Thursday, March 5, 2009

~AkUr Je la..~

Dlm tempoh awal2 perkahwinan ni kan,soklan apakah fav org tnya kat kita as newly wed?
Ala,suma org tau kan..tak lain tak bukan.
"ada isi dah?"
dan ada yg bertnya secara direct-"dh pregnant ker?"
Takyah nak lari2 lah.Ini mmg soklan faveret lah. Kira cam top question of the..the..the apa-apa lah.
Soklan feveret lain adalah "dok mana skang?"
Itu tak kesah sgt tp soklan top question tu mmg kena melayaninya secara penuh berhemah dan bersabar. kalo tak bersabar harus la jawapan kepada dh ada isi ke belum tu dijawab dgn
"dh!..isi taik" owh..sungguh tak sopan kan jawapan aku tu. Makanya aku akur je la.

Aku..takkan la tatau. Mulut cam hampeh je kan.

Lps tu kan masa aku cuti 2 ari lepas, ada yg tanya "pi check ker?"
hahaha.spekulasi sungguh mereka ini kan
Aku nak je layan spekulasi mereka tu, tp sian pulak kan.
takkan tak buleh cuti kan. Owh..mereka ini. Aku akur je la.

Tah. Kita kena akur menda ini adalah custom budaya dlm life org melayu.
ada yg kata sbb kita slalu sibuk hal org, maka akan ada org sibuk kan hal kita gak.
Emm..jap aku ingat. Takde..takde..aku tak penah sibuk tanya org dh mengandung ke tak pada newly wed. Aku tak penah tnya ada isi ke blum. Aku mmg dari masa blaja lagi mmg tak suka tul sibuk2 ni.

Juwita..ko ingat tak masa takde air kat blok Balqis tu. Yg kita terpisat2 bangun dari tido bila satu floor dh kecuh bwk baldi nak pi amik air kat surau ke mana tah. Dan kita yg terpisat2 tu terus pi bukak paip bomba floor tu. Tunggu air keruh tu clear lepas mandi dan terus pi kelas. Haha. Takde sibuk2, kecuh2. Steady je mcm takde apa2 berlaku.

Apa connecting citer air takde kat blok aku dengan pertanyaan org tu. Tah. Lantak la.. Aku rasa mcm ada connection tp bila baca mcm takde. Ikut korang yer, kalo rasa ada connection, ada la. Kalo takde..makna aku la yg bengong blur tu. Haha. Akur je la...

Jd...aku dh akur dengan pertanyaan feveret tu. Dan aku mula nak fhm perasaan org yg takde anak dh bertahun2 kawen tu.

Stress kan? Sama stress nye macam masa aku blum kawen dulu.

Tak abis2 dihurung dihujani dengan soklan "bila nak kawen?" dan lepas dh bertunang dihujani lak soklan "bila nak kenduri" dan bila aku dh bagi kad pada setiap orang makhluk kat opis ni tak smpai 2/3 pun yg dtg biarpun satu bas disediakan ke umah aku. Tkpe..akur je lah. Aku paham suma org ada komitmen. Tp apa yg aku nak ckp..lenkali toksah la sesibuk seolah2 mengatakan "cikstoberi..sy akan menghadiri kenduri anda" jadi oleh kerana aku ni giler babeng kan ramai yg kena "smash" balik lepas aku balik bercuti lepas kawen tu. Aku dr awal dh aim org2 yg sibuk tnya bila kenduri tu dan ada yg antaranya buleh jln menyimpang ke lain bila napak aku. Hahahaha. Moralnya..jgn le cam sibuk2.. dan aku...
akur jelah.

Dan kerana keakuran tu, aku rasa aku pun nak follow la tabiat menanya ni. Seronok gak per tgk org2 terkulat2 marah nak bagi jawapan ni. Haha. Akur je la...

Aku nak tempek gambo ni. Takde kena mengena ngan tajuk. Korang akur je la yer.....

pnstoberi: Mcm tu la manusia, soklan demi soklan akan ditanya, takkan habis smpai bebila. Akur je la....

No comments: