Tuesday, May 3, 2011

~Percutian Hari Buruh - Palm Garden Hotel~

Oke. Yg ni hanya gambau yer. Harap jgn muntoh.
Patut la bateri cik Nik aku letih. Melambak rupanya gambar yg ditangkap. Haha.
 Ni sebenarnya nak buat 'teaser'. Kengkonon exit mana la aku kuar tu. Hoho.

 Round2 kat Marriot. Cantik. 
Mcm kat hotel sebelah opis aku ni gak la. Royal Chulan. 
Tp ni lain sket.

 Palm Garden Hotel. 
Luas. Siap ada selimut tambahan lagik. 
Duvet ke apa tah namanya tu.

 Dia ada sediakan kain batik. Tp suppose batik dari Terengganu tu, baru la original batik. 
Ceaaa... org kraf katanya kan. Harus la bagi idea. Hik hik. 
Tp oke la derang wat camni. 
At least bagi promotion pada tourist kan.

 Asal check in je KFC, asal KFC je tak la plak check in. Haha. 
Dulu kat Kundasang pun makan KFC gak.

 Ada iron (iron board jugak). Tak la mcm hotel aku pi masa outstation JB tu. 
Tpt iron jauh gilerrr.. Lps tu kat bilik siap ada notice warning kata kalo kita 
bawak masuk iron derang berhak rampas. 
Ye lah, oke lah ko ada hak nak rampas, 
tp tulis la kat mana tpt nak iron tu. 
Ini ujung sanun dia tulis which tpt iron je nun kat floor lain.

 Kiterang duk kat Heliconia, jd ada gmbr Heliconia lah.


 Gmbr siang. Dan gmbr malam. Ni bkn swimming pool. 
Tp tpt makan kut. Entah. Aku kurang periksa. Hihik.

 Breakfast. Makan roti canai. Mee goreng dan nasik goreng. 
Mee goreng kureng, tp nasik goreng sodap! Seme tu aku amik sket2 je. 
Jadi la buat rasa2. Ada stimboat jugak. Puding roti. 
Dan yg aku sker kalo gi hotel. 
Air jus mangga dan guava. Haha. 
Mcm kat luar takde jus ni. Hik hik.
Tp setiap hotel aku pi mmg ada jus ni, tu sbb aku geram kat hotel 
aku c/in kat JB tu takde jus.
Kat Bandung pun ada tau. Haih.

 Roti canai - keadaan dining hall.

Hoho. Hoho. dan Hoho. Heaven giler. Sejam aku mandi sorang je. 
Takde org. Lps bekpas trus terjun kolam. 
Tp kolam agak jauh dari bilik. Kena jalan kaki sket. Sket je. 
Tak jauh mana pun. Jadi la gmbau aku tecik tecik kan.

Lps tu takde gambau dah. Sbb bateri dah 'letih'. Haha.

~Percutian Hari Buruh : IOI Resort~

Byk keja reni. Tak sempat nak citer pepanjang.
Jadi kita up sket gambar.
Saya hanya pegi 'dekat' sini pada ari Sabtu lepas (30 April).
Wah... Putrajaya Marriot Hotel hala nyer. Hik hik hik.

Ada word dekat. Maknanya bukan la di situ.
Hanya ke sini saja.


 Tak mampu noks nak duk Marriot. Mak dok Palm Garden Hotel jer.
Kalo ada pemandangan laut dan duk atas laut cam kat Avilion tu berbaloi gak la empat ratus satu mlm.
Check rega di sini.

Aku pun tatau cena Yang Dipertua aku perkenankan utk overnite di sini.
Walhal mmg sekentut je dari umah. Let say ko tetinggal barang kat umah pun balik amik. Hahaha.
Nak napak jauh aku booking guna alamat kampung. Tehehehehe.

Tp bes gak la sini. Jauh dari kesibukan kota katanya. 
Sbb dia dlm kawasan IOI kan.
Breakfast pun bes. Swimming pool pun bes.

