt2 lain, ce klik web ini : http://ramadhanbuffet.blogspot.com/search/label/Kuala%20Lumpur

Rasanya takde la kot nak ber bufet bufet nih. Tambah lagi aku ni mmg tak suka makan. Makan kuih seketui pun dah kenyang. Nak suh makan buffet beratus ratus ni kan.  Takpe lah. Masak je lah. Seratus lebih tu buleh makan utk seminggu. Muahahaha.

Tapi cam bes je kan... sekali skala.... Errkkkkkkk!! 
Tolong Groupon. Buat deal tpt lain plak pleasee... yg dkt area KL. Muahahahah :P

Wednesday, August 3, 2011

~Pasal Bufet Ramadhan 2011~

As per tahun2 sebelum ni kiterang misti ada acara makan2 buka puasa bersama2. Ngan adik2 kat opis ni lah.
Tahun 2009 kiterang ke Satay Station.
Last year ke Tupai Tupai.
Thn ni tatau lagi ke mana.
Aku serahkan pada adik2 aku buat pilihan.
Aku tukang bagi senarai je.
Antara yg aku da dpt yg napak cam bes!

Pannaz Restaurant.  Macam bes gak bila tgk list menu dia kat sini. Buat pedey prot je tgk ptg2 ni.

Then Intai Intai pun cam bes gak.

Cerana pun ada gak - RM49.50

Lps tu Sekinchan Ikan Bakar pun ada bufet gak. RM39.90 nett.

Itu je antaranya yg jumpa sbb bajet kami below RM50 ja. Jadi, tahap hotel2 mmg takdak la kan.

Biar la derang pilih. Nxt week la kalo nak pegi pun. Dalam ari Senin ke Selasa ke.