Monday, January 13, 2014

Cruising : Journey Begin

Ingat ya. Bukan Star Cruise. Tapi Star Cruises. Ada S di hujung. Huhu.

Salah satu percutian impian. Yang telah tercapai. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini :)
Seperti biasa, bulan Januari harus ada percutian. Sbb aku drag percutian anniversary yang sepatutnya berlaku pada bulan Disember. Hihi. Ye lah. Acik bagi peluang pada orang yg ada anak2 sekolah bercuti pada bulan doblas tu. Bulan 1 baru acik pergi. Selalunya begitu lah. Tahun 2011 ke Sabah. Tahun 2012 ke Langkawi. Tahun 2013 ke Vietnam. Eh. Itu tak jadi lah. Haha. (aik. Mana tahun 2009, 2010 ? )

Sebenarnya takde la plan sgt pun.
Bulan 9 tu lah. Pergi Matta Fair. Tujuan cam nak beli utk ke tpt2 lain.
Tapi nyer terpandang lah booth Star Cruises ni. Promotion buy 1 free 1. Maka, dalam masa kurang setengah jam terus kami decide utk bayar booking. Hihi.

Oh. Ekceli kan, dia bukan la cam beli tiket flight - beli awal dapat murah. Takyah camtu. Anytime je pun boleh pergi dengan harga itu. Nak pergi bulan 10 pun dah boleh. Tp kami sengaja lah 'simpan' utk bulan 1. 
On top of that - thank you Matta Fair - now everybody can cruising. Haha. Mampuih la Tony Fernandes marah amik tagline beliau (-_-")

Kalau tak beli kat Matta Fair, Groupon pun selalu gak buat deal ni. Macam yang ni - groupon pakej
Kalau tak mau gi naik kapal lelama, boleh jugak naik yg 1nite tu je. Gi open sea. Naik dari Penang - dia cruise satu malam - then esoknya kembali ke Penang dan check out. Oke jugak kalau nak merasa yg tu kan. Kalo kat Groupon siap pakej tido hotel semalam lagi. Bes jugak kan. Contoh camni ha - groupon

Oke. Untuk info, Star Cruises (SC) ni ada 5 jenis kapal - Superstar Virgo, Superstar Gemini, Superstar Libra, Superstar Aquarius, Superstar Pisces. Boleh tgk kat web SC utk detail. Situ ada harga, destination bagai lah. Tengok je lah.

Biasanya kat Matta Fair depa akan promo Superstar Libra. So, yang itu lah yang acik naik. Penang - berhenti di Phuket - berhenti di Krabi - dan kembali ke Penang. Gitew. Kata orang tu, jadi lah asal merasa kan. Kat Malaysia ni port dia 2 je. Satu di Penang, satu di KK. Yg KK tu Superstar Aquarius.

Orang mesti tanya. Best tak?
Hihi.
Giler nak kata tak best.
Tapi jawapan sebenar aku


Pengalaman berbeza. Ye lah, selalunya atas darat je kan. Ni amik kau.. 4 hari 3 malam atas kapal. Tapi rasanya tempoh tu oke lah. Kalau panjang lagi, mmg boleh termuak atas tu. Dah tu - pusing2 situ jugak. Betul lah turun jap ke darat, tp balik semula ke kapal.

Makan cemana?
Pasal makan jangan risau. Cukup sesangat. Tak sempat lapar pun. Makan sehari 4x. In fact, salah satu restoran dapat certified Halal Jakim (yer, ada byk restoran/cafe atas ni - 5 kalau tak salah - 3 tpt yg inclusive dalam pakej) . Info : Berita Sinar Harian

Awal2 tu punya la pening2 aku pikir nak naik apa dari KL ni kan. Kalau kat Matta Fair tu, ada jugak travel agent yg jual tiket cruise ni beserta bas dari Berjaya Times Square. Aku tak amik yg tu. Aku amik direct dr sykt SC. Flight mmg tak masuk list sbb jauh jarak dari airport ke port. Lagi nak pikir nak g airport kat KL sana lagi kan. Totally reject plan utk naik flight. Then pikir naik bas. Buleh juga, tp bas smpai awal Subuh plak. Mana nak lepak. Taknak la haku. Pastu plan nak naik tren. Kebarangkalian nak pergi dengan tren ni mmg tinggi lah. Cam aku pernah cerita, aku nak yg katil ada cam bilik tu. Malangnya, akibat confident tinggi tiket ada lagi - konon tak cuti sekolah - pergi tanya tiket pun lagi 2 hari nak pergi - maka... mmg la padan muka. Tiket abis. Aku tak mahu katil yg ramai2 tu. Tak syok. Oleh itu, alternatif lain adalah naik kereta ja. Tapi kami tak bawa chemerah. Sayang ooo nak tinggal 3,4 hari tpt orang. Huhu.

Sbb bawa kereta, kita naik feri lah.

Oh ya, barang2 lak, paling penting 3 barang ni jangan tinggal ya. Wajib ada.

1) Kompas. Paling terpenting sbb nati nak solat. Mana nak carik arah kiblat dalam kapal kang. Takkan nak agak2. Boleh la nak tanya reception counter, tp mostly derang bukan Islam ya. Tp kut nak tanya arah matahari turun, naik boleh la kot. Mudah - bawak je la kompas. Sesiapa kaki travel takkan takde kompas kan.
2) International adapter. Ni kalau tak bawak cemna nak caj phone, kamera semua. Taktau la kalau boleh mintak pinjam. Tp aku rasa better la bawak sendiri. Takyah nak pening kepala.
3) Sunblock - unless kau  mmg nak kulit tanned. Huhu.

Oraits. Ni baru journey begin kan. Tak bule citer panjang2 sgt. Nanti lagi meleret plak ceritanya.

Nah gambar sebijik dulu.
Gambar dari tender boat - balik dari jeti Phuket

10 comments:

nad said...

Waaa
Saya yg tak pegi pun teruja
Apatah lg kekda n hubby yg alami sendri pengalaman tu :)

Fm ada? Hahahaha

myfara FLK said...

bestnye....

Zana Adieyza said...

syokkknyaaaa.. 4hr 3m tu.. teruja lak zana dgr.. ;)

Mrs Opi said...

Bestnyerrr.....! salah satu dalam wishlist tapi tak tau la tahun bile...

p/s cantik cadar IKEA tu...:)

Masya said...

seronokkknya tak semua org berpeluangkan .. tp klu dpt peluang .. xkan x kata x best.. hilang akal namanya hihihihi.. next story.. next story pls...

Bunga Lily said...

Memang syok... ly naik cruise thn 2011... sambut anniversary atas cruise sbb kebetulan. Ni cruise penang-phuket-krabi-penang ke? Berapa kos semua 4h 3m?

su said...

alaaaa... kekda.. citer la pnjng2 lagi..mcm2 nak tahu ni :)

Cik Anita said...

mesti nak cakap, BESTNYA!!!

Chekgu Azrine said...

Fuyooo..kerlassss!!!

::EIDA:: said...

kekda............... amboi bercruisesssssss.. ida datang ni kekda... ida nak baca secara marathon ni.. dan jugak komen secara marathon. kekda jgn nangis approve komen ida yekk. hehehhehehe