Sebenarnya lps da putus asa tak dpt stay kat PD tu aku kata kat my dear nak duk Pullman.
Lps tu bila tgk kat Agoda, rega bilik cam oke, tp takde bekpas. Cam rugi la kan.
So, survey2 dpt sini. Rega pun oke la sbb skali ngan bekpas. Ada rega promo. 
Aku amik bilik standard Heliconia tu jer. Sini utk review harga bilik kat situ - Palm Garden

Pendek kata oke je lah. Nati ptg tempek gambau je plak yew. Huhu.

p/s : To Syana, anda meneka hampir tepat tpt percutian saya retu. Tahniah yer. Hihi. Rasa mcm adiah je utk anda, tp takut nak umumkan takut ter pos lambat. If bbtul nak pos nati baru ai mintak alamat kat yu yer Syana :)

Ada yg menyampah ke tgk citer pasal hotel, pasal percutian ni? Kalo nyampah gi blog lain. Suci hati sudah kalo nak baca. Tk perlu nak assume aku nak menunjuk ke hapa yer.

~Pasal 'teaser' Cuti Cuti KL-Selangor~

Alhamdulillah.. Akhirnya cuti 3 hari ni berjalan lancar spti di plan.
So, sapa kata kalo duduk di KL saja kita tak leh habiskan masa utk bercuti dgn sebaiknya?
Boleh ajer. Byk gak tpt menarik di sekitar KL-Selangor ni.

Sebenarnya aku pun cam org lain jugak. Asal cuti je harus nak keluar KL. At least PD. Tp plan awal nak ke Perhentian ngan adik2 opis. Tp my clerk lak kata dia ada wedding on 1st May tu. Makanya, abis segala resort/hotel kat PD tu aku jelajah kat Agoda. Oleh krn lambat nak book makanya tpt bes pun da abis. Kesian. Tpt2 lain mcm jauh. Tp ada gak riki2 kat CH, tp cam dkt sgt ngan umah kg. Mcm kalo pegi tapi tak balik kg mcm tak sedap plak. So, di akhiri dgn tpt yg mmg dkt je ngan umah. Tpt ni kalo aku gitau sure org kata 'eh,  baik la duk umah aku jer'. Hihi. Umah ko ada swimming pool tak? Ada bilik ber aircond, siap bilik air bath tub skali tak dlm bilik tu. Ada tibi flat screen sebijik. Dan umah ko ada buffet breakfast tak dgn menu mcm roti canai, mee goreng, nasik goreng, puding roti, steamboat, pau, buah, roti dll? Kalo ada, aku leh check in umah ko. Haha.

Kalo baca kat status FB aku ari Sabtu tu tau je aku kemana kan. Hihi. Nati aku stori mori in d morning glory lagi pasal tu yew.

Hari seterusnya, as plan, kami ke Bagan Lalang. Iyer... mak ketinggalan noks.. seme org da pegi, mak je baru hegeh2 nak pegi. Pertama2 kali jejak kaki ke situ. Wah. Boleh tahan jugak yer. Nati kalo dtg nak sewa la chalet yg ada tetepi tu. Cam bes je. Murah pun murah.
Makan seafood di sana adalah ter baek!!!. Harus di repeat if mengidam makan ketam (ehem. Mengidam bkn tuk org mengandung je yer. Org yg mengandungi lemak pun buleh mengidam).

Dan hari terakhir bercuti, hanya di area KL. Sogo kite... bukan sopinggg.. tp singing. Hahaha. Mari lah kita menyumbangkan sore di Kotak Merah. Igt kut 2 jam sbb biasa kalo aku ngan Dee je dpt 2 jam. Tp reni sbb ada 5 org kut, maka dpt 3 jam. Enjoise sungguh nyanyi lagu Babeh..babeh...babeh.. beramai2. Hahahah.

