Thursday, January 16, 2014

Cruising 2014 : Krabi

7 Januari 2014 - Phuket to Krabi.
Cam biasa - pagi - breakfast. Lps tu amik sticker free n easy utk ke Krabi.
Sebenarnya, kami malas nak turun Krabi, as is kiterang dah pernah pergi kan. Lps tu pikir balik, hey, nak buat apa dalam kapal nih. Nak lepak kat deck 10 tu panas meghelit.. tak tahan... takkan nak tido je. Nak tido kalau, baik duk rumah saja. Jadi, mari lah turun.
Amik yg kul 11.10pg punya bot.

Da nampak Krabi - tp still tak dock.
Kat Krabi dia berlabuh awal. Tp akan naik semula ke kapal cepat. Pukul 5.30pm dah kena balik sbb malam ada Gala Dinner.
Orang yg amik pakej, suppose kul 9.30pg dah keluar.
Tapi, ada masalah tak boleh nak dock, dalam kul 11 baru 1st grup keluar.
Maka, kiterang pun jadi lewat lah.
Kul 12 baru naik bot utk ke jeti kat Krabi.

Begitu lah nak naik bot ke Krabi.
Aku pikir macam kat Phuket la, bebetul kat beach derang turun kan.
Skali kau.. jauh.. kat Nopparat Thara Beach tu.
Kalau siapa pernah ke Krabi, tpt dia yg dekat tpt naik nak g island tu (e.g Phi Phi Island), kita akan naik speed boat kat situ. Ha.. kiterang tahu la sbb dah pernah naik situ kan.
Jauh. Mmg la jauh nak ke Ao Nang Beach.
Tp entah cemna, rasa taknak naik tuk tuk. 
Lalu berjalan lah ikut tepi pantai. Jauh woi sebenarnya.

Long tail boat - Krabi
Nun.. nampak cruise.
Ingat nak la makan kat Chaba Rest tpt kami makan dulu tu. Skali dah takde kau. Hey.. pelik nya...
Tapi, sempat makan pancake makcik Yaminlah.
Yey! Sedap sedap sedap.

Muka penyek dah. Lantak ah. Janji dpt makan pancake.
Dan kami lunch pun situ jugak.
Dekat dengan hotel kiterang menginap masa kiterang datang sini 2 tahun lps.

Byk berubah gak la pekan Ao Nang nih.
Takde pun teringat nak massage kaki ke apa ke.

Kul 3.30 kiterang balik semula ke jeti.
Kali ni naik tuk tuk.
Kemain dia 'tekan' bila cakap jeti nak ke cruise tu.
Tu  yang nyampah. Mujo aku sempat jeling rate tuktuk masa turun dari jeti tu.
Tu pun kira dah mahal dia amik. Memula dia nak 120baht. Giler. Taknak aku. Ingat aku tak bole jalan kaki ke. Pastu dia kata 100baht utk 2 orang. Walhal 100baht tu suppose dari McD (orang pernah pergi tahu la McD tu kt mana kan. Paling hujung di AoNang tu.

Tapi takpe lah. Naik je. Dalam 10minit gak la nak ke jeti tu. Jauh rupanya kiterang jalan. Hihi. Tkpe lah. Bakar lemak sket yaw.
Siap utk dinner.
Kembali ke cruise - mandi2 n bersiap utk Gala Dinner.
Sebelum tu ada Gala Cocktail Party. Tp kami tak pergi.
6.45pm terus kami ke Spice-deck 10- utk Gala Dinner.
Cea.. konon dinner sgt la kan. Ada dress code bagai kan...
Tapi, makan buffet biasa jugak. Cuma makan bes sket la dari biasa. 
Sbb Spices ni restoran Halal kan, so makanan ala2 melayu sket la.
Suppose ada captain skali makan ngan kiterang, tp takde pun.
Mungkin kat restoran lagi dua tu ada la kot (ada 3 restoran serve Gala Dinner).

Beriyani.
Goreng tepung 
Udang tu.. beso penumbuk laki aku kata.
Udang tu besar ya. Dah sama besar ngan ayam.
Tp nak makan lebih dari 2 tak boleh.
2 je le boleh hadap.
Kami duk meja sharing. Masa ni ada kenal2 couple Melayu dari KL gak. Oke je couple ni (dan aku suspect TTC'ian gak nih. Hihi). Sempat berkenalan. Kerja di TM.

Selepas tu - g solat jap dan lepak kat deck 10.
Malam terakhir kan. 
Ada farewell party kat Pool Deck.
Awal2 tu tak ramai. Sbb dalam kul 10 tu ada Gala Jackpot. Haha. Chinese seme ke situ la kan. Ekceli pun, main business mmg itu lah kan. Cam kat Genting - main (utama) dia casino lah. Sama la sini pun - Genting punya gak. Kalau kat Genting dia ada theme park, kat sini dia ada cruise la. Ada skali aku makan ngan chinese couple. Si wife dia siap tnya kiterang tak pergi Casino ke? Oh my..oh  my. Nasib la husband dia tahu kiterang tak boleh nak main. Kalau kat Genting mmg ada tulis Islam tak boleh masuk, sini mana ada. Bila dah masuk perairan International - mana terpakai law kita dah. Tapi, yang penting, kita takde niat tu semua kan. Niat kita nak menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.

Malam tu mmg melepak puas2 kat deck.
Angin kuat.. dan bila duk tepi deck tu - mengadap laut yang luas - dongak ke langit - terpandang langit yang terbentang - perasaan tu tak dapat digambarkan. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini. Mmg sungguh rasa bersyukur sgt. 

Masa cruising dari Krabi kembali ke Msia ni, nampak bot2 nelayan. Malam sebelumnya tak nampak. Banyak sgt. Mmg rasa seronok pun.

Malam tu supper kat pool deck jugak. Aku tak makan dah. Tak lalu dah...

Lps tu tido. Nak balik Penang dah.. Huhu...

9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa.

ChentaHati said...

time kami pi hari tu... tak pi pun gala dinner. sebab kids depa ada gala dinner for kids. jadi nak kena pisah2. jadi anak dan makpak sume tak payah bergala. lepak kat deck. org lengang sesgt. amik angin laut memalam mmg syok...

Sue-Rya Qistina said...

bestnya kekda...terbaiklah bila bercruise lakik binik. mau jugak!! hahaha

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

wah best sungguh pergi krabi, kena try jugak ni

Nad MamaZN said...

Bestnya kak!

NinaAz said...

syoknyaaa naik cruise!!!
alaaaa. nina p krabi hari tu xjumpa punnn pancake cm tuu. huhu. nyesal xcari

Chekgu Azrine said...

Xpnh terpk nk pegi bercuti cmni..best sgt tau

ejaMaria said...

best nyerrr...ni gedik duk aim jugak tiket cruise ni... cuma budgetnyer kena kira2 banyak sket sbb nak angkut budak2 sekali...hehehe... bersabar je la... :)

::EIDA:: said...

erk.. kekda jalan dari jeti boat tu ke AoNang? mak aii ,, jauh tu kekda... hukhukhuk........mesti kekda rindu krabi masa smpai krabi tu kan. hehehhehe ;)