So, itu la 'teaser' percutian saya. Tk perlu bersesak2 di hway, tak perlu berasak2 di hentian RnR. Mmg rileks lah. So, nxt time mungkin leh wat camni gak.

Nxt percutian - bulan 5 ni takde dah kot. Bln 6 wedding my akak ipar. Ke Melaka lah utk majlis di umah pengantin lelaki. Tp mungkin tak overnite di sana. Oh. Hujung bln 6 tu cam bes gak tu utk jalan2. Hurmm.. kemana lak yer? Cuma ada ujung bln 6 dan bulan Julai je. Ogos da puasa. September rehat la utk standby  nak p HK bln Okt. 

EH. Kejap nyer setahun. Puasa pun da dkt. Ganti puasa???? Alamakkk!!!

Monday, May 2, 2011

~Pasal Hari Ke3 Cuti~

Hari ni ke3 atau pun hati terakhir kita bercuti panjang.
Ari ni jem la hway. Tkpe.. pandu cermat jiwa selamat yer kengkawan yg akan lalu hway ari ni utk balik KL. Sabar yer. Sabar itu separuh dari imannnn... hik hik

Alhamdulillah. 2 ari cuti ni berjalan lancar spti di plan.
Overnite di hotel, makan2 seafood di Bagan Lalang.
Cuaca pun, Alhamdulillah, sgt membantu.
Hujan cuma masa balik dr Bagan Lalang je.

Cuma satu je yg buat aku nyampahhhh.... pah..pah...
Bley lak cik Nik aku tu "baterinye letih".
Mmg sabo je lah aku. Nak shoot before check out dia tulis kat screen "battery exhausted".
Hampagas tau. Charger tak bwk sbb aku tgk kat gmbr bateri tu ada half lagik.
Then che biru pun tak bawak sbb tnya my dear dia kata tak payah. Grrrr.
Che biru oke la sbb dia pakai bateri AA tu.

So, gegambar kat Bagan Lalang ehsan dari hp anak buah aku je nati.
Tggu la beliau upload kat FB.

Oh. Aku mkn kat Senandung Malam. Nati aku review yew.

So, skang nak sesiap utk men sumbang kan sore kat "kotak merah" lak.
Ari ni luangkan masa utk rerakan plak. Bes! Bes!

Sunday, May 1, 2011

~Pasal Ariani Members Day~

Wohoo.
Peminat Ariani mesti da tau ni kan.
Tp aku nak war-warkan jugak.
Ariani Members Sale.
Dari 30 April - 2 May.
(tp kat banner kedai dia tulis dari 27 April. Tak kesah la kan. da lepas pun)
So, sesapa ada kad, harus la terjah. Smpai esuk ni.

Takde kad ahli pun buleh je. Smlm masa byr dia tak tgk pun kad aku
\Aku da terjah smlm. Tp nyampah gak sbb yg entertain tu aku tu budak dr Jakel Shah Alam. Tnya ni tatau, tnya tu tatau. Haih!

Duk kejap je. Tak buleh lelama. Kang entah apa aku beli.
Sapa nak pegi tu, beli lah yg platinum, yg Wardina model dia tu. Yg dia pakai hehari kat MHI yg aku tgk 'ui..cantiknya'.
Sbb platinum ni jarang dpt diskaun giler2. Abis2 pun last 2 mth dpt 10%. Tmbh ngan diskaun ahli dpt lagi 10%. Tu pun still nak terpengsan gak reganya.
TP kali ni turun smpai RM48, RM66, RM52. Harus la jadi tak keruan.
Smlm aku sempat rembat 3 je. Platinum la. Sbb yg lelain salu je ada sale. Tu pun my dear dok ejek2 kata esuk aku mesti pegi lagi la tu pas karoke. hahaha.. awak jgn bang... jgn dicabar saya ni. Hahaha.
Oke lah..nak siap utk check out. Selamat Hari Pekeja semua.

p/s: Bes la hotel ni. Nati kalo tatau nak kemana leh la repeat kat sini. Breakfast pun oke